30

26.1K 1.2K 70
                                    

Eryna membuka daun pintu dengan perlahan. Dia menjengulkan kepalanya terlebih dahulu sebelum masuk sepenuhnya. Dia menggaru kepalanya melihat bilik yang sangat luas itu. Bunyi pintu bilik air dibuka membuatkan Eryna berpaling memandang ke situ.

"Arghh!!"

Eryna menutup matanya dan berpaling saat melihat free show daripada Aryan. Aryan terjongket kening. Apa hal bini aku ni?

"Kau ni dah kenapa?" soal Aryan.

"Pakai bajulah!! Tak malu ke?!" jerit Eryna kuat. Aryan memandang badannya yang hanya dibaluti dengan tuala. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Dia mendekati Eryna. Eryna sudah kalut. Dia melangkah ke belakang sehingga tersandar di dinding.

Aryan senyum sinis sebelum melekapkan tangannya pada dinding mengepung si isteri tercinta. "Kau..."

Eryna terkedu saat bibir Aryan singgah erat pada bibirnya. Matanya terkebil-kebil memandang Aryan yang menutup matanya sambil 'mengerjakan' bibirnya.

Eryna menolak dada Aryan lepas beberapa minit. Aryan tersenyum sinis. Dia mengelap bibirnya yang basah. Matanya memandang Eryna tajam. Eryna menjelingnya.

"It's abang, sayang." Tutur Aryan sambil mengenyitkan matanya. Dia melangkah ke arah walk-in closet. "By the way, your lips so sweet sayang. I will addicted to your lips." tutur Aryan sebelum melangkah masuk.

Eryna ternganga.

•••••••••

Adelia duduk di luar ball room Hotel HarSha yang menjadi tempat persandingan Aryan dan Eryna. Tadi lepas akad nikah, dia dapat emergency call. Tu yang dia terus pergi hospital. Balik dari hospital dia terus datang sini. Takde masa nak balik rumah. Dia hanya tukar baju di tandas.

"Hi."

Adelia angkat muka memandang Farhan. Berkerut dahinya. "Kau buat apa kat sini?" soalnya blur. Farhan terjongket kening sebelum tergelak kecil. Dia duduk di sebelah Adelia.

"Awak dah lupa ke saya ni kawan baik abang awak." kata Farhan. Adelia mencebik. Farhan memandang Adelia. Cantik! Dengan long dress long sleeves yang bewarna navy blue. Rambutnya hanya dilepaskan. Cantik even hanya solekan tipis.

"Emm.. Farhan."

Farhan tersedar dari lamunannya. "Apa?"

Adelia memandangnya. "Kau dengan Bella macam mana?" soalnya perlahan. Terjongket kening Farhan. Senyuman kelat terukir di bibirnya.

"Macam tu lah. Kenapa?"

"Takde progress?"

"Progress? Emm.. Well, hari tu ada Bella ajak saya kahwin." kata Farhan. Terjongket kening Adelia.

"Kahwin? Bella ajak kau kahwin?" soal Adelia. Farhan angguk perlahan. "Wow." Adelia ukir senyuman kelat. "Congrats. Nanti masa majlis, kau bagitau akulah. Boleh aku datang, bagi hadiah." kata Adelia sebelum bangun. Farhan menarik tangan Adelia menghalangnya daripada berjalan.

"What?!"

Farhan senyum. "Awak jealous ke?"

Adelia menjongketkan keningnya. "Excuse me? Jealous? Aku nak jealous kenapa?" soalnya. Farhan senyum.

"Well.. Manalah tahu. Awak punya nada suara macam jealous." kata Farhan. Adelia mengetap bibirnya. Farhan senyum.

"Saya cuma cakap Bella ajak saya kahwin. Saya tak cakap saya bersetuju pun." kata Farhan. Adelia mencebik.

"So? Ada aku kesah?! Lepaslah!"

Adelia merentap tangannya dari pegangan Farhan sebelum melangkah ke arah keluarganya yang baru sahaja sampai. Farhan sekadar tersenyum sebelum mengikut langkah Adelia ke sana.

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now