Encik Aryan melihat anaknya yang sedang duduk termenung di buaian. Entah apa yang difikirkan oleh anak daranya itu. Dia menarik nafas lalu dihembus. Perlahan dia berjalan mendekati anaknya.
"Boleh papa duduk?" tanya Encik Aryan sopan.
Luna memandang ke arah bapanya sekilas. Masih terasa dengan perbuatan bapanya. Encik Aryan terus mengambil tempat di sebelah anaknya. Dia tidak mengendahkan renungan tajam anak daranya itu.
Baru saja Luna hendak bangun dari situ namun bapanya menarik tangannya untuk duduk semula di situ. Luna merentap tangannya dari genggaman bapanya lalu dia menghempas punggungnya kasar sambil merengus kecil.
"Papa tahu Luna marahkan papa. Papa tahu apa yang papa buat semua tu salah tapi papa tak boleh halang perasaan papa itu. Papa betul-betul sayangkan perempuan yang Luna nampak hari itu." Terang Encik Aryan.
Luna sudah menggenggam penumbuk. Mukanya ditundukkan ke bawah. Air matanya perlahan-lahan jatuh ke pipinya sambil dia mengetap gigi.
"Luna, maafkan papa ya?" pinta Encik Aryan.
Luna tetap diam. Dia tidak mahu mengangkat mukanya memandang lelaki separuh abad itu.
Encik Aryan mahu menyentuh bahu anaknya namun Luna pantas mengangkat tangannya tanda dia tidak mahu disentuh.
"Apa perasaan papa kalau mama yang buat macam tu dekat papa? Mesti papa akan rasa sakit hati, kan? Macam tu la mama akan rasa bila dia tahu kebenarannya nanti. Bila masa tu tiba, Luna akan pastikan papa takkan dapat jumpa mama lagi." Usai berkata begitu Luna terus pergi meninggalkan bapanya.
Maafkan papa, sayang. Papa buat semua ni bersebab, kata Encik Aryan di dalam hati.
••••••
"Mama!"
Ternaik sedikit bahu Puan Adline. Terus ditampar lembut bahu anak daranya itu. Luna tersengih melihat muka cemberut mamanya.
"Luna, jangan ganggu mama. Mama nak masak ni. Nanti berlapar la kita semua kalau Luna ganggu mama." Lembut saja Puan Adline menasihati anaknya.
Luna memuncungkan mulutnya. Namun apabila dia ternampak makanan kegemarannya terus mata dia bersinar. Dia pantas mendekati meja lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Kedua-dua belah tangannya digosok. Yummy!
"Luna makan kek ni eh." Luna terus mencapai sudu yang terletak berdekatannya.
Puan Adline melihat anaknya. Pantas ditampar lembut tangan anaknya itu. "Kita makan sekali dengan papa. Kejap lagi papa balik makan tengah hari."
"Ala..."
Puan Adline tersenyum kecil melihat telatah anaknya itu. Dia tidak tahu bagaimana hidupnya kalau tanpa anaknya. Luna merupakan kebahagiaan buatnya.
••••••
Luna menarik rumput dengan kasar. Dia geram dengan bapanya. Boleh pula bapanya kerja separuh hari saja hari ini. Baru dia mahu meluangkan masa dengan ibunya. Paling menyakitkan hati sekali kejadian di dapur tadi. Geram pula apabila dia mengenangkannya.
"Keputusan SPM Luna dah nak keluar tak lama lagi. Luna nak sambung belajar dekat mana?" Suara Encik Aryan memecahkan suasana sunyi.
Luna hanya diam. Dibiarkan suara bapanya bagai angin berlalu. Tak mahu dia bercakap dengan bapanya.
"Luna, papa tanya tu. Kenapa tak jawab?" Puan Adline mencelah apabila melihat anaknya hanya dia saja.
Luna mengeluh kecil lalu dijawab juga soalan bapanya. Itu pun dia jawab acuh tak acuh. "Entah. Mungkin Luna tak sambung belajar kot."
"Kenapa tak nak sambung belajar ni. Kalau pasal duit, jangan risau papa tanggung semuanya," kata Encik Aryan.
Luna merengus kasar. "Suka hati la. Tak kacau hidup papa pun. Lagipun simpan aje la duit tu bagi dekat perempuan hari tu." Luna terus berlalu ke dapur untuk membasuh pinggan.
Ketika dia hendak naik ke bilik, terdengar suara ibunya berkata-kata. "Luna kenapa biadap dengan papa ni? Tak reti nak hormat orang dah ke?"
Luna tak jadi hendak naik ke bilik malah dia terus berlari keluar dari rumahnya. Dia berlari ke taman berdekatan dengan rumahnya. Ibunya tak pernah tinggikan suara padanya. Semua kerana bapanya, ibunya meninggikan suara padanya.
"Argh!"
Luna menjerit melepaskan segala yang terbuku di hatinya. Kemudian dia menangis semahu-mahunya.
"Kenapa setiap kali saya jumpa awak aje mesti awak ada masalah? Mind to share with me?" kata seseorang dibelakang Luna.
Luna pantas menoleh. Dia menghapuskan air matanya dengan kasar. Dijeling orang itu.
"Kau ni tak kerja ke?" tanya Luna kasar.
Orang itu melihat jam ditangannya sekilas. "Ada 45 minit lagi. Kejap lagi saya pergi kerja balik."
Suasana sepi saat itu. Masing-masing tidak mengeluarkan suara.
"Damien, umur kau berapa?" tanya Luna lembut.
"Kenapa? Nampak saya macam tua sangat ke?"
Luna menggelengkan kepalanya. "I'm just asking."
"Umur saya baru 23 tahun."
"Eh, kau lagi tua dari aku rupanya." Luna tergelak kecil.
"Umur awak berapa?"
"I'm 18 years old. Still young to handle a big problem, right?" Luna berkata dalam nada bangga.
Damien mencebik. "Goodluck for your result in a few week more, right? Hope you got result true flying colors."
Terus muka Luna berubah menjadi sedih. "Nanti mesti tak ada siapa yang datang ke sekolah aku. Aku nak ada orang yang aku kenal untuk ada dengan aku masa ambil result nanti."
"Mak dengan ayah awak ada."
"Aku tak nak mama aku datang sebab aku tahu nanti aku takkan naik pentas untuk ambil result."
"Sekolah awak dekat mana?" tanya Damien
Dekat dengan area taman ni aje," jawab Luna seakan bermain tarik tali dengan Damien.
"Sekolah dekat dengan area taman ni ada banyak tau. Boleh tak bagitahu detail?"
"Cari la sendiri. Eh, dah lewat ni. Kau kena masuk kerja dah sekarang ni. Bye," kata Luna lalu dia terus pergi meninggalkan Damien.
••••••
YOU ARE READING
Ajarkan Aku Tentang Cinