☕️ We'll Meet Again • 002 ☕️

42 2 0
                                    

"No matter where you are, I'm loving you, I won't rush you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"No matter where you are, I'm loving you, I won't rush you. I'll stand behind you and protect you."

*****************

Sebaik Eunbi menapak masuk ke dalam perkarangan universiti itu, telinga lintahnya menangkap satu perbualan yang bersembang dengan nada yang agak kuat.

Pada mulanya, dia tidak ingin mengambil tahu namun setelah mendengar dengan jelas tentang apa yang dibualkan langsung kakinya bergerak kebelakang semula hendak mencuri-curi dengar.

"First time, aku jumpa doktor sehensem, sekacak, sebaik tu! Aku rasa aku dah jumpa jodoh aku." Eunbi berdecit mendengar omelan gadis itu. Jodoh? Pergh, perasan gila.

"Pst, lelaki kacak macam Dr. Oh tu nak ke, perempuan macam kau? Kalau aku, haaaa... lain cerita dia." sela seorang lagu gadis yang parah sifat perasannya. Eunbi berdecit. Beg sandangnya dibetulkan sebelum mengorak langkah pergi. Namun sekali lagi dia menghentikan langkahnya.

"Aku dengarkan, dia dah pindah ke klinik Myeongwoo! Bolehlah kita jumpa dia setiap hari! Kyaaaaaaa~~!" mereka berdua saling meloncat-loncat gedik. Eunbi mengabaikan mereka kemudian meneruskan perjalanannya menuju ke dewan.

"Eunbi!!!" jerit Sooyoung sebaik saja Eunbi mengatur langkah ke arahnya. Terus lengan Eunbi dipaut manja.

"Kenapa ni? Gelilah." tangan Sooyoung ditepis. Sooyoung tersengih-sengih. Eunbi memandangnya pelik. Kena sampuk ke?

"Yah, Eunbi. Kau tahu tak, pasal doktor kacak yang baru transfer ke klinik Myeongwoo tu?" Eunbi berkerut. Memang kacak sangat ke, doktor tu?

"Tak. Tak nak ambil tahu." jawab Eunbi berpura-pura malas mengambil tahu padahal dalam fikirannya sudah cuba membayangkan bagaimana rupa wajah doktor tersebut.

"Ish! Kau ni! Tahulah kau setia sangat dengan Jaemin tu, but doktor tu lagi kacak tau! Handsome, hot, cute semua ada!" kata Sooyoung teruja. Eunbi sekadar mengiyakannya. Ditadah saja telinga mendengar pujian-pujian kepada Dr. Oh itu.

Lagipun, kenapa pula dia harus beria? Walaupun tiada kena mengena dengannya, dia tetap rasa bersalah dengan teman lelakinya.

"Eh! Teman aku shopping tau lepas ini. Tau? Tau?" Eunbi sekadar mengiyakan. Malas mahu melayan.

☕️☕️☕️

"Burppp– oops!" lantas Baekhyun menutup mulutnya saat tidak sengaja bersendawa kuat. Dia tersengeh malu. Chanyeol menggelengkan kepalanya. Tak senonoh betul.

[SLOW UPDATE] True Love 2: Her Guardians • 그녀의 후견인 • EXO Sehun FanfictionWhere stories live. Discover now