💗| Bab 6

99 15 0
                                    

Suasana pagi itu sungguh indah. Burung-burung berkicauan dan terbang bebas di udara. Ah! Alangkah indahnya hidup ini jika dapat jadi seperti burung yang bebas terbang ke sana dan ke mari.

Cahaya mentari bagai malu-malu untuk masuk menerobos ke bilik Luna melalui celahan langsir. Luna membuka matanya perlahan-lahan. Jam loceng di atas meja yang terletak di sisi katilnya diambil.

Hampir terjojol keluar mata Luna apabila melihat jarum jam berada tepat di angka lapan. Dia bingkas bangun dari katil lalu berlari anak masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

"Apa aku nak pakai ni?" Luna mundar-mandir di dalam walk-in-closetnya. Habis semua baju kutung dia keluarkan.

Jari telunjuknya diletakkan di dagu. Akhirnya dia memilih baju kurung berwarna biru dan mempunyai bunga-bunga kecil berwarna putih lalu baju kurung itu disarungkan di tubuhnya.

"Perfect!" Pelbagai gaya yang dia lakukan saat dia melihat pantulan dirinya di cermin.

"Alahai, tudung pula. Nak pakai tudung apa eh?" Matanya ligat melihat tudung-tudung yang tergantung rapi di situ.

"Aku pakai shawl cream ni la." Luna terus tarik selendang itu lalu dililitkan di kepalanya.

"Ok cun! Dah cantik. Masa untuk ambil result." Sempat Luna melambai dan memberi ciuman layang atau flying kiss pada pantulan dirinya di cermin sebelum keluar dari biliknya.

"Ma, Luna pergi dulu,"laung Luna saat dia turun dari anak tangga. Kemudian dia berlari anak ke pintu utama.

Kasut jenama Vans yang terletak di rak kasut disambar olehnya.Setelah dia selesai mengikat tali kasut, dia terus menapak masuk ke dalam kereta.

"It's time to go. Jom, Pak Mat."

Lelaki separuh abad itu menggeleng kepalanya sambil tersenyum. Geli hatinya melihat telatah anak muda itu.

"Tuan dan puan tak ikut cik muda sekali ke?"

Riak muka Luna terus berubah. Namun sempat dikawal olehnya. "Tak ikut sebab papa mungkin sibuk. Mama pula tak sihat."

Pak Mat hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian kereta itu meluncur dengan laju ke sekolah.

••••••

Luna melihat setiap bekas pelajar dari sekolah itu yang naik ke pentas kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Hatinya rasa berdebar-debar. Pelbagai andaian mula bermain di dalam fikirannya.

"Ini merupakan pelajar terakhir yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM. Pelajar tersebut berjaya mendapat sebanyak 10 A+ dalam peperiksaan tersebut."

Jantung Luna mula berdegup dengan sangat laju. Tangannya juga mula berpeluh. Kebanyakan orang yang berada di dalam dewan itu tertanya-tanya siapa gerangan tersebut.

"Pelajar tersebut ialah Luna Thasyeanna binti Aryan!"

Bergema dewan tersebut dengan pengumuman tersebut. Luna seakan tidak percaya. Namanya disebut.

Luna berjalan dengan kekok. Dia menaiki pentas dengan perlahan sebelum mendekati pengetua untuk mengambil slip keputusannya.

"Tahniah," ucap pengetua tersebut.

Luna hanya tersenyum kerana dia masih tidak percaya lagi dengan keputusan yang berjaya diperoleh.

"Dipersilakan Luna untuk memberi sedikit ucapan."

Luna mengambil mikrofon yang dihulurkan oleh seorang guru lelaki.

"Assalamualaikum semua. Maaf, saya masih lagi dalam situasi terkejut. Saya sangat bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Tuhan. Walaupun mama dan papa saya tidak ada di sini tapi saya masih bersyukur kerana dengan keputusan ini saya dapat membanggakan kedua ibu bapa saya. Terima kasih."

Luna menyerahkan kembali mikrofon tersebut lalu dia turun dari pentas.

"Buat pelajar lain, sila ambil slip anda di meja yang ada guru di belakang mengikut kelas masing-masing. Terima kasih."

Semua orang mula bangun untuk ke meja di belakang. Luna terus keluar dari dewan tersebut. Dia melihat ramai pelajar berswafoto dan mengambil gambar bersama ibu bapa dan kawan-kawan.

Hatinya menjadi sebak kerana tiada siapa yang berada di sisinya sekarang. Ada beberapa pelajar perempuan berjalan melintasinya.

"Aku rasa mak dan bapa si Luna tu dah malas nak ambil tahu pasal dia. Lagipun hari tu aku nampak bapa dia keluar dengan perempuan lain,"kata salah seorang perempuan tersebut.

Mata Luna berkaca apabila mendengarnya. Tiba-tiba ada beberapa perempuan lagi datang mendekatinya. Dia cuba mengukir senyuman kerana dia fikir mereka ingin mengucapkan tahniah kepadanya.

"Hei perempuan, mak bapa kau datang sebab mereka dah lupa eh yang mereka ada anak. Kau tu dari dulu lagi bermasalah. Patutlah kau tak pernah ada kawan." Air mata Luna terus jatuh dan senyumannya juga sudah pudar.

"Tiada siapa yang datang tengok kau. Kesiannya,"kata perempuan itu lagi sambil membuat mimik muka kasihan.

"Sayang, sorry sebab lambat," kata seseorang di belakang Luna.

Mereka terus melihat gerangan yang sedang berjalan di belakang Luna. Luna juga menoleh ke belakang. Matanya membulat.

Damien datang mendekati Luna dan perempuan tersebut. Dia memberikan sejambak bunga dan coklat kepada Luna. Perempuan tersebut terkedu melihat Damien.

"Congratulation sayang."

Terjojol mata perempuan tersebut. Tak sangka Luna mempunyai teman lelaki sekacak lelaki tersebut. Apabila Damien melihat ke arah perempuan tersebut mereka tersipu malu. Damien mengangkat keningnya dan mukanya sedikit tegang.

Apabila melihat muka Damien seakan mahu memarahi mereka, terus saja mereka pergi dari situ.

Baru saja Luna mahu membuka mulut, Damien terus memotongnya. "Jangan cakap banyak. Jom keluar dari sini dulu. Saya tak suka orang pandang saya."

Mereka terus keluar dari perkarangan sekolah.

••••••

Ajarkan Aku Tentang CintaWhere stories live. Discover now