42

24K 1.1K 59
                                    

Aden

My sister is there. You can do anything to her. I will not involve. That's your business with her. Once again, I'm sorry for what she had done. By the way, I'm heading back to UK this Sunday.

Aryan tersenyum sinis saat melihat chat Aden. Dia meletakkan kembali iPhone di atas meja sebelum bangun dari katil. Dia melangkah keluar dari bilik dan turun mencari isteri tersayangnya.

Langkahnya disusun ke arah dapur. Kelihatan Eryna sedang ralit memasak. Aryan senyum. Sejak mereka pindah ke rumah sendiri, Eryna start nak jadi isteri solehah untuk Aryan.

Aryan terus melangkah ke arah Eryna. Badan Eryna dipeluknya dari belakang dan pipi Eryna dikucupnya terus. Eryna tersentak. "Abang!"

Aryan tersengih. "Sayang buat apa ni?" soal Aryan sambil dia melangkah ke arah peti sejuk untuk mengambil air. 

"Masaklah." balas Eryna jengkel. Matanya menjeling Aryan sekilas. Aryan mencebik. Dia mencapai air sebelum dibawanya ke atas meja.

"Abang tahu tak Adel dengan Farhan jumpa Bella semalam?" soal Eryna. Aryan terus mengangkat kepala memandang Eryna.

"Jumpa Bella? Kat mana?" soal Aryan terus. Eryna duduk di depan Aryan.

"Dorang jumpa masa mereka shopping barang dapur. Abang nak tahu tak, Farhan tampar Bella." kata Eryna bersungguh. Aryan menjongketkan keningnya.

"Farhan tampar Bella?" soal Aryan. Eryna mengangguk. Aryan dah berkerut kening. "Farhan tampar perempuan?" bisiknya sendiri.

Bunyi loceng ditekan berkali-kali membuatkan mereka berpandangan. Aryan terus bangun dari duduknya menuju ke pintu utama. Buka sahaja pintu, tertayang muka Ariel yang basah dengan hujan.

Aryan dah berkerut dahi. "Ariel? Kenapa.."

"Hannah. Hannah langgar Qisha." perlahan sahaja Ariel menuturkan itu. Aryan dah menjongketkan keningnya.

"Hannah langgar Qisha. Dia yang menyebabkan Qisha accident."

••••••••••

Ariel masuk ke dalam pejabatnya. Terkejut dia saat melihat Alisha yang sedang duduk di bangkunya.

"Alisha. Kau buat apa kat sini?" soal Ariel dingin. Dia memandang Alisha dengan tajam. Alisha senyum sebelum melangkah dekat kepada Ariel. Jarinya dimainkan pada lengan Ariel tapi pantas ditepis oleh Ariel.

"Don't you ever touch me with those dirty hands."  tegas Ariel. "Sekarang aku nak kau keluar sebelum aku panggil security guard heret kau keluar." arah Ariel.

Alisha menghelakan nafasnya. "I tak ambil masa you lama. But, I ada something nak bagitau you."

"Aku tak nak dengar. So, kau boleh berambus." kata Ariel. Alisha terlepas gelak kecil. Dia mencapai beg tangannya.

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now