💗| Bab 1

388 29 0
                                    

Tudung yang sedikit senget dibetulkan oleh gadis itu. Mata hazel gadis itu laju mengikut pergerakan sasarannya. Tidak lupa juga cermin mata gelap disangkut di batang hidungnya. Dia tidak mahu sasarannya itu mengesan kehadirannya.

Laju saja kakinya mengikut ke mana saja sasarannya itu berjalan. Panas terik matahari tidak dia hiraukan. Sasarannya lagi penting dari panas terik sekarang ni. Alah, panas dunia aje pun.

Kelihatan sasarannya itu masuk ke dalam restoran mewah. Dia mengikut sasarannya itu, tempat yang agak tersorok dia duduk. Tubuh wanita melalui tempat yang gadis itu duduk lalu wanita itu mengambil tempat di hadapan sasarannya.

Kelihatan mereka sedang bercumbu. Lelaki itu mengusap lengan wanita itu. Huh! Dasar perempuan tak tahu malu. Dah tua pun masih pakai baju tak cukup kain. Aku debik baru tahu, cemuh gadis itu dalam hati.

Mungkin tempat yang agak tersorok, membuatkan sasarannya dengan wanita itu bercumbu agak lama. Tangan sasarannya itu mula meliar di tubuh wanita itu.

"Pa..." Air mata gadis itu jatuh ke pipinya. Cermin mata hitam dia buka lalu diletakkan di atas meja dengan kasar.

Seorang pelayan mendekati meja yang diduduki oleh gadis itu. "Cik, order?"

Gadis itu memandang sekilas ke arah pelayan tersebut lalu pandangannya dihalakan ke arah sasarannya semula.

Semakin sakan dia melihat sasarannya dan wanita itu. Mereka bergelak ketawa. Bergurau senda bagai tiada siapa di sekeliling mereka.

"Papa..." Air matanya makin laju menuruni pipi. Tangannya digenggam sekuatnya. Kalau ikutkan hati mahu saja dia mendekati meja itu lalu menghadiahkan penumbuk sulungnya kepada wanita itu mahupun sasarannya.

"Err... Cik tak apa-apa?" Teragak-agak pelayan itu menegur gadis itu.

Gadis itu memandang pelayan tersebut. Senyuman cuba dia ukirkan. Air matanya dia hapuskan lalu dia bangun dari situ.

"Maafkan saya. Saya tak nak order apa-apa dan saya okay."

Gadis itu terus berlalu dari situ. Semasa dia melintasi meja sasarannya itu, dia sengaja menendang kaki meja itu sehingga air di atas meja itu tumpah.

"Adab dekat mana anak muda!"

Gadis itu memusingkan badannya menghadap sasarannya. Senyuman sinis diukir. Air mata yang tadi sudah kering mula membanjiri pipinya semula.

Terkedu lelaki itu seketika. Dia tak sangka gadis itu akan berada di hadapannya. Bibir lelaki itu terketap-ketap.

"Lu..Luna?" Tergagap-gagap lelaki dihadapannya itu.

Luna terus berlalu dari situ. Sakit hatinya melihat ayahnya curang.

••••••

Luna berjalan tanpa arah tuju. Dia hanya mengikut ke mana saja kakinya bawa. Akhirnya kakinya berhenti di hadapan sebuah tasik. Dia duduk di atas rumput. Waktu ini taman rekreasi tersebut masih sunyi.

Air mata yang ditahan oleh Luna tadi perlahan-lahan jatuh. Dia sakit melihat bapanya sendiri curang. Selama ini dia melihat bapanya melayan ibunya dengan penuh kasih rupanya perbuatan bapanya itu hanya untuk mengaburi matanya dan mata ibunya.

Syukur dia ikut kata hatinya tadi untuk mengekori bapanya secara senyap-senyap. Kalau tidak entah sampai bila dia akan tahu perangai bapanya itu. Luna melihat kiri dan kanannya dahulu lalu dia menjerit sekuat hatinya.

"Papa curang!"

Luna menekup mukanya. Dia menangis sepuas-puasnya. Dia tidak mahu ibunya melihat dia dalam keadaan begini. Apabila dia teringat akan ibunya, tangisan dia semakin menjadi-jadi.

Macam mana kalau mama tahu papa curang? Mama boleh terima tak? Macam mana kalau papa madukan mama?

Pelbagai soalan muncul dibenak fikirannya tika ini. Dia sungguh sayang akan ibunya itu. Dia tidak pernah melihat ibunya menitiskan air mata kekecewaan. Dia tidak mahu ibunya itu sedih.

"Mama terlalu setia dengan papa tapi kenapa papa curang dengan mama? Kenapa pa?"

"Kenapa papa!" jerit Luna lagi.

Dia tak mampu tanggung kesedihan ini lagi. Kalau dia berasa sangat sedih saat apatah lagi ibunya apabila sudah mengetahui kebenaran tentang bapanya. Pasti ibunya lagi sedih.

Luna bangun dari situ. Dia memandang ke arah tasik itu seketika sebelum dia pulang. Saat dia berpaling terasa sesuatu yang sejuk melekat di tubuhnya.

Matanya membulat. Dia melihat ke arah gerangan yang menjadi punca insiden tersebut terjadi. Lelaki cina!

"Hey! Mata kau letak dekat lutut ke?" tengking Luna pada lelaki itu. Haih, apek ni memang nak mampus dengan aku.

"Maaf, saya tak sengaja. Lagipun salah awak juga sebab tak tengok orang dulu,"tegur lelaki berbangsa cina itu.

"Ewah, sedara. Kau salahkan aku pulak. Kau tu yang salah. Dasar mata letak dekat lutut!"

"Mata letak lutut tak apa daripada awak tu. Mulut baru lepas celup dari longkang!" balas lelaki itu tak mahu kalah.

Luna mengetap bibirnya kuat. Geram dia dengan lelaki di hadapannya itu. Dia tidak mahu bertengkar dengan lelaki itu lagi. Tak ada faedah. Dia terus berlalu meninggalkan lelaki itu.

••••••

Ajarkan Aku Tentang CintaWhere stories live. Discover now