"No matter where you are, I'm loving you, I won't rush you. I'll stand behind you and protect you."
*****************
Sehun menyarung kot putih miliknya sambil meneliti seluruh ruang bilik baru itu yang kini menjadi biliknya. Hari ini merupakan hari pertama dia berkhidmat di sini setelah hampir 4 tahun dia bekerja sebagai general surgeon. Akhirnya dia memutuskan untuk menjadi doktor biasa yang merawat pesakit di klinik.
Tok–tok!
Terjengul kepala seorang lelaki yang berpipi tembam saat pintu dikuak. Satu sengehan janggal dipamer apabila Sehun memandangnya pelik.
"Dr. Oh kan yang dari Seoul St. Mary Hospital tu. Hehe... hi aku Boo Seungkwan. Panggil aku Dr. Boo." ujar Seungkwan ramah. Bibirnya tidak lekang mengukirkan senyuman pada Sehun.
Siapa saja tidak kenal Oh Sehun yang sememangnya terkenal dengan kepakaran, kelincahan dan kehebatannya semasa membedah pesakit. Namanya sangat popular di kalangan-kalangan doktor, ahli-ahli politik dan pesakit yang memerlukan pembedahan.
"Eo.. nae." jawab Sehun ringkas bersama senyuman pendeknya. Seungkwan berdehem kekok selepas mendengar balasan Sehun. Tahulah dia Sehun bukan seorang yang ramah mesra dengan orang.
"A-aku m-minta diri dulu. Apa-apa, Dr. Oh boleh panggil." lantas Seungkwan menunduk hormat sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Mulutnya ditampar perlahan. Apahal boleh gagap pula ni?
Sehun mengeluh sebaik saja menyandarkan dirinya pada tulang kerusi. Kelopak matanya dipejam sebentar. Tiba-tiba kelibat gadis yang mempunyai rupa seiras dengan Xu Jiao muncul di mindanya. Langsung Sehun mencelikkan matanya. Cepat-cepat dia menggeleng laju.
"Tak betul dah aku ni agaknya."
☕️☕️☕️
Eunbi mengangkat wajahnya mendongak memandang bangunan yang berada dihadapannya. Klinik Universiti Myeongwoo yang kelihatan luas itu dipandang lama.
"Sini ke, klinik dia?" monolog Eunbi sendirian. Dia tahu klinik ini yang heboh di satu kolejnya. Katanya, ada doktor yang mempunyai paras rupa yang kacak berpindah ke sini. Namun, dia bukan nak sangat datang sini. Tapi dah sampai keluarganya pun cadang untuk datang ke klinik ini jadi dia tak ada pilihan.
Gasaklah. Aku datang nak sembuh. Desis hati Eunbi.
Tanpa berlengah, Eunbi mengorak langkah masuk ke dalam klinik itu. Langkahnya lebih laju setelah menemui kaunter. Terasa berdebar pula tiba-tiba.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE] True Love 2: Her Guardians • 그녀의 후견인 • EXO Sehun Fanfiction
Fanfiction"The person who I should protect. The person who only looks at me. The one and only person who I love until last of my life." . . . . . Oh Sehun menghadapi kesukaran apabila dirinya berhadapan dengan seorang gadis yang mempunyai rupa yang agak miri...