"No matter where you are, I'm loving you, I won't rush you. I'll stand behind you and protect you."
*****************
"Oh Sehun. Panggil aku, Sehun." dingin suara Sehun memperkenalkan dirinya. Mingyu ketawa mengejek. Tangannya kemudian diletak di atas bahu Eunbi. Terhincut bahu Eunbi dibuatnya dengan tindakan Mingyu. Sehun menggeram perlahan. Dia meluat. Ingin saja tangan Mingyu dipotong biar kudung!
"Ok, Sehun. Memandangkan ini kali kedua kita berjumpa dan I'm very sure that you know her, hm... who are you?" serius nada Mingyu menyoal. Dia sudah tahu Sehun bukan rakan abang Eunbi. Dan dia sendiri tidak percaya yang dia boleh biarkan Eunbi pergi begitu saja bersama Sehun. Mujur, selamat.
Sehun berdecit. Sejak dari majlis itu lagi, dia memang cukup menyampah dengan lelaki dihadapannya ini. Entah mengapa. Rasa nak cekik-cekik sampai mampus.
"Kan aku dah cakap, kau tak perlu tahu tentang hubungan aku dengan dia. Well, kau pun baru kenal dia, right?" Mingyu mendengus. Baru dia ingin mendekati Sehun, lengannya ditahan oleh Eunbi. Sehun mengejapkan rahangnya melihat tangan Eunbi yang menyentuh Mingyu.
"Awak janji nak belanja saya makan, kan? Jom." lengan sasa Mingyu ditariknya pergi. Sempat Eunbi memandang Sehun. Kalau boleh dia tak mahu berhadapan dengan lelaki itu. Bukan kerana apa, cuma dia rasa malu. Jantungnya asyik berdebar-debar apabila dia bersama Sehun. Membuatkan dia hampir hilang akal!
Sehun tidak sempat bertindak apa-apa tatkala dia terdengar satu suara memanggilnya. Dia tidak memberi reaksi mahupun sahutan. Pandangan matanya kekal memerhati tingkah Eunbi dari jauh.
"Kat sini kau rupanya! Bukan nak bagi aku habis cakap dulu kau ni!" bentak Kyungsoo dengan nafas tercungap-cungap.
"Hm, benda apa yang penting sangat kau nak cakap?" tanya Sehun sekaligus ingin memotong bebelan Kyungsoo yang bakal menyinggah telinganya nanti. Kyungsoo tegakkan tubuhnya. Dia mengeluh seketika.
"Dia bukan orang yang sama, Sehun. Sudahlah. Sampai bila kau nak jadi macam ni? Move on. Xu Jiao dah tak ada." bahu Sehun ditepuk perlahan seolah-olah hendak menenangkan sahabatnya. Masih dia ingat lagi, bagaimana Sehun merayu padanya supaya mencari latar belakang Eunbi. Namun hasilnya mengecewakan Sehun.
Hwang Eunbi tetap Hwang Eunbi. Takkan berubah.
Sehun diam. Tidak bercakap. Otaknya ligat berfikir. "Why do I feel weird when we're in eye-contact?" soal Sehun tidak puas hati. Ada benda yang tak kena dirinya bila dengan Eunbi. Perasaan itu terasa... dekat sangat.
"Well.. who knows? Takdir, Hun. Kau kena percaya takdir Tuhan. Kau takkan tahu apa yang akan jadi nanti." kata Kyungsoo sebelum meninggalkan Sehun sendirian. Sehun menyelukkan kedua belah tangannya ke dalam poket sambil berjalan pergi. Mukanya ketat. Tidak tersenyum.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE] True Love 2: Her Guardians • 그녀의 후견인 • EXO Sehun Fanfiction
Fanfiction"The person who I should protect. The person who only looks at me. The one and only person who I love until last of my life." . . . . . Oh Sehun menghadapi kesukaran apabila dirinya berhadapan dengan seorang gadis yang mempunyai rupa yang agak miri...