53

25.5K 1.1K 38
                                    

Farhan memandang wajah lena Adelia. Dia senyum mengenangkan peristiwa semalam. Rambut Adelia yang menutupi mukanya diselakkan. Bibirnya mencium lembut dahi Adelia sebelum dia menarik comforters menutupi bahu Adelia yang terdedah.

Berkerut dahi Adelia saat menerima ciuman dari Farhan. Tidurnya mula terganggu tapi dia tak buka mata pun. Malah dia mendekatkan diri pada Farhan. "Sejuk." tuturnya sepatah. Farhan senyum sebelum dia memeluk Adelia erat. Adelia senyum dalam lena saat Farhan memeluknya. Selesa. Pelukan Farhan buat dia rasa makin nak hanyut dalam mimpi.

"Abang jangan tinggalkan Adel selama-lamanya ye?" pinta Adelia dengan matanya ditutup. Terjongket kening Farhan. Dia senyum.

"Tak sayang. Abang takkan tinggalkan sayang sampai bila-bila." balas Farhan lembut. Adelia senyum. Baru dia buka mata dan mendongak memandang Farhan.

"Janji?"

Farhan angguk. "Janji."

Adelia senyum dan tangannya mengusap lembut muka Farhan. "Saya sayang abang." kata Adelia lembut. Farhan dah terjongket kening. Dia senyum.

"Thanks." tutur Farhan. Adelia berkerut kening.

"Thanks?"

Farhan senyum. "Terima kasih sebab buka hati sayang tu untuk terima abang sebagai suami." kata Farhan lembut. Adelia senyum.

"Sorry sebab buat abang lama tunggu." kata Adelia perlahan. Farhan senyum sebelum dia mengucup lembut dahi Adelia.

"It's okay sayang."

Dan sekarang, Adelia rasa mahu berterima kasih pada Shiqin dan Bella. Kalau bukan sebab mereka, kejadian malam tu takkan terjadi. Kalau kejadian malam tu takkan terjadi, dia takkan dapat rasa kebahagiaan yang sebenar. Dia takkan dapat rasa dapat seorang suami macam Farhan yang sangat baik.

Betullah orang cakap, sesuatu yang terjadi mesti ada hikmah di sebaliknya. Dan dia dah terima hikmah tu.

Adelia dah rasa kebahagiaan tu. Kebahagiaan yang just like how Aryana pernah rasa dulu. Kebahagiaan yang berkekalan sampai sekarang.

•••••••••

Alisha melangkah masuk ke dalam studio. Dia memandang Hannah yang sedang termenung. Nafasnya dihela. Dia nak bagitau sesuatu pada Hannah.

"Hannah."

Hannah tersentak. Dia memandang Alisha. "Lisha? Kau pergi mana selama ni? Asal lama tak datang?" soal Hannah bertubi-tubi.

Alisha senyum kelat. "Aku nak cakap sesuatu ni." katanya. Hannah mengerutkan keningnya.

"Apa?"

Alisha menghelakan nafasnya. "Aku nak minta maaf pasal kau dengan Ariel." kata Alisha perlahan. Hannah mengerutkan dahinya 

"Maksud kau?" soal Hannah.

"Ariel tahu pasal kau langgar tunang dia dari aku. Aku yang bagitau dia. Aku.. Aku suka sangat dengan dia sampai aku sanggup bongkarkan semua pasal kau. Aku.. Aku minta maaf."

Hannah terdiam. Dia hanya memandang Alisha dengan pandangan kosong. Alisha memegang tangan Hannah.

"Tapi sekarang aku tahu aku tak boleh buat macam tu. Aku tak dapat Ariel pun kalau aku buat macam tu. Aku..."

"Dah. Aku tak nak dengar apa-apa lagi." pintas Hannah. Alisha memandangnya.

"Maafkan aku?"

"Tak payah minta maaf. Kau tak salah pun. Rasanya kalau kau tak bagitau dia, sampai bila-bila aku takde kekuatan nak bagitau dia." kata Hannah. Alisha diam.

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now