💗 | Bab 11

27 3 0
                                    

Gelas yang terletak di atas meja makan itu hampir pecah akibat Luna mendapat kejutan di awal pagi. Tenungan dia juga tidak lepas dari sepasang mata orang yang berada dihadapannya saat ini. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia halau tetamu yang tak diundang itu dengan penyapu. Orang dihadapannya pula tenang saja walaupun mendapat tenungan yang membunuh itu.

“Makan la. Sampai bila nak tenung anak teruna orang, Luna.” Suara Puan Adline memecahkan suasana.

Disebabkan teguran dari ibunya, Luna terus menyambung makan yang tergendala tadi. Muka apek ni tebal betul! Tak tahu malu! Dia ingat ni rumah kebajikan ke sampai hari- hari datang sini? Menyebalkan betul apek ni.

“Luna, makan sayang. Tenung apa lagi tu? Tembus dah dinding mama tu,” tegur Puan Adline saat matanya melihat anaknya memandang ke arah orang dihadapannya itu. Tahu sangat dengan pandangan tak puas hati anaknya itu.

Kedengaran ketawa halus. Luna terus memandang tajam ke arah orang dihadapannya. Mahu saja dia hadiahkan penumbuk ke arah lelaki itu.

“Gelak-gelak apa? Nak mampus awal ke?!”

Luna menjeling orang di hadapannya. Lelaki itu terus terdiam lalu menyambung suapan. Puan Adline menggeleng kepalanya melihat perilaku anaknya itu. Anaknya itu tak makan saman walaupun sudah ditegur.

“Oh ya aunty. Uncle mana? Tak makan sekali ke?” tanya lelaki itu.

“Uncle kamu tu awal-awal lagi dah keluar pergi pejabat. Katanya ada meeting awal pagi ni. Eh, tambah lagi Damien bihun goreng tu. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri.”

Puan Adline menambah bihun goreng ke dalam pinggan Damien apabila dia melihat bihun goreng di dalam pinggan lelaki itu berkurang. Luna hanya menggulingkan matanya. Lagi naik lemak apek tu bila mama kata buat macam rumah sendiri!

“Ma, Luna naik atas dulu la. Sakit mata duduk sini lama-lama,” kata Luna seraya mengangkat pinggan dan gelasnya ke dapur.

“Maaf la Damien perangai Luna macam tu. Aunty pun tak tahu kenapa dengan dia,”kata Puan Adline dengan penuh kekesalan dengan sikap anak daranya itu.

Damien hanya tersenyum saja. Dia tidak kisah. Lagipun dia sudah terbiasa dengan perangai Luna itu.

“Weh apek. Kau jangan nak buat macam rumah sendiri sangat. Lepas makan kau balik rumah sendiri. Rumah kau tu boleh nak buat macam rumah sendiri. Rumah aku jangan sesekali kau buat macam tu.”

Sempat lagi Luna menyembur Damien ketika dia melintasi meja makan sebelum dia menapak ke biliknya.

Puan Adline menggeleng mendengar kata-kata anaknya itu. Dia tersenyum ke arah Damien lalu meminta maaf sekali lagi di atas kata-kata anaknya itu. Damien hanya tersenyum ke arah Puan Adline tanda dia tidak terasa lalu menyambung makan semula.

•••••

Luna membaringkan badannya di atas katil. Sakit hati dengan bapanya tidak habis lagi di tambah dengan sakit hati terhadap Damien pula. Mahu saja dia sagat muka lelaki itu di atas jalan tar saat lelaki tersenyum melihat dirinya lalu di hadapan meja makan tadi.

“Eii kalau tak sebab mama bela tadi, dah lama apek tu kena ligan dengan batang penyapu tadi,”kata Luna kegeraman.

Tiba-tiba otaknya terfikir soal kejadian semalam. Tentang ayahnya.

Luna turun ke dapur untuk menghilangkan dahaga. Saat dia ingin naik semula ke biliknya, dia terdengar bunyi kerusi meja makan di tarik. Luna cepat-cepat sembunyi di dinding dapur.

“You, malam ni I tak boleh keluar la. Nanti Luna syak lagi. Lagipun isteri I sekarang selalu tanya I keluar pergi mana setiap malam.”

Luna mendengar lagi perbualan ayahnya bersama orang di hujung panggilan sana.

“Esok kita jumpa ya sayang. Nanti I send tempat kita jumpa. Esok je tau. Lepas ni kita jumpa seminggu sekali je. I dah tak nak kantoi dengan Luna.”

Luna terus berlari sembunyi di celah peti sejuk saat dia nampak ayahnya berjalan menuju ke arah dapur.

Saat dia melihat tubuh ayahnya menghilang ke dalam tandas. Dia terus berlari anak ke arah meja makan lalu membuka telefon bimbit ayahnya. Dia melihat mesej ayahnya bersama perempuan yang ayahnya telefon tadi.

Luna terus meletakkan telefon ayahnya di atas meja semula setelah dia sudah mendapat apa yang dia mahukan lalu dia pantas berlari naik ke biliknya sebelum ayahnya keluar dari tandas.

Luna terus bangun saat dia teringat akan kejadian semalam. Dia cepat cepat bersiap untuk pergi mengintip ayahnya yang keluar pada awal pagi semata-mata untuk berjumpa kekasih gelapnya itu.

Entah apa lah yang ayahnya beritahu kepada ibunya untuk keluar awal pada pagi itu. Ibunya itu tidak lah bodoh mana untuk percaya ayahnya pergi ke pejebat pada awal pagi sedangkan ibunya mengetahui jadual ayahnya itu untuk hari ini.

•••••

Ajarkan Aku Tentang CintaWhere stories live. Discover now