61

24.8K 1.1K 43
                                    

2 minggu kemudian

Ariel keluar dari balai pelepasan. Dia senyum kecil. Lepas 5 bulan, akhirnya dia dapat menghidu udara Malaysia. Dia balik lewat 3 hari sahaja daripada Aryana dan Daniel.

Emm.. Siapa ambil aku ni? Ariel meliarkan pandangannya mencari orang yang dikenalinya. Takde pun? Takkan takde sesiapa yang ambik aku?

Ariel mengeluarkan iPhone dari poket seluarnya. Dia melangkah sambil matanya hanya pada screen iPhone.

Bamm!

"Aduh!"

Ariel menggosok dagunya yang terlanggar dengan kepala gadis itu. "Eh! Kau takde mata ke gila?" soal Ariel geram.

"Aku ke kau yang takde mata?!" Gadis itu mengangkat muka. Ternganga mereka. Hannah! Ariel memandang Hannah dengan pandangan tunaknya. Terlepas rindu dia kat gadis ini. 5 bulan kut tak jumpa.

Hannah melarikan pandangannya. Bibirnya diketap. Tak guna kau Aryan! Suruh aku ambik 'kawan' kau?! And that is Ariel?! Gila! Gila! Gila!

"You buat apa kat sini?" soal Ariel. Hannah menghelakan nafasnya sebelum kembali memandang Ariel.

"Ambik you lah. Cepatlah. I dah tunggu you nak dekat sejam tahu tak?" bebel Hannah. Ariel menjongketkan keningnya.

"Ambik I? Asal pula?" soal Ariel. Hannah menjelingnya.

"I kira sampai 3. Kalau you tak ikut I juga, you balik naik taxi." ugut Hannah.

"Satu."

"Dua."

"Ti.."

"Fine! I ikut!" Ariel mengalah. Ish! Apasal Hannah ni? Dia menolak troli yang terisi dengan bagasinya mengikut langkah Hannah.

"Tolonglah Hannah!"

Hannah berpaling memandangnya. "Eh! You jantan kan? Tolaklah sendiri! Takkan tu pun nak minta tolong? Lagi satu, asal susah sangat nak tolak tu? Troli je pun! Bukan tolak gajah pun!" bebel Hannah lagi.

Semua dah memandang mereka. Ariel lah yang malu! Dia HarSha kut! Pastu kena bebel dengan perempuan tengah-tengah airport! Weyh! Jatuh maruah aku gila! Ni siapa suruh si Hannah ni ambik aku kat sini?!

Hannah pula dah tengok orang sekeliling mereka macam nak makan. "Tak pernah tengok orang gaduh ke?!"

Ariel tenganga saat Hannah selamba sahaja memarahi mereka. Apa kenalah dengan you ni Hannah? Period ke? Ariel pantas menarik tangan Hannah sambil tangan kirinya menolak troli. Eh. Larat pula kau nak tolak troli tu satu tangan. Tadi merengek minta tolong si Hannah.

•••••••••

Ariel hendak keluar bila kereta dah berhenti. Konon nak berlari nak jumpa kembar kesayangan, adik kesayangan yang dah terpisah lama. Tapi..

"Eh you! You jangan nak mengelat eh. Bagasi you tu semua siapa nak angkat?" kata Hannah.

Ariel memandangnya. Like seriously Hannah? "Ye. Nanti I angkatlah. Tak payah nak membebel boleh tak? Kang ada juga aku cium karang." kata Ariel sebelum melangkah keluar. Hannah mengetap bibir geram.

"I'm back!!"

Bergegar Malaysia dengan jeritan Ariel. HAHAHAHAHA.

Dush!

Tepat kusyen kecil itu mengenai kepala Ariel. "Kau kenapa gila? Baby aku yang dalam perut Adel pun boleh terbangun dengan suara kau ni." kutuk Farhan. Ariel mencebik sambil dia mengambil kusyen kecil yang jatuh di kakinya. Dia melangkah ke arah Farhan dan Adelia.

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now