59

24.6K 1K 18
                                    

Farhan membuka pintu. Dia memandang Azril dan Bella yang berdiri di depan pintu. Dahinya berkerut.

"Boss." Azril menunduk hormat pada Farhan. Farhan hanya mengangguk. "Kitaorang nak jumpa Tengku Adel." kata Azril.

Farhan memandangnya sebelum matanya jatuh pada Bella. Dia mengangguk. "Masuklah." jemput Farhan. Azril dan Bella berpandangan sebelum masuk mengikut langkah Farhan.

"Duduklah kejap. Aku pergi panggil Adel kat dapur." kata Farhan sebelum melangkah ke arah dapur. Adelia masih lagi melahap tiramisu. Farhan senyum. Comel tahu tengok Adel makan. HAHAHAHAHA.

"Sayang."

Farhan mengepung Adelia dari belakang. Adelia tersedak. Dia menjeling Farhan. "Ish! Apa abang ni?!" marah Adelia. Farhan senyum. Dia mencium pipi Adelia.

"Dahlah makan tu sayang. Asyik makan je. Kang gemuk baru tahu." kata Farhan. Adelia menyiku perut Farhan.

"Baby abang yang nak makan. Not me." selamba Adelia meletakkan kesalahan pada bayi mereka yang masih dalam perut.

Farhan mencebik. "Don't blame my baby." balas Farhan. Adelia mencebik.

"Siapa datang?" soal Adelia.

Farhan menepuk dahi. Layan Adelia punya pasal sampai lupa yang dia ada tetamu. "Azril dan Bella datang. Nak jumpa sayang." kata Farhan. Adelia terus mengangkat muka saat mendengar nama Bella. Farhan senyum.

Farhan mengambil tisu dan mulut Adelia yang comot dibersihkan. Adelia hanya diam. Suka dimanjai seperti itu. Farhan senyum. Sempat dia mengucup sekejap bibir light pink Adelia.

"Jom."

Mereka berpegangan tangan melangkah ke arah ruang tamu. Adelia memandang tajam kepada Bella. Bella dan Azril segera bangun tanda menghormati Tengku Adelia itu.

Adelia duduk di depan Bella dengan Farhan di sebelahnya. Tangan mereka masih lagi bertaut erat. Bella memandang ke arah tautan tangan mereka. Dia senyum kelat. Dia nampak kebahagiaan Adelia dan Farhan.

"Eriana."

Bella memandang Azril. Kenapa dia pandang Azril? Sebab nama tu, hanya Azril yang panggil. Azril mengisyaratkannya kepada Adelia.

Bella menghembuskan nafasnya perlahan. Dia memandang Adelia yang memandangnya.

"Kau pregnant?" soalnya perlahan. Adelia hanya mengangguk. Bella senyum. "Congrats."

"Thanks."

Bella menghelakan nafasnya. "You know what Adelia? I'm so sorry atas apa yang aku buat kat kau. I know.. Aku terlalu sayangkan Farhan sampai aku tak boleh fikir mana betul mana salah. I.."

"Just stop it. Aku tak nak dengar apa-apa lagi pasal semua tu. Please jangan buat aku ingat semua tu." kata Adelia lirih. Farhan mengenggam erat tangannya memberi kekuatan.

"Tapi aku memang nak kena minta maaf. Aku tahu aku teruk. Aku minta maaf."

Adelia memejamkan matanya dan menggeleng tanda tidak mahu mendengar itu lagi. Farhan mengisyaratkan agar Bella menghentikan apa-apa je yang nak dikeluarkan. Farhan memeluk Adelia erat.

Adelia memandang Bella yang sudah menangis. Adelia mengenggam erat tangan Farhan. Tangan kanannya melekap pada abdomennya.

Kau maafkan Shiqin, Adel. But Bella? Adelia menghelakan nafasnya. Dia memandang Bella. "I.. I forgive you. Aku tak nak ingat semua tu lagi cause I'm really happy now." kata Adelia. Farhan mengusap lembut lengan Adelia.

Bella perlahan mengukir senyuman. Azril juga sama. "Thanks." ucap Bella ringkas tapi bermakna. Bella memandang Farhan. Dia senyum. "Adelia. Boleh aku cakap dengan suami kau kejap?" soal Bella. Adelia memandangnya. Farhan menjongketkan keningnya. Adelia memandang Farhan dan mengangguk tanda membenarkan.

