47

23.9K 1K 43
                                    

"Ceraikan Adel?"

"What?!"

Mata Farhan membulat besar memandang Adelia. Dia menggeleng. "Adel merepek apa ni?" soal Farhan dengan nada yang mendatar.

"Adel tak merepek. Adel nak abang ceraikan Adel." kata Adelia. Farhan mula menjauhi Adelia.

"Kenapa?" soalnya perlahan.

Adelia tarik nafas. "Adel tak layak untuk abang."

"What are you saying?!"

"Abang, Adel dah kotor. 2 lelaki dah sentuh Adel. Adel tak nak abang kecewa dengan Adel."

Farhan menggelengkan kepala. "No. Abang tak kisah siapa pun yang dah sentuh Adel. Yang pasti, Abang takkan lepaskan Adel." tegas Farhan. Dia terus keluar dari bilik itu. Adelia hanya menghantar langkah Farhan dengan mata yang berlinangan dengan air mata.

"Maafkan Adel, abang. Adel tak boleh. Adel rasa hina." tutur Adel perlahan.

•••••••••

Adelia melangkah ke arah Farhan yang sedang menyiapkan makanan.

"Abang."

Farhan memandang Adelia sekilas. Dia meletakkan sandwich di atas pinggan sebelum diletakkan di depan Adelia. "Makan. Lepastu rehat. Abang nak keluar kejap." dingin sahaja Farhan menutur.

Adelia menarik tangan Farhan yang melintasinya membuatkan Farhan terhenti. Dia tidak berpaling.

"Abang marah Adel ke?" sayu sahaja suara Adelia menyoal. Farhan diam. Adelia bangun dari duduknya dan berdiri depan Farhan. Dia mendongak memandang Farhan. Farhan melarikan pandangannya. Lansung tidak memandang Adelia.

"Abang, janganlah macam ni. Please. Adel minta maaf." Adelia dah mengeluarkan esakan kecil. Farhan terus memandang Adelia. Dia menarik Adelia ke dalam pelukannya.

"Please don't cry. Abang tak nak tengok Adel nangis lagi. It's hurts me. Especially kalau Adel nangis sebab abang. It's make me feel bad." tutur Farhan. Matanya dah berair. Adelia menangis dalam pelukan Farhan.

"Adel.. Adel tak sanggup nak hadapi ni semua. Adel tak kuat. Adel tak boleh. Adel rasa macam Adel dah teruk sangat. Adel.."

Adelia terdiam saat bibir Farhan mengucup bibirnya. Farhan menjarakkan bibir mereka selepas beberapa ketika.

Farhan memandang Adelia yang jelas tergamam. Farhan senyum kecil sebelum tangannya mengesat lembut pipi Adelia yang dibasahi air mata. Sebuah kucupun dijatuhkan pada kelopak mata Adelia.

"You're my wife and I'm your husband. That's mean that you never alone. Abang ada dengan Adel. You have me. Abang takkan benarkan sesiapa sakitkan Adel."

"Janji dengan abang yang Adel takkan mentioned pasal cerai tu lagi." pinta Farhan lirih. "Abang tak nak dan takkan lepaskan Adel. Promise me?"

Adelia senyum kecil. Farhan juga sama senyum. Dahi Adelia kini menjadi tempat persinggahan bibir Farhan. "I love you with all my heart." bisik Farhan.

•••••••••••

Farhan membuka pintu bilik Adelia. Kelihatan Adelia sedang berdiri di balkoni hanya dengan memakai bathrobe. Senyuman terukir di bibirnya. Dia mendekati Adelia dan badan Adelia dipeluknya dari belakang.

"Termenung apa?" soal Farhan. Adelia hanya diam. Dia menyandarkan badannya pada dada Farhan. Selesa dalam pelukan Farhan. Matanya hanya tertumpu pada langit malam yang tiada bintang dan bulan. Nak hujan kot.

Farhan yang merasakan pergerakan pada Adelia mula memandangnya. "Sejuk ke?" soal Farhan. Adelia hanya angguk kecil. Farhan mengeratkan lagi pelukannya. "Let me be your heater." tutur Farhan. Adelia senyum.

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now