"No matter where you are, I'm loving you, I won't rush you. I'll stand behind you and protect you."
*****************
Terjuih bibir Mr. Hwang melihat anak perempuannya yang sering kali termenung. Bila ditanya, dikata tiada apa-apa. Lepas itu, malam-malam mesti dia ada terdengar Eunbi menangis. Eh, keling betul anak aku ni.
"Hello? Yeobo, awak dengar tak.. apa yang saya cakap?" kedengaran suara wanita di talian. Mr. Hwang tersentak.
"Ye, ye. Saya dengar ni. Em, bila awak dengan Minhyun balik? Dah dua minggu anak awak seorang ni, macam ada masalah je." beritahu Mr. Hwang tentang keadaan Eunbi yang kemurungan hampir sebulan. Mrs. Hwang mulai risau akan keadaan anak bongsunya.
"Saya balik malam ni. Sampai esok pagi. Jumpa esok, yeobo!"
"Ha, iyalah. Saya letak dulu. Kbye... memuah!" balas Mr. Hwang gedik. Mrs. Hwang yang mendengarnya tergelak suka.
"Ada-ada jelah awak ni. Yelah. Saya nak sambung tengok tv ni." usai saling membalas muah muah, Mr. Hwang mematikan panggilan bersama senyuman manis.
Sudah dua minggu berlalu sejak ibunya berangkat ke Jepun untuk melawat abangnya. Dua minggu itu juga, hubungan dia bersama Jaemin dan Sooyoung putus. Kehilangan teman lelaki dan kawan baik dalam pada masa yang sama amat memilukan.
"Eunbi," ayahnya dipandang sekilas sebelum memandang ke hadapan semula sambil dagunya ditopang.
"Kenapa dengan anak papa ni? Lately ni diam je. Okay ke tak, ni?" soal Mr. Hwang prihatin. Kepala Eunbi diusap-usapnya lembut.
"No. I'm not. Eunbi tak okay." jujur Eunbi memberitahu. Ayah yang disampingnya masih tidak dipandang.
"Kenapa? Cuba cerita pada papa. Haih- kamu ni ikut perangai siapa suka pendam-pendam macam ni? Rasanya mama kamu pun tak macam ni." kata Mr. Hwang mematikan lamunan Eunbi. Terus dia memusingkan kepalanya menatap lelaki tua itu.
"Eunbi rindu mama dengan abang Minhyun. Bila diorang nak balik sini?" Eunbi mencebik. Niatnya hendak menceritakan masalahnya dilupakan. Biarlah.
"Entah. Mama kamu tu jadi seronok pula duduk sana. Papa pun rindu dia. Perempuan memang selalu macam ni ke?"
"Yes. Alah- papa boleh pula tanya Eunbi? Papa sendiri tahulah perangai mama macam mana." Mr. Hwang ketawa tatkala mendengar balasan anaknya. Bertahun-tahun dia hidup dengan isterinya, takkan still tak tahu perangai masing-masing kan?
"Aduh. Teringat zaman cintan-cintun papa dengan mama. Auch!" Eunbi membuat muka menyampah. Start dahlah tu mahu bercerita kisah lama.
"Mama kamu yang dulu nak sangat dekat papa. Papa memula jual mahal. Last last tersangkut juga. Hoho."
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE] True Love 2: Her Guardians • 그녀의 후견인 • EXO Sehun Fanfiction
Fanfiction"The person who I should protect. The person who only looks at me. The one and only person who I love until last of my life." . . . . . Oh Sehun menghadapi kesukaran apabila dirinya berhadapan dengan seorang gadis yang mempunyai rupa yang agak miri...