💗 | Bab 10

33 4 0
                                    

Puan Adline memandang anak daranya dari balkoni biliknya. Bahagia saja gadis itu berenang di dalam kolam walaupun di situ ada Damien. Hati tuanya mula terpaut pada lelaki itu. Kalau boleh mahu saja dia mahu menyatakan hajatnya untuk mengahwini lelaki itu dengan anak daranya.

Puan Adline tersedar apabila mendengar anak daranya itu menjerit terhadap Damien. Dia pantas turun ke kolam. Anak daranya itu bukan boleh dibiar. Takut sekejap lagi Damien akan terkena bahananya.

Dari jauh lagi Puan Adline masih lagi mendengar suara jeritan anak daranya itu.

"Kau bagi balik tuala aku sebelum batu ni melayang dekat kepala kau!" tengking Luna.

"Cuba la ambil kalau nak. Kalau tak tuala ni... Aduh!" belum sempat Damien menghabiskan ayatnya. Batu di tangan Luna sudah melayang di kepalanya.

"Luna!"jerkah Puan Adline.

Puan Adline pantas berlari anak ke arah Damien. Dia membelek dahi lelaki itu. Darah mula mengalir di dahi lelaki itu. Membulat mata Puan Adline. Mengucap panjang wanita tua itu melihat darah yang laju mengalir di dahi Damien.

" Tengok apa yang kamu buat ni, Luna. Habis berdarah anak orang. Kamu ni, minta maaf cepat!"marah Puan Adline.

Luna mendekati Damien. Tuala yang ada di tangan Damien, dia rampas. Dengan muka tak bersalah dia terus pergi dari situ.

"Padan muka! Balasan untuk orang yang kepala batu!" sempat Luna melemparkan kata-kata itu sebelum dia masuk ke dalam rumah.

Puan Adline menggeleng kepala melihat gelagat anaknya itu. Kasar sangat. Puan Adline meminta maaf kepada Damien tetapi lelaki itu hanya tersenyum. Sedikit pun dia tidak menyimpan perasaan dendam dengan perbuatan Luna itu. Dia terus pamitkan diri dia untuk pulang ke rumahnya.

••••••

Damien memegang kepalanya yang berbalut itu. Sakit di kepalanya masih terasa. Tersenyum dia seorang diri di balkoni rumahnya. Apabila dia mengenangkan Luna pasti dia tersenyum. Baginya Luna bagaikan tembok yang susah untuk diruntuhkan. Jujur dia katakan bahawa dia sudah jatuh hati pada gadis itu.

Luna nampak saja kasar tapi gadis itu ada kelembutannya. Buktinya, dia pernah melihat beberapa kali gadis itu menangis seorang diri. Susah untuk dia menyelami perasaan gadis itu kerana Luna seorang yang perahsia. Luna tidak pernah berkongsi isi hatinya pada sesiapa. Gadis itu hanya pendam seorang diri.

"Luna Thasyeanna." Sebut saja nama itu pasti hatinya terasa tenang. Apatah lagi dapat melihat muka gadis itu.

Damien masuk ke dalam biliknya. Pintu gelangsar ditutup. Dia mencapai telefonnya di atas meja yang terletak di sebelah katilnya. Galeri di dalam telefonnya dibuka lalu dia mencari gambar seseorang. Senyuman melebar saat dia menjumpai gambar pujaan hatinya. Luna.

Gambar itu dia mengambil senyap-senyap ketika gadis itu sedang leka bermain di dalam kolam tadi. Gadis itu kelihatan cantik walaupun di dalam air. Dia ibarat bidadari kiriman tuhan tapi versi kasar!

Tangannya terhenti pada gambar Luna yang sedang tersengih. Entah apa yang difikirkan oleh gadis itu pada saat itu sehinggakan gadis itu tersengih seorang diri. Mungkin gadis itu sedang merancang untuk mengenakannya. Mungkin.

"Muka dah cantik tapi sayang, perangai kalah mak lampir," kutuk Damien lalu dia tergelak.

Dengan perangai Luna yang kasar itulah yang menjadikan hari-harinya ceria. Dia bersyukur kerana dipertemukan dengan orang seperti Luna dan keluarga Luna.

Damien pantas mengucap saat dia tersedar bahawa dia sudah terleka merenung gambar Luna. Dia tahu bahawa salah dia mengambil gambar Luna secara senyap-senyap tetapi dia tak mampu mengawal dirinya.

Damien pantas menutup telefonnya. Saat dia sudah bersedia untuk tidur, dia terpandang gambar dirinya bersama keluarganya. Dia rindukan keluarganya namun sehingga sekarang dia tidak dapat menjejaki keluarganya dari saat dia dibuang oleh keluarganya lagi.

"Ma, pa, Damien akan usaha juga untuk cari mama dengan papa sampai jumpa. Damien rindu sangat dengan keluarga Damien,"ucap Damien sayu. Perlahan-lahan kelopak mata lelaki itu tertutup.

••••••

Luna memandang ke arah langit yang pekat itu. Sesekali badannya menggigil kerana kedinginan malam itu. Dia memejamkan matanya untuk seketika. Menghayati bait-bait lagu yang terpasang di telefon pintarnya.

Dia masih terfikir dengan perkara yang ibunya katakan tadi. Ibunya sudah tertarik dengan Damien. Maka ibunya mahu menjodohkannya dengan lelaki itu. Memang dia menentang sekerasnya tadi apabila mendengar permintaan ibunya itu.

Damien memang ada paras rupa yang elok. Dia juga menghormati orang tua serta berbudi bahasa tetapi dirinya tidak boleh memaksa hati untuk suka pada lelaki itu. Dia takut jika lelaki itu mempunyai perangai seperti ayahnya.

Bercakap mengenai ayahnya, lelaki itu dia lihat semakin kurang keluar jika hari minggu. Mungkin ayahnya tidak mahu dia menghidu lagi perbuatan itu. Sungguh hatinya berasa simpati terhadap ibunya kerana sikap ayahnya itu. Baginya, ayahnya itu tidak layak mendapat wanita sebaik ibunya.

Apabila dirinya berasa semakin dingin di luar, Luna mahu masuk ke dalam rumah. Namun langkahnya mati saat melihat Damien termenung di beranda rumah lelaki itu. Dia melihat lelaki itu seperti memikirkan sesuatu. Sekejap lelaki itu tersenyum sendiri. Kemudian berganti dengan riak sedih.

"Apek tu dah gila agaknya,"komen Luna sebelum masuk ke dalam rumahnya.

Ajarkan Aku Tentang CintaWhere stories live. Discover now