"No matter where you are, I'm loving you, I won't rush you. I'll stand behind you and protect you."
*****************
Uhuk—uhuk!
Sehun mengibaskan tangannya ke udara seolah-olah menghalau habuk pergi. Matanya meninjau segenap ruang bilik itu sambil mencekak pinggang. Memastikan tiada barang yang tertinggal segera dia keluar dari bilik kosong tersebut bersama kotak barang peribadinya.
"Serious ah, Sehun? Kau nak tinggalkan aku?" ujar Baekhyun dengan mimik muka minta penyepak. Sehun jongketkan bahunya.
"Entah, Sehun. Kau pindahlah tahun depan ke, lepas kau kahwin ke... aku tak ada geng curi tulang nanti weh." kini giliran Chanyeol cuba memujuk.
"Korang dua diam sebelum aku cepuk nanti." ugut Sehun. Terus terdiam dua orang lelaki itu yang juga merupakan doktor.
"Okay! Memandangkan today is the last day, aku berkhidmat disini, apa kata korang dua belanja aku makan?" kening kiri Sehun terjungkit nakal. Baekhyun dan Chanyeol berpandangan sebelum salah satu antara mereka membuat isyarat -kau-lah-yang-belanja-dia-
Menjegil mata Baekhyun. Dia membalas kembali dengan pandangan -asal-aku-pulak?-kau-lah-
Melihat tingkah-laku menjengkelkan dua sahabatnya, Sehun gulingkan bebola matanya.
"Tak ada, tak ada. Dua-dua kena belanja aku! Dah, jom!"
☕️☕️☕️
"Niga eodi itta haedo neoreul saranghago isseo..." Eunbi menyanyi kecil sementara tangannya sibuk sedang menggubah bunga. Minhee tersenyum.
"Dah siap?" soal Minhee sambil berjalan menghampiri Eunbi. Eunbi mengangguk sambil tersengih.
"Eunbi balik dulu, eh? Banyak lagi kerja tak siap ni. Bye, kak Minhee." ucap Eunbi sebelum menapak keluar dari kedai bunga milik keluarga Seo. Sempat mereka berdua saling berbalas lambaian.
Semasa kakinya ingin melangkah keluar dari kedai tersebut, matanya tidak sengaja memandang sekilas seorang jejaka yang berselisih dengannya namun Eunbi cuma membiarkan.
"Disebabkan kau dah nak pindah, aku nak belikan kau bunga. Mana tahu, boleh hias dekat bilik baru kau nanti." Baekhyun ketawa mengekek. Chanyeol pula ralit memilih bunga yang sesuai untuk kekasihnya. Sehun menunjal dahi Baekhyun.
"Tolonglah. Aku bukan flower boy macam kau." sekuntum bunga ros diambil lalu diselit dibelakang telinganya.
"Nice! Jap, jap. Aku snap!" riuh suara gelak tawa Sehun dan Baekhyun. Chanyeol hanya mampu menggeleng.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE] True Love 2: Her Guardians • 그녀의 후견인 • EXO Sehun Fanfiction
Fanfiction"The person who I should protect. The person who only looks at me. The one and only person who I love until last of my life." . . . . . Oh Sehun menghadapi kesukaran apabila dirinya berhadapan dengan seorang gadis yang mempunyai rupa yang agak miri...