"No matter where you are, I'm loving you, I won't rush you. I'll stand behind you and protect you."
*****************
"Eunbi dah balik!" laung Eunbi seraya menutup dedaun pintu. Terhinjut bahu Eunbi apabila melihat ayahnya sedang bercekak pinggang dihadapannya.
"Papa.." Eunbi tersengih kerang busuk.
"Eunbi tidur rumah siapa semalam? Baru pagi ni nak balik?" soal Mr. Hwang dengan mata dikecilkan. Eunbi menggigit bibir bawahnya. Takkan nak cakap aku tidur kat rumah Sehun? Nak tempah maut, ke?
"K-kawan. Semalam tak sempat balik." kata Eunbi sambil cuba melarikan pandangan serius Mr. Hwang. Mr. Hwang mendekati anaknya.
"Yeke? Mengaku jelah yang kamu dah terlanjur dengan siapa-siapa." terbelalak keluar mata Eunbi. Sampai hati betul.
"Apalah papa ni! Takkan Eunbi nak buat macam tu pula? Papa ingat saya tak ada maruah, ke? Ih! Sudahlah!" bentak Eunbi sebal sebelum menuju ke biliknya. Geram dengan tuduhan ayahnya.
Pintu dihempas kuat untuk menunjukkan dia betul-betul marah namun marahnya tidak lama saat dia memikirkan yang dia tidur berduaan-duaan di atas katil bersama Sehun. Seperti mimpi saja. Kejap. Cakap pasal mimpi, kan. Ada sesuatu benda yang mengganggu fikirannya. Pelipisnya diurut perlahan.
"Dr. Oh? Hehe, hi. Kenapa muncul dalam mimpi saya?"
Eunbi kerutkan dahinya. Mimpinya semalam terasa nyata. Tiba-tiba pipinya terasa panas semacam. Eunbi menekup pipinya malu.
Tangan diturunkan. "Kalau jadi realiti, mampus aku! Haish!" Eunbi menggeleng-gelengkan kepalanya. Menindakkan mimpinya yang seakan betul itu.
Mengarut!
Malas mahu memikirkan soal itu lagi, Eunbi mencapai tualanya lalu mengatur langkah menuju ke arah kamar mandi. Pencuci muka diambil kemudian dipicit sedikit di atas telapak tangannya. Eunbi terus menghentikan usapan pada pipinya apabila ada satu perkara terlintas di dalam fikirannya.
Rasanya semalam dia bersama orang lain. Tapi macam mana pula boleh ada di rumah Sehun?
☕️☕️☕️
Sehun menghenyakkan punggungnya. Kot putih yang dipakainya lantas dibuka lalu dilempar di atas meja. Poket diseluk mengambil telefon canggihnya.
"I'll meet you in the next dream. Goodnight."
Bisikan halus Eunbi semalam seakan terngiang-ngiang di telinganya. Meremang bulu roma Sehun memikirkannya. Sehun menggigit bibir bawahnya. Kepalanya digaru gatal. Selepas kejadian Eunbi ciumnya kelmarin, jujur Sehun tidak dapat lupakannya. Seolah-olah meninggalkan kesan yang besar.
Dup—dap—dup—dap!
Jantungnya tidak berhenti berdegup laju. Sehun mengetuk kepalanya dengan harapan tentang Eunbi terhapus begitu saja. Tidak dapat fokus dia kerja hari ini kalau benda yang sama saja muncul di dalam mindanya.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE] True Love 2: Her Guardians • 그녀의 후견인 • EXO Sehun Fanfiction
Fanfiction"The person who I should protect. The person who only looks at me. The one and only person who I love until last of my life." . . . . . Oh Sehun menghadapi kesukaran apabila dirinya berhadapan dengan seorang gadis yang mempunyai rupa yang agak miri...