☕️ Our Destiny • 015 ☕️

20 3 2
                                    

"No matter where you are, I'm loving you, I won't rush you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"No matter where you are, I'm loving you, I won't rush you. I'll stand behind you and protect you."

*****************

Brek tangan diangkat setelah berada dihadapan sebuah kediaman. Mingyu menarik senyum. Pintu kereta dibuka lantas ditutup kembali sebaik saja dia melangkah keluar dari perut keretanya.

Ding—dong!

"Eh awak, pergi buka pintu tu." pinta Mrs. Hwang. Mr. Hwang sekadar menurut. Tab-nya diletak di atas meja sebelum bangkit menghampiri pintu.

Mendongak Mr. Hwang ke atas, melihat lelaki yang tinggi bak tiang lampu yang sedang berdiri dihadapannya ini. Sementara, Mingyu cuma tersenyum.

"Ya? Cari siapa?"

"Hm, Hwang Eunbi ada?" soal Mingyu bersama senyuman terukir. Mr. Hwang dengan teragak-agak mengangguk.

"Ada. Encik ni siapa?" mengecil mata Mr. Hwang cuba meneliti. Rasanya dia pernah lihat lelaki ini.

"Her friend. Boleh panggil dia? Saya tunggu sini." Mr. Hwang akur. Dia kemudian berdehem membetulkan suaranya.

"EUNBI! ADA ORANG NAK JUMPA NI!" laung Mr. Hwang kuat dan lantang. Mingyu kekal dengan senyuman manisnya.

Eunbi tersentak mendengar laungan ayahnya dari ruang bawah. Tanpa membuang masa lagi, dengan langkah yang teratur dia menuruni tangga kemudian menuju ke arah ayahnya.

"Eo? Mingyu-ssi? B-buat apa kat sini?" tanya Eunbi agak terperanjat. Mustahil Mingyu boleh tahu alamat rumahnya sedangkan dia tidak pernah pula beritahu pada lelaki ini.

"Aku nak cakap dengan kau sekejap. Boleh kan... abeoji?" Mingyu menyoal sebelum kepalanya ditoleh memandang Mr. Hwang yang sudah mencerlungkan matanya.

"H-haa? Uh, boleh. Tapi, jangan lama sangat." balas Mr. Hwang, blank. Rasanya dia baru saja terdengar jejaka tinggi ini memanggilnya dengan panggilan ayah. Mabuk ketum ke, apa.

"Papa masuk dulu, ya?" Eunbi angguk. Sebaik saja Mr. Hwang berlalu pergi, cepat-cepat Eunbi menarik lengan Mingyu menuju ke bawah garaj.

"Ish, awak ni! Mabuk ketum eh, panggil ayah saya, abeoji? Nanti dia fikir bukan-bukan pula." Mingyu ketawa mengekek. Suka pula dia mengusik gadis kecil ini.

"Bukan-bukan? Maksud kau?" sakat Mingyu dengan senyuman nakalnya. Eunbi membuntangkan matanya seolah-olah dapat membaca fikiran kolot Mingyu itu.

"Yah! Apa yang awak fikir? Jangan macam-macam eh!" bentak Eunbi geram. Mingyu ketawa lagi. Nampaknya, dia sudah ada hobi baru dengan mengusik Eunbi.

"Apa yang aku fikir? Hm, aku fikir pasal kau je. Ha, sweet tak?" Mingyu mengangkat kening kirinya berkali-kali. Senyuman nakal masih melekat di bibirnya.

[SLOW UPDATE] True Love 2: Her Guardians • 그녀의 후견인 • EXO Sehun FanfictionWhere stories live. Discover now