💗| Bab 3

145 16 0
                                    

Luna mendengar lagu yang mendayu terpasang di tingkat bawah. Sedikit pun dia tidak mengendahkannya. Pasti ibu dan bapanya sedang berseronok meraikan hari bahagia mereka hari ini.

Dia bangun berjalan ke arah meja solek. Beg diselongkar untuk mencari barangnya. Dahinya berkerut apabila telefonnya tidak ada dalam beg. Dia mula gelabah.

Dia mencari telefonnya di seluruh pelosok biliknya. Namun usahanya gagal. Sekali lagi dia mencari mungkin kali ini usahanya akan berjaya. Namun semuanya hanya sia-sia.

Dia rasa seperti hendak menangis saja saat ini. Banyak kenangan yang dia simpan dalam telefonnya itu. Where's my phone?

Dia terduduk lemah di atas katilnya. Dia seperti hendak menjerit menyuruh bapanya diam saja saat dia mendengar bapanya menyanyi di bawah. Dah la sakit hati dengan sikap bapanya. Kemudian sakit hati dengan sikap cuai diri sendiri.

Tok! Tok! Tok!

Luna memandang ke arah pintu biliknya. Terjengul wajah ibunya yang sedang tersenyum manis. Luna membalas senyuman ibunya dengan hambar sekali. Ibunya menguak pintu biliknya lebih luas. Kelihatan bapanya berdiri di sisi ibunya sambil tersenyum manis ke arahnya tetapi dia tidak membalas senyuman bapanya.

"Kenapa ni sayang?" tanya ibunya lalu ibunya duduk di sebelahnya.

"I lost my phone, ma..." suaranya seperti hendak menangis saja saat itu.

Ibunya mengusap kepalanya dengan penuh kasih. "Esok kita beli telefon baru, ya?"

"Tak nak. Luna nak telefon tu juga. Luna sayang telefon tu,"bentak Luna.

"Esok kita cari telefon Luna sama-sama,"kata ibu Luna.

Luna mengangguk kepalanya. Ibunya membaringkan dia selepas dapat memujuk anak perempuannya itu. Selimut ditarik sehingga ke paras dada anaknya lalu satu ciuman hangat singgah di dahi Luna.

Luna menarik tangan ibunya apabila ibunya berura-ura keluar dari bilik bersama bapanya. Ibunya melihat ke arah dia.

"Mama nak pergi mana?"tanya Luna.

Ibu Luna tersenyum lalu merungkaikan pegangan anaknya. "Mama nak keluar dengan papa. Sekejap aje. Nak sambut hari istimewa."

Luna mengangguk lalu membenarkan ibunya keluar lalu perlahan-lahan dia memejamkan matanya.

••••••

Luna bangun awal pada pagi itu. Dia melihat jam loceng yang terletak di atas meja di sisi katilnya. Terbuntang matanya melihat jarum jam yang menunjukkan angka lapan. Dia bergegas bangun dari katil lalu berlari anak masuk ke dalam bilik air.

Dia hanya bersiap ala kadar seusai dia membersihkan diri. Dia mencapai tudung yang tergantung di dalam almari lalu berlari keluar dari biliknya untuk ke bilik seterika. Terkocoh-kocoh dia menggosok tudungnya lalu memakainya selepas menggosok tudung itu.

Luna laju menuruni anak tangga lalu mencari kelibat ibunya namun tiada. Dia melaung memanggil ibunya namun tiada sahutan juga lalu dia keluar dari rumah. Dia mencapai kasut sukannya lalu dia pakai.

"Pak Mail nampak mama dengan papa tak? Luna cari mama tapi tak ada pun,"tanya Luna kepada Pak Mail itu sebaik saja Luna melihat pengawal keselamatan itu melintas di hadapannya.

"Tuan dengan puan belum balik dari semalam lagi cik muda,"jawab Pak Mail.

"Tak apalah. Kalau mama balik, cakap yang Luna keluar jogging." Luna terus meninggalkan perkarangan rumah itu.

Dia berjoging dengan kadar yang perlahan ke arah taman. Jarak rumahnya dengan taman tidak jauh sangat. Itu membuatkan dia mengambil keputusan untuk berjoging saja dari rumahnya je taman sekaligus dapat membakar lemak di dalam badannya.

Dia berjoging keliling taman itu tiga kali lalu dia duduk di bangku yang tersedia di situ. Dia cuba mengatur nafasnya. Menyesal pula dia tidak membawa air dari rumah tadi. Sekarang dia berasa dahaga sangat. Duit pun dia tidak bawa saat ini.

Apabila sudah lama di situ, baru dia teringat tujuan asalnya ke taman itu. Dia hendak mencari telefonnya. Dia sangat yakin bahawa telefonnya tercicir di situ.

"Aku kena cari telefon sampai jumpa."

Luna terus bangun lalu mencari telefonnya di sekitar kawasan itu. Baru separuh kawasan itu dia cari namun dia sudah penat. Dia terus merebahkan dirinya di atas rumput. Dia mengurut kakinya yang terpelecok tadi. Padan muka, inilah akibat tak panaskan badan dulu, kutuknya di dalam hati.

Kelihatan seekor anjing sedang berjalan mencari makanan. Membuntang mata Luna. Dia cuba untuk bangun namun gagal. Kakinya berasa sakit sangat saat ini. Dia melihat anjing itu berjalan menuju ke arahnya.

Dia mulai cuak. Dia tidak fikirkan kakinya saat ini. Dia hanya mahu lari saja saat ini. Perlahan-lahan dia bangun lalu berlari dalam keadaan terhincut-hincut apabila dia melihat anjing itu semakin dekat.

"Mama!" jerit Luna saat dia melihat anjing itu mengejarnya dengan begitu pantas.

Entah di mana silapnya, dia tersadung sesuatu lalu terjatuh. Dia melihat anjing itu semakin dekat dengannya. Dia memejamkan matanya. Dua berdoa di dalam hati agar ada orang datang menolongnya. Air matanya juga sudah membasahi pipinya.

Dia mendengar bunyi anjing itu menyalak. Bunyinya sangat dekat dengannya. Tanpa berfikir apa-apa Luna terus menjerit apabila terasa sesuatu di kakinya.

"Mama!"

••••••

Ajarkan Aku Tentang CintaWhere stories live. Discover now