33

24.9K 1.1K 32
                                    

•••••

~BELLA GOT A BIG SURPRISE HERE~

•••••

Adelia masuk ke dalam villa. Dia hanya buat muka selamba apabila semua pengawal di situ menunduk hormat kepada adik Boss mereka itu.

Adelia melangkah ke arah bilik yang sudah diisi dengan Ariel dan Farhan. Ariel dan Farhan yang sedang berbincang mengangkat muka memandang Adelia. Terjongket kening mereka. Adelia duduk di depan mereka sambil menyilangkan kakinya.

"Girl buat apa kat sini?" soal Ariel. Jarang dia melihat adiknya itu turun padang melawat ke villa yang terletak jauh dari bandar kecuali kalau ada benda penting je.

Adelia memandang Farhan sekilas. "Adel nak minta tolong ni." kata Adelia. Terjongket kening Ariel.

"Apa dia?"

"Emm.. Bella Eriana hantar orang untuk stalk Adel."

"What?!"

Serentak Ariel dan Farhan menyoal. Adelia hanya mengangguk. Farhan dah mengenggam penumbuk. Ariel memandang Farhan.

"Girl nak abang tolong apa?" soal Ariel.

"Suruh Azril ke Dafi ke Elias ke cari orang tu. Lepas tu, tangkap dia. Then selebihnya Adel akan settle." kata Adelia sebelum bangun dari duduknya. "Adel balik dulu."

Adelia hanya menjeling Farhan sekilas sebelum dia beredar. Farhan memandang Ariel. "Kejap." Dia terus keluar mengejar Adelia.

"Adel!"

Adelia hanya buat tak tahu. Farhan terus menarik tangan Adelia kuat sehingga Adelia terpaling dekat kepadanya. Tinggal beberapa inchi sahaja jarak mereka. Tangan Farhan memeluk pinggang Adelia.

"Kau buat apa ni?" soal Adelia cuba menutup gugupnya. Farhan merenung dalam mata biru Adelia.

"Sorry." tutur Farhan perlahan. Hanya mereka yang mendengar. Adelia terdiam. Dia terbuai dengan pandangan Farhan. Farhan senyum kecil. Tangannya naik bermain dengan rambut Adelia.

"I'm sorry. For what I had done and about Bella. Saya minta maaf." tutur Farhan lembut. Adelia masih diam. Farhan dah berkerut melihat Adelia yang seperti terkaku. "Adel? Adel?"

Adelia tersentak. Dia terus menolak badan Farhan sehingga badannya hilang imbangan. Farhan terus menarik tangan Adelia erat sambil tangan kanannya menarik pinggang Adelia.

"Be careful lah Adel. Kalau jatuh tadi macam mana?" bebel Farhan. Adelia diam sambil dia cuba menolak badan Farhan. Farhan melepaskannya. Adelia memandang Farhan. Tanpa kata, dia terus melangkah turun dari tangga. Mereka kat tangga tadi? Buat drama kat tangga? HAHAHAHA!

Farhan hanya memandang. Tanpa sedar Ariel dah berada di sisinya dengan iPhone di tangannya. "Woi."

Farhan memandang Ariel. Terjongket kening Farhan saat Ariel menghulurkannya iPhone. Dia memandang gambarnya dengan Adelia tadi. Dia hanya diam merenung gambar itu.

Ariel tersenyum senget sebelum merampas kembali iPhone nya. "Nanti aku send kat kau." kata Ariel selamba sebelum dia melangkah naik meninggalkan Farhan.

Farhan hanya memandang. iPhone di poket seluarnya diambil dan nombor Bella ditekan. Tidak lama kemudian, kedengaran panggilan bersambung.

"Hello darl.."

"Meet me now. Usual place."

Farhan terus menamatkan panggilan.

•••••••••

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now