☕️ Take You Home • 009 ☕️

35 2 2
                                    

"No matter where you are, I'm loving you, I won't rush you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"No matter where you are, I'm loving you, I won't rush you. I'll stand behind you and protect you."

*****************

Ting!

Segera Mingyu menapak keluar dari lif. Wajah Eunbi yang kemerahan diamatinya lama. Tidak pernah sekali hidupnya berjumpa dengan wanita yang mampu membuatkan hatinya berdebar-debar.

"Heol. Kau dah gila, Mingyu." omel Mingyu sendirian kemudian sambung berjalan menuju ke arah keretanya yang berjenama Mercedes Benz G65. Pintu tempat penumpang dibuka dengan sebelah tangan sambil tangannya lagi satu menampung badan Eunbi.

Sempat dia mengukirkan senyuman selepas membetulkan posisi duduk gadis tersebut. Belum sempat Mingyu hendak menutup pintu semula, Sehun yang baru tiba langsung menahan pintu kereta itu. Anak matanya menikam anak mata Mingyu tajam. Mingyu berkerut sebelum salah satu keningnya terangkat.

"Aku akan bawak dia balik." kata Sehun dengan nada agak tegas. Mingyu membuntangkan biji matanya.

"Yah. Aku tak kenal kau. Dan kau siapa yang sesuka hati nak buat keputusan? Kau kenal dia, ke?"

"Kau tak perlu kenal siapa aku. Dan kau tak perlu tahu aku kenal dia ke, tak. Sebab tak ada kaitan dengan kau." bidas Sehun masih dengan nada datar. Mingyu mengeluh perlahan.

Dari atas hingga ke bawah, Sehun memang sempurna tetapi masih tidak dapat menandinginya.

"Aku takkan benarkan. Sebab kau lelaki dan aku tak percaya kau." Mingyu tetap dengan pendiriannya. Sehun melepaskan keluhan. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah yang sudah sampai ke tahap maksimum.

"Kau pun lelaki. Jadi aku tak boleh percaya kau juga." bidas Sehun. Mingyu menolak pipinya menggunakan lidah. Berang dengan lelaki dihadapannya kini.

"Kau tahu tak apa nama dia?"

"Hwang Eunbi. Dia adik kawan aku." ceh. Suka hati kau je anggap abang dia kawan kau. Sehun mengetap bibirnya. Itu saja cara yang dia dapat fikirkan buat masa sekarang.

Mingyu mengeluh. Dia melangkah setapak ke belakang. Sehun seolah-olah memahami apa yang dimaksudkan lelaki tersebut lantas mendukung Eunbi.

Sehun tersenyum. "Thank you." ucap Sehun ikhlas kemudian berlalu pergi.

☕️☕️☕️

Sehun perlahan-lahan membaringkan Eunbi di atas katil seterusnya tubuh kecil gadis kecil itu diselimuti dengan berhati-hati.

[SLOW UPDATE] True Love 2: Her Guardians • 그녀의 후견인 • EXO Sehun FanfictionWhere stories live. Discover now