☕️ Don't Mess With Her • 012 ☕️

29 1 2
                                    

"No matter where you are, I'm loving you, I won't rush you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"No matter where you are, I'm loving you, I won't rush you. I'll stand behind you and protect you."

*****************

"Woi Sehun, Ketua Jang nak jumpa kau. Ayok! Kau buat apa, huh?!" Sehun hanya mengiyakannya sebelum bersedia ingin berjumpa dengan Ketua Jang.

Seungkwan dijeling sekilas. Sudahlah, tidak menggunakan panggilan formal. Lagipun, berani Ketua Jang memarahinya? Dia yakin. Dia tidak buat apa-apa kesilapan.

Pintu diketuk terlebih dahulu. Sehun terus melangkah masuk apabila mendapat izin. Pintu kemudian ditutup semula sebelum dia menghadap seorang lelaki yang berusia 50-an dihadapannya atau dikenali sebagai Ketua Jang.

"Ya, Dr. Jang? Ada apa panggil saya?" Ketua Jang membetulkan cermin matanya. Wajah Sehun yang sentiasa tiada perasaan itu dipandang.

"Kamu tak ada shift kan petang ni? Saya tugaskan kamu untuk pergi dengan Dr. Yook Sungjae ke universiti Cheongju."

"Sure. Bila tu, Dr?"

"Petang ni, pukul 4. Saya akan maklumkan kepada Dr. Yook juga." Sehun sekadar mengangguk akur lalu berura-ura ingin keluar.

"Dr. Oh," serta-merta Sehun hentikan langkahnya tatkala namanya diseru.

"Tentang kes 3 tahun lepas. Saya dengar itu pembedahan pertama yang kamu gagal." tutur Ketua Jang bersama senyuman penuh maknanya. Riak wajah Sehun berubah apabila mendengar isu sensitif itu. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya kebelakang.

"Jadi?" suaranya juga berubah. Tajam matanya memandang lelaki tua itu. Penumbuknya sudah digenggam erat. Cuba menahan marahnya dari meletus.

"Ah? Tak ada apa-apa. Saya cuma nak pastikan betul atau tak. Itu je." Ketua Jang tersenyum naif. Sehun berdecit. Tanpa membuang masanya lagi di situ, langsung dia beredar. Sehun mendengus geram. Mata dipejam menahan marah yang meledak-ledak.

Dia tahu orang tua itu sengaja hendak membangkitkan kemarahannya. Dan dia juga tahu kes 3 tahun lepas merupakan kelemahannya sehingga kini.

Kerana melibatkan wanita kesayangannya.

☕️☕️☕️

"Buat apa kita datang sana?" Sehun menanya. Sungjae tidak menjawab. Stereng keretanya dipusing-pusing membuat pusingan U. Tersalah jalan pula.

"Jawablah." gesa Sehun. Sungjae mengeluh sambil matanya melirik ke arah rakan sekerjanya sekilas.

"Takkan kau tak tahu? Kita kena visit and bagi some advices pada pelajar yang ambil bidang pembedahan." Sehun melopong sambil terangguk-angguk. Memang dia datang tak sediakan apa-apa skrip. Benda boleh spontan.

Sehun melangkah keluar dari perut kereta Sungjae usai Sungjae memakirkan keretanya sekaligus mematikan enjin. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam perkarangan kolej itu. Pelajar perempuan yang melewati mereka berdua sudah meroyan.

[SLOW UPDATE] True Love 2: Her Guardians • 그녀의 후견인 • EXO Sehun FanfictionWhere stories live. Discover now