"Hello awak?"
"Kau kat mana? Majlis dah nak start ni."
"Kejaplah awak. Saya tengah drive lah ni. Takpe, kalau awak tak boleh tunggu saya, awak mula dululah."
"No. Aku takkan mula until kau datang."
"Yelah. Nanti saya racing ke sana."
"Tak payah racing sangatlah. Jap lagi kau accident, aku juga yang tak berbini nanti."
"Sayang juga awak kat saya eh?"
"Nama dah tunang. Takkan tak sayang kut. Ke kau memang tak nak disayangi?"
"Eh! Mana ada! Saya pun sayang awak."
"Yelah tu."
"Yelah."
"Hmm.."
"Awak."
"Apa?"
"Saya sayang awak. Awak jangan lupakan saya tahu."
"Kau ni dah kenapa cakap benda macam tu?"
"Manalah tahu ni kali terakhir saya cakap dengan awak."
"Tak payah merepeklah. Aku nak jumpa kau nanti."
"Yelah.. Saya.."
"Hello?"
Ariel memandang screen telefonnya. "Hello? Qisha?" Ariel melekapkan telefon ke telinganya semula.
"Arghh!!"
Ariel dah berkerut dahi. Jantungnya berdegup kencang. "Qisha. Kau kenapa? Qisha. Jawablah gila!!"
Ketika itu, semua tetamu memandangnya pelik. Ariel sudah mengetap bibir menahan rasa saat mendengar bunyi seperti kereta berlanggaran.
"Qisha. Kau kat mana? Jawablah." rayu Ariel. Air matanya bertakung.
YOU ARE READING
The Heirs Of Ice Princess ✔
RomanceTENGKU ARYAN HARRIS TENGKU ARIEL HARRIS TENGKU ADELIA NATASHA Mereka ialah bukti kasih sayang Aryana dan Daniel. Masing-masing membesar dengan sempurna hasil daripada kasih sayang dari mummy dan daddy mereka. Pelbagai dugaan yang harus mereka hadap...