39

24.7K 1K 18
                                    

HarSha Hotel

Nama HarSha kembali naik dengan berita perkahwinan the young Natasha. Ruang luar ballroom hotel HarSha kembali dipenuhi dengan para reporters yang menginginkan berita itu. Ruang dalam dipenuhi dengan para kenalan rapat dan kenalan business HarSha.

Adelia dan Farhan masih lagi berada di atas bilik hotel. Masih bertekak.

"Tak payahlah nak pakai heels bagai."

"Apa hal baju ni berat sangat?!"

"Ish! Rimaslah dengan make up ni."

"Apahal veil ni panjang gila?!"

Farhan dah mengeluh mendengar complain Adelia. "Adel. Pakai jelah." Tegurnya. Kesian kat makeup artist tu yang dah bergaru kepala dengan karenah young Natasha ni.

Adelia menjeling. "Kaulah.. Abanglah pakai!" balas Adelia geram. Farhan menjongketkan keningnya sebelum memandang kakak makeup artist itu.

"Leave us." Pinta Farhan. Dia mengangguk sebelum keluar dari bilik hotel itu. Farhan mendekati Adelia. Dia memalingkan badan Adelia memandangnya. Adelia memandangnya dengan muka cemberutnya.

Farhan senyum. Dia memegang bahu Adelia. "Look. Abang tahu Adel tak suka majlis ni semua. But please, Adel buat untuk mummy and daddy okay?" Pujuk Farhan. Adelia diam. "Boleh tak?" Soal Farhan lagi. Adelia menggulingkan biji matanya.

"Tapi Adel tak nak pakai heels tu. Sakit kakilah." Rungut Adelia. Farhan senyum.

"Dah tu? Adel nak pakai apa? Pakai sneakers? Ke guna kaki ayam je?"

Adelia terus menyiku perut Farhan. Matanya tajam menjeling Farhan yang tergelak suka. Farhan mengambil heels tersebut dan dia melutut depan Adelia.

"Adel duduk kejap." Kata Farhan. Adelia hanya menurut kehendak suami. Dia hanya memandang aktiviti Farhan.

Farhan menyarungkan heels tersebut pada kaki Adelia. "Dah macam Cinderella pula Adel ni. Nak kena sarung bagai heels." Sindir Farhan. Adelia mencebik.

"Orang takde suruh pun." Gumamnya perlahan. Farhan hanya senyum walaupun dia mendengar. Farhan kembali bangun. Sempat dia singgahkan satu kucupan pada dahi Adelia. Adelia menjelingnya. Suka betul ambil kesempatan dia ni.

Farhan memandang pantulannya pada cermin. Necktie di lehernya dibetulkan. Adelia hanya memandang sebelum bangun berdiri di sebelah Farhan. Mereka sama memandang ke arah cermin itu. Farhan mengenyitkan matanya. Adelia mencebik.

••••••••••

Adelia dah duduk bersandar pada kerusi dengan gaun pengantinnya masih tersarung pada badannya. Penat betul jadi raja sehari ni. Mulut pun boleh jadi kebas sebab nak kena senyum.

Farhan yang sedang berborak dengan kenalan business nya memandang Adelia. Dia senyum kecil sebelum meminta diri daripada mereka.

Farhan melangkah ke arah isterinya. Dia duduk di sebelah Adelia. "Kenapa ni? Penat eh?" soal Farhan. Adelia memandangnya sebelum mengangguk. Malas nak bercakap.

Farhan senyum. "Nak masuk bilik tak?"

"Tak payahlah. Nanti dorang fikir macam-macam pula." kata Adelia selamba. Farhan senyum.

"Biarlah dorang nak fikir apa-apa."

Adelia menjelingnya. "Tak lawak okay."

"Eh. Abang tak cakap pun benda tu lawak." balas Farhan. Adelia mencebik. Dia mencapai air di dalam gelas dan dihirupnya.

"Your girlfriend tu tak datang ke?" soal Adelia menyindir. Farhan menjongketkan keningnya.

"My girlfriend? Siapa?"

Adelia rolled her eyes. "Buat-buat tak tahu ke memang tak tahu?" sindir Adelia.

"Siapa? Bella?"

"Habis tu siapa? Ke abang ada girlfriend lain yang Adel tak tahu?" soal Adelia sambil jarinya lurus menuding kepada Farhan.

Farhan senyum sebelum menurunkan jari Adelia. "Jealous eh?" soalnya sambil mendekatkan badannya pada Adelia. Adelia mencebik. Dia meletakkan tangannya pada dada Farhan dan ditolaknya.

"NO. WAY." tuturnya satu persatu. Belum sempat Farhan membalas, suara Ariel kembali bergema mengusik.

"Oi pengantin! Nak bermesra pun agak-agaklah! Kat public ni."

Farhan memandangnya sebelum memandang Adelia kembali. "Abang awak tu memang kerja dia kacau line eh?" soalnya tapi suara sengaja dikuatkan agar abang iparnya itu mendengar.

Ariel di sana sudah mencebik. Hannah di sebelahnya menyiku Ariel. "Tak payahlah sibuk kacau." katanya. Ariel memandangnya dan mencebik.

"Ariel. Suka sangat kacau orang." tegur Aryana. Ariel tersengih.

"Entah. Kalau jealous, pergilah ajak photographer kesayangan kau tu kahwin." kata Aryan. Hannah yang sedang menghirup air tersedak.

Aryan dah menjongketkan kening. "Tersedak bagai kau? Kenapa?" soal Aryan mengusik. Hannah dah membaling tisu padanya.

"Diamlah!"

•••••••••••

Prakk!

Telefon itu selamat landing di atas lantai. Turun naik dada Bella menahan amarah. Gambar perkahwinan Adelia dan Farhan membuatkannya hilang sabar.

"Arghh! Tak guna kau Adelia!"

Shiqin yang baru masuk ke bilik itu dah terjongket kening memandang Bella. "Kau ni dah kenapa Bella?" soal Shiqin sambil duduk di atas sofa sambil membuka televisyen. Saat itu juga, berita tentang perkahwinan Adelia dan Farhan disiarkan.

Bella memandang Shiqin tajam. Pantas remote control di tangan Shiqin di rampasnya dan ditekannya punat off. Shiqin dan terjongket kening sebelum menggulingkan biji matanya.

"Kau mengamuk sebab tu ke?" soal Shiqin sebelum menghirup wine. Bella memandangnya tajam.

"Habis tu apa?!"

Shiqin menjongketkan keningnya. "Relaxlah. Kau ni." tuturnya perlahan. Bella menjelingnya tajam sebelum bangun melangkah masuk ke  biliknya.

Shiqin hanya memandang. Malas melayan. Nasib baiklah kau tu kawan baik aku. Kalau tak, dah lama aku bunuh minah gedik ni.

Shiqin membuka kembali televisyen. Siaran lansung majlis persandingan Adelia dan Farhan dipandang bersama senyuman sinis.

"Enjoy your life HarSha. I will come back for revenge." tuturnya sinis. Notifications dari iPhone nya menyentakkannya. Dia mencapai iPhone nya itu. Mesej dari orang kanannya dibaca.

Mr.Aden is here. He's just arrived from UK this afternoon.

Mata Shiqin membulat saat membaca pesanan itu. "Aden kat sini?!"

•••••••••••







































PROMOTE  STORY

JEMPUT BACA 'FIRST:TRAVELLER' BY Fatynnfarihah

*Sorry tahu hari ni lambat update ❤ Saya busy sikit hari ni ❤ Sorry tahu ❤ Happy Reading guys

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now