"No matter where you are, I'm loving you, I won't rush you. I'll stand behind you and protect you."
*****************
Hujan perlahan-lahan menitik sebelum menjadi lebat. Disana seorang gadis yang tergedik-gedik mencari Sehun. Niatnya untuk ponteng kelas seperti apa yang Sehun katakan tidak kesampaian apabila dia lebih memilih untuk bertemu dengan Sehun.
"Mana Sehun ni..." desis hati Eunbi. Dia yakin Sehun pasti ada. Tapi bagaimana kalau Sehun sebenarnya sudah pulang? Pencariannya hanya sia-sia kalau begitu.
Eunbi meredah saja hujan sambil beg sandangnya diletak di atas kepala. "Sejuknya!!" jerit Eunbi kesejukan.
Tubuhnya dipeluk. Mujur ada tempat berteduh seperti di bawah bumbung ini. Angin sejuk yang menerpa dirinya menyebabkan kakinya terketar-ketar. Eunbi menghela nafasnya dan terhasil satu haba di udara. Dia mengambil keputusan untuk duduk bercangkung memandangkan bangku tidak disediakan di kawasan koridor berbumbung itu.
Makin lama makin lebat hujan turun. Eunbi masih dalam kesejukan. Tunggu melayang dibawa angin saja. Terbit rasa menyesal kerana mencari Sehun yang entah ada, atau tidak. Badan Eunbi agak lemah. Hingus sudah meleleh-leleh keluar dari hidungnya.
Terperanjat Eunbi apabila dia merasakan ada satu kot disarung di atas tubuhnya. Perlahan-lahan kepalanya mendongak ke atas. Bibirnya menggigil sambil melihat satu sosok tubuh yang berdiri dihadapannya.
Oh Sehun.
"Kau buat apa dekat sini? Nak berak?" tanpa menghiraukan perlian Sehun, Eunbi lantas berdiri dan ingin berlalu pergi. Gila dia mahu hadap Sehun dengan keadaan dirinya selekeh begini?
"Ha! Ha! Nak pergi mana?!" tangan kecil milik Eunbi ditariknya agak kasar. Eunbi menundukkan kepalanya. Hingus dikesat.
"Sungjae, pergi ambil kereta kau." jerit Sehun lantang pada Sungjae yang berjalan menuju ke arahnya. Sungjae yang malas hendak berbalah menurut saja arahan lelaki itu. Lagipun, dia tahu niat Sehun.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE] True Love 2: Her Guardians • 그녀의 후견인 • EXO Sehun Fanfiction
Fanfiction"The person who I should protect. The person who only looks at me. The one and only person who I love until last of my life." . . . . . Oh Sehun menghadapi kesukaran apabila dirinya berhadapan dengan seorang gadis yang mempunyai rupa yang agak miri...