24

25.1K 1.1K 22
                                    

Ariel melangkah perlahan ke arah tanah perkuburan itu. Dia melangkah ke arah sebuah kubur yang terletak di bawah pokok yang rendang. Ariel senyum sebelum dia duduk beralaskan batu yang terdapat di situ. Cermin mata hitamnya dibuka. Tangannya memegang batu nisan 'Qisha Ayna bt Adham'.

"Assalamuilakum Qisya Ayna." tutur Ariel perlahan. "Aku minta maaf sebab lama dah tak lawat kau. Aku sibuk. Tapi jangan ingat aku lupakan kau. Tak pernah sekali pun aku lupakan kau." kata Ariel seolah-olah gadis itu ada di depannya.

"Kau tahu tak, Aryan dah nak kahwin. Dulu, kau suka cakap dia gay sebab dia tak ada interest kat perempuan, but tengok sekarang? Dia kahwin dulu dari aku." Ariel senyum. "Adel pula sekarang ni dalam peperangan cinta. Dia banyak peminat. Tapi kau tahu kan Adel tu macam mana? Memang taklah dia layan." sambung Ariel.

"Aku? Aku okay. Macam biasa. Jumpa banyak jenis perempuan, tapi takde satu pun yang boleh banding dengan kau. Mereka cuma nak duit aku je. Bukan cintakan aku betul-betul pun." tutur Ariel. "Cuma sekarang ni, ada seorang perempuan tu. Nama dia Hannah. Cantik. Tapi kau lagi cantiklah. Dia.. Baik? Err.. Dia baik dengan Ryan dan Eryna je. Aku ni dia tak pandang pun. Jual mahal." Ariel mencebik.

"Kau jangan tanya whether aku cintakan dia tak or not. Aku suka dia. As kawan. Tak sampai tahap macam aku suka kat kau. Aku still sayang kau. You still my first." kata Ariel. "Kalau kau cakap aku dalam proses mengenali dia. Maybe it's.. A yes? Aku tak tahulah. Apa aku tahu, aku sayang kau seorang je."

"Lately ni, aku selalu tak tenang. Aku always fikirkan kau. Maybe orang akan ingat aku dah redha dengan kepergian kau, but no. Tak pernah. Aku still harap kalau semua tu mimpi. Aku nak someone bangunkan aku dari mimpi yang sangat menyakitkan dan panjang ni. Tapi aku tahu, that's impossible."

Ariel tarik nafas. "Selama ni mungkin aku tak pernah redha dengan ketentuan Dia. Tapi sekarang, dah tiba masanya aku lepaskan kau dengan hati yang terbuka." tutur Ariel.

"Qisha Ayna. Aku lepaskan kau pergi. Bersemadilah dengan tenang. Aku sayang kau. Aku takkan pernah lupakan kau. Dan kau sentiasa berada dalam hatiku, sayangku."

Dan ketika itu, angin sepoi-sepoi menyapa lembut muka Ariel. Dia senyum. Hatinya sudah semakin tenang. Dan sekali lagi, dia mendongak ke atas. "Selamat tinggal sayangku."

••••••••••

Ariel menghentikan kereta di garaj. Dia masuk ke dalam rumah. Kedengaran kecoh sahaja rumah itu. Siapa lagi kalau bukan AngelzKillerz and children.

"Baru balik Ariel?" soal satu suara. Ariel berpaling. Kelihatan Fasya memandangnya sambil di tangannya terdapat pinggan yang terisi dengan makanan.

"Ha'ah. Kau ni?"

"Baru sampai juga."

"Baru sampai dah start makan. Gemuk." kutuk Ariel perlahan membuatkan Fasya membulatkan matanya.

"Kau cakap aku apa?!!"

"Pekaklah bengong! Kau jerit buat apa?! Aku kat depan kau ni je kut!" balas Ariel geram. Kecik-besar kecik besar je dia pandang Fasya ni.

"Padan muka! Cakap aku gemok lagi! Aku slim slim ni kau cakap gemuk?! Lama tak makan penumbuk aku ke?!"

"Eleh! Penumbuk kecil je pun!"

"Habis kau ingat kau tu power sangatlah?!"
"Memang pun! Asal?! Kau jeles?!"

"Takde masa aku nak jeles! Gila!"

"Korang dua kalau rasa nak mandi dalam kolam tu jap lagi, jeritlah lagi." selamba Farish mengugut.

"Kau diam!"

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now