Farhan mengeluh. Dia berdiri. Mereka melangkah ke arah tepi swimming pool. Farhan memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya.

"What is it?"

Bella memandang belakang Farhan. Nafasnya dihelakan. "I'm sorry."

"For what?"

"For what I have done. I tahu selama kita bercinta, I banyak susahkan you. I'm so sorry. I tahu I bukan yang terbaik untuk you." kata Bella. Farhan diam. "And I minta sebab I dah buat Adelia menderita. I tahu I teruk. Sebab tu minta maaf. Adel dah maafkan I. And I need kemaafan you sebelum I mulakan hidup baru. Sebelum I kejar kebahagiaan sebenar I." kata Bella lagi.

Farhan menghelakan nafasnya. "Adel is the most hurt one here. Tapi dia maafkan you. Dia yang tersakit pun sudi maafkan you. So, who am I untuk tak maafkan you?" balas Farhan. "Pasal sepanjang kita couple. Tak payah minta maaf. I yang patutnya minta maaf. I tahu I tak bagi you kebahagiaan yang you patut terima. But believe me, sepanjang kita couple. I sayangkan you. Cuma I rasa jodoh kita tak kuat."

Bella mengangguk setuju. "Yea. I think so." balas Bella. Farhan memandangnya. "Since you forgive me, let's be friend. Forget the past." kata Bella. Farhan mengangguk.

"Sure."

••••••••••

Farhan melangkah ke arah dapur selepas sahaja Bella dan Azril beredar pulang. Farhan memandang Adelia yang melahap baki tiramisunya tadi. Hailah sayang..

"Sayang."

Farhan duduk di sebelah Adelia. Dagunya ditongkat memandang isterinya itu. Adelia memalingkan mukanya memandang Farhan. Dia tersengih. Farhan menggelengkan kepalanya. Macam budak budak dah isteri aku ni. Dengan rambutnya yang agak serabut. Dengan mukanya yang comot.

Farhan menarik pinggan tiramisu itu jauh dari Adelia. "Sayang. Look here." Farhan memusingkan badan Adelia memandangnya. Tisu diambil dan mulut Adelia yang comot dilapnya.

"Sayang nak jadi mummy orang tahu tak. Kenapa makan comot sangat ni?" soal Farhan. Adelia hanya mencebik.

"Biarlah."

Farhan menggeleng. Dia mengambil pinggan tadi dan berlalu ke sink. Dia mencuci tangannya sebelum memandang Adelia kembali. Senyuman nakal terukir di bibirnya. Dia melangkah ke arah Adelia dan badan Adelia selamba didukungnya.

"Eh! Apa ni?!"

"You should get a bath dear."

••••••••••

Azril mengerling kepada Bella yang hanya tersenyum sejak balik dari rumah Adelia dan Farhan.

"Kau dah kenapa sengih-sengih? Mereng?" soal Azril. Bella memandangnya dengan senyuman.

"Mana adalah."

Azril menjelingnya.

"Just.. Saya happy sebab Adelia dan Farhan dah maafkan saya." kata Bella teruja. Azril hanya menjongketkan keningnya. "Thanks sebab banyak ubah saya." ucap Bella ikhlas.

Azril memandangnya sekilas. "It's not free honey." kata Azril sambil mengenyitkan matanya pada Bella dengan senyuman nakal menghiasi bibirnya.

Bella mengerutkan dahinya. "Maksud awak?"

Azril menghentikan keretanya ke tepi jalan. Bella dah memandang Azril yang sudah membuka seatbelt nya.

Azril mendekatkan badannya pada Bella. Bella dah terkebil-kebil memandang Azril. "A..Awak nak buat apa ni?" soal Bella gugup.

Azril memainkan rambut Bella dengan tangannya. Mukanya didekatkan pada muka Bella yang nampak takut dengan perbuatannya.

"Apa yang aku buat tak free tahu. So, kau better prepare yourself before marrying me." tutur Azril sambil mencubit hidung Bella sebelum dia kembali duduk di tempat pemandu.

Dia hanya tersenyum lucu melihat muka cuak Bella. Dia kembali memandu.

"Gila!" gumam Bella perlahan. Azril hanya buat tak layan walaupun dia mendengar kata-kata Bella.

•••••••
































Saya minta maaf kalau chapter kali ni hambar weyhh 😂 HAHAHAHAHA 😂

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now