"No matter where you are, I'm loving you, I won't rush you. I'll stand behind you and protect you."
*****************
Eunbi mengerling jam tangan miliknya. Hari ini dia ada temu janji dengan Jaemin. Alang-alang itu, dia mengambil kesempatan untuk ke klinik Myeongwoo.
Aip, aip! Bukan kesempatan apa, cuma dia ingin menyoal sesuatu kepada doktor itu. Niat suci je ni jangan disalah sangka ( ͡° ͜ʖ ͡°). Babap kang.
Sepanjang dia berada di rumah, dia asyik terfikirkan cara percakapan, perbuatan dan cara mereka saling bertentangan mata. Eunbi tahu itu semestinya salah memandangkan dia mempunyai teman lelaki. Tapi apa perlu dia buat?
Sehun seolah-olah meninggalkan kesan perjumpaan mereka buat 'kali pertama'. Tengok ubat yang diberi oleh Sehun pun boleh tiba-tiba tersenyum. Macam orang gila! Tanpa membuang masa, Eunbi melangkah masuk ke dalam klinik tersebut lalu menghampiri kaunter.
"Dr. Oh tak ada?" YoonA menggeleng perlahan setelah disoal oleh Eunbi.
"Maaf. Mungkin dia tengah lunch sekarang. Kenapa, cik?" Eunbi menelan air liurnya payah. Kemudian, dia menggeleng. Face mask yang dipakainya diperbetulkan.
"T-tak. Tak ada apa. Saya pergi dulu." Eunbi menapak pergi dengan langkah kecewa. Langkah dibuka perlahan sambil menunduk memandang kasutnya.
"Tsk— masa aku nak jumpa kaulah, kau takda pula!" bebel Eunbi sendirian. Jika tempoh hari dikira kali pertama mereka berjumpa, dia mahu hari ini dikira sebagai hari kedua mereka bertemu lagi. Terserempak pun jadilah asalkan Sehun berada dihadapannya.
Tak sedar diri pula ada boyfriend.
Drtt–drtt
Lantas Eunbi menjawab panggilan telefonnya. "Eo, Jaemin-ah." telefon pintarnya dilekap ke telinga kanan.
"Awak dekat mana? Saya dah sampai." Eunbi mengubah posisi telefonnya ke telinga kiri sambil tangan kanannya memanggil teksi yang kebetulan lalu.
"Saya on the way dah ni! Awak tunggu tau! Bye!" tut! Panggilan diputuskan tanpa sempat Jaemin membalas. Eunbi memboloskan dirinya ke dalam perut kereta teksi.
"Nak ke mana, cik?" tanya pemandu teksi itu apabila Eunbi sudah menutup pintu kereta.
"Times Square Mall."
☕️☕️☕️
"Awak!" senyuman terukir disebalik face mask yang dipakainya.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE] True Love 2: Her Guardians • 그녀의 후견인 • EXO Sehun Fanfiction
Fanfiction"The person who I should protect. The person who only looks at me. The one and only person who I love until last of my life." . . . . . Oh Sehun menghadapi kesukaran apabila dirinya berhadapan dengan seorang gadis yang mempunyai rupa yang agak miri...