44

24.3K 1.1K 40
                                    

"Pendakwa, Tengku Aryana Natasha. Tertuduh, Aqilah Nathalie. Jumlah saman, RM 50 juta."

"Pendakwa, Tengku Aryana Natasha. Tertuduh, Shiqin Radina. Jumlah saman, RM 50 juta."

"Pendakwa, Tengku Aryana Natasha. Tertuduh, Bella Eriana. Jumlah saman, RM50 juta."

Shiqin dan Bella ternganga saat mendengar jumlah sama yang disebut oleh lawyer yang dihantar oleh Aryana. Aqilah mengetap bibir geram. Surat saman itu digenggamnya kuat sehingga renyuk.

"Wait. Saya tak faham saman ni atas apa?" soal Aqilah berpura-pura. Lawyer itu tersenyum kecil.

"Shiqin Radina dan Bella Eriana didakwa atas menghantar seseorang untuk cubaan merogol Tengku Adelia Natasha manakala Aqilah Nathalie didakwa kerana bersubahat dengan Shiqin Radina dan Bella Eriana."

"Mama. Macam mana ni?" Shiqin dah merengek ketakutan. "Kalau papa dengan Abang Aden tahu.."

"Diamlah. Tulah lain kali kalau buat kerja buat baik-baik. Jangan sampai orang tahu." bebel Aqilah geram. Shiqin diam.

Aqilah memejamkan matanya sebentar. Terasa panas sahaja di hatinya. Seorang staff datang membawa telefonnya. "Puan, call dari Mr. Radin." katanya sambil menghulurkan telefon itu. Aqilah dah membulatkan matanya sebelum telefon itu disambutnya.

Shiqin memandang Aqilah yang sudah bangun menjauhi mereka sebelum turut sama bangun. Bella  memandang lawyer yang sedang membelek-belek maklumat di fail. Bella terpesona sebentar dengan kekacakan lawyer tersebut.

"Aku tahu aku handsome, tak payah nak pandang aku sangat. Aku tak berminat dengan orang yang didakwa oleh Tengku." tuturnya dingin. Bella tersentak. Dia mencebik.

"Perasaan."

"Aku bukan perasaan. Aku Azril." Kata Azril selamba. Selain dari menjadi orang kanan Aryan, Azril turut sama menjadi lawyer keluarga HarSha.

Bella menggulingkan biji matanya kerana benci. First time, ada jejaka yang terang-terang reject dia. Eh.. Kau ada ngorat dia ke Bella?

Sementara itu, Aqilah masih melayan Mr.Radin.

"Total saman korang dua saja sudah RM100 juta. You ingat mereka kisah nak saman banyak-banyak? They are HarSha. Known over the world."

"You and Shiqin make me dissapointed. Listen here, I dah muak dengan perbuatan you yang menjatuhkan maruah Radin's Family. Lepas ni, I tak nak ambil tahu pasal you lagi. Settlekan sendiri."

Panggilan terus ditamatkan. Aqilah mengetap bibir geram. Screen telefon yang dah gelap itu dipandangnya. Otaknya mula diperah untuk mengatur strategi baru untuk menentang Aryana.

••••••••••

Bella yang baru keluar dari keretanya mula terasa seperti ada yang mengikutnya. Dia berhenti seketika dan berpaling. Terkejut dia saat melihat 2 jejaka di belakangnya sambil tersenyum sinis memandangnya.

Bella pantas berpaling kembali. Nak lari. Tapi malangnya di depannya terdapat Azril. Azril tersenyum sinis.

"K.. Korang nak apa?" soal Bella. Azril mendekati Bella. Bella melangkah ke belakang sehingga dia tersandar pada belakang kereta. Azril senyum sinis. Tangannya naik melekap pada kereta mengepung Bella.

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now