50

25.6K 1K 50
                                    

Fahrin duduk di depan Shiqin yang menunggunya. Di belakangnya masih ada seorang pegawai polis untuk memantaunya.

Shiqin mengangkat muka memandang Fahrin. Matanya mulai terasa panas saat melihat keadaan Fahrin yang cengkung dan kurus.

"Kau nak apa?" dingin sahaja Fahrin menyoal. Shiqin diam dalam air matanya menitis perlahan. Terjongket kening Fahrin. "Kau kenapa nangis?" soal Fahrin.

Shiqin menghelakan nafasnya. "Kenapa you buat macam tu? You sayang sangat ke kat Adelia sampai sanggup buat macam ni?" soal Shiqin terus.

Fahrin hanya diam. Shiqin makin nak menyoal. "Kenapa? Farhan adik you. Kenapa you nak runtuhkan rumah tangga dia?! Apa yang you tengok sangat kat Adelia tu?! Sebab dia one of HarSha ke?!"

"Then kenapa kau sanggup suruh someone rogol dia?!" balas Fahrin.

"Sebab I terpaksa!"

"Kalau kau buat semua tu sebab terpaksa, aku buat semua tu sebab dendam." balas Fahrin. Shiqin menjongketkan keningnya.

"Dendam?"

Fahrin mengangguk. "Ibu aku meninggal sebab ummi Farhan." kata Fahrin. Shiqin dah terkedu. "Ibu aku kena heart attack bila tahu yang pasal hubungan mereka. Kau rasa? Aku baru 5 years masa tu. Aku hilang seorang ibu masa aku baru 5 tahun. Kau nak aku rasa apa?"

Shiqin diam.

"Aku buat semua tu sebab dendam. Bukan sebab aku cintakan Adelia or what. Aku tak pernah ada hati pun kat dia. Tapi aku gunakan dia untuk balas dendam. Mungkin aku tak dapat balas dendam pada ummi Farhan, tapi at least aku dapat balas dendam pada Farhan." kata Fahrin. Shiqin memandangnya dengan linangan air mata. Tangan Fahrin di atas meja disentuhnya.

"I.. I akan support you. I sayang you."

Terjongket kening Fahrin. "You said what?" soalnya kembali. Shiqin menghelakan nafasnya.

"I cintakan you. Mungkin you memang tak pernah notice selama ni but I memang cintakan I. I.."

"Jangan buang masa cintakan I. You takkan dapat apa-apa pun dari I. I takkan dapat bahagiakan you."pintas Farhin pantas. Shiqin memandangnya.

"Kenapa?"

"Aku tak tahu bila aku akan keluar atau takkan keluar lansung. And kau, kau kena bayar hutang kau dengan HarSha. aku tak rasa kita boleh bersama. Aku minta maaf." balas Fahrin. Dia bangun sambil lengannya dipimpin oleh pegawai polis untuk keluar dari bilik itu.

Shiqin hanya memandang. "I akan tunggu you."

•••••••••••

"Shiqin!"

Shiqin memandang Aqilah yang memandangnya. "Pergi mana tadi?" soal Aqilah dengan nada yang mendatar.

Shiqin hanya diam. Aqilah mendekati Shiqin. "Dah fikir apa yang kamu nak buat kat HarSha?" soal Aqilah. Shiqin memandang Aqilah.

"Tak boleh ke mama lupakan dendam mama kat mereka?" soal Shiqin perlahan. Aqilah dah memandangnya tajam.

"No!" tegas dia membantah. "Mama takkan mudah lepaskan mereka macam tu je lepas apa yang mereka buat kat Lucas!"

Berkerut dahi Shiqin. "Lucas? Siapa Lucas?" soalnya. Aqilah terdiam. Shiqin menjongketkan keningnya. "Mama. Siapa Lucas?" soalnya lagi. Aqilah memandangnya.

"Tak payah tahu. Apa yang mama nak, kamu buat apa yang mama suruh. Or else, siap kamu." kata Aqilah sebelum meninggalkan Shiqin. Shiqin menghelakan nafasnya. Dia duduk di atas sofa.

Lucas? Who's that?

••••••••

Adelia duduk di kerusi yang terdapat di taman itu. Rambutnya hanya dibiarkan ditiup angin. IPhone di tangannya dihidupkan. Senyuman terukir di bibirnya saat matanya disaji dengan gambarnya dan Farhan.

"Woi."

Ariesya duduk di depan Adelia. Dia meletakkan makanan di depan Adelia. "Kau ni tengok apa senyum-senyum?" soalnya sambil membuka bungkusan makanan. Adelia hanya senyum dan menggeleng. Dia mencapai botol air dan dibukanya penutup sebelum diteguknya.

Ariesya hanya memandang prilaku Adelia. "Bila kau nak balik Malaysia?" soalnya terus bila Adelia dah meletakkan kembali air di atas meja. Adelia memandangnya.

"Asal tanya? Kau tak sabar nak aku pergi ke?" balas Adelia seperti berjauh hati. Ariesya dah mencebik.

"Bukanlah. Kau tu dah jadi isteri orang tahu tak. Tempat seorang isteri sepatutnya di sisi suami." kata Ariesya. Adelia diam. Ariesya dah mengeluh.

"Aku faham situasi kau. Tapi Adel, takkan sampai bila-bila kau nak larikan diri dari semua orang? Kau tak fikir perasaan mummy dan daddy kau ke? Perasaan abang-abang kau? And the most importantly, perasaan suami kau?" kata Ariesya. Adelia menghelakan nafasnya.

"I need time."

"Sampai bila? Termasuk minggu ni dah 2 minggu kau kat sini tahu. Kau nak perlukan berapa lama lagi? Sebulan? 2 bulan? Ke.. Setahun?" soal Ariesya bertalu-talu. Dia memegang tangan Adelia. "Your family need you." kata Ariesya.

Adelia hanya diam. Otaknya dah blank nak buat apa. Mummy, daddy, Abang Ryan, Abang Riel, Farhan.. Need me?

••••••••

Farhan membuka perlahan pintu bilik Adelia. Dia masuk dan melangkah ke arah katil Adelia. Senyuman kelat terukir di bibirnya saat matanya terpandangkan gambar mereka masa hari perkahwinan mereka.

Dia membaringkan badannya di atas katil Adelia. Bantal diambil dan dipeluknya. Masih dapat dia hidu bau Adelia. Matanya dipejamkan. "Abang rindu Adel sangat-sangat." gumamnya perlahan. "Adel.. Cepatlah balik. Abang rindu Adel. Abang janji abang akan jaga sayang dari apa-apa bahaya kalau Adel balik." tuturnya seolah-olah Adelia berada di depannya.

Farhan mencapai iPhone apabila iPhone tersebut berdering. Dia menjawab panggilan dari orang yang disuruhnya untuk mencari Adelia.

"Hmm?"

"Tengku. Saya ada berita pasal Tengku Adelia."

Farhan terus terbangun. "What?!"

"Nama Tengku Adelia ada dalam rekod penerbangan ke Ireland 2 minggu yang lalu."

Farhan dah tersenyum suka. "Good! Aku nak kau book tiket ke sana as soon as possible!"

Farhan terus meletakkan panggilan. Senyuman terukir di bibirnya. Gambar perkahwinan mereka yang menjadi wallpaper iPhone direnungnya. 'I will always run over you.'

•••••••••••




























































Nak Fahrin didenda apa? Shiqin? Aqilah tu Aryana sendiri yang akan settlekan dia.

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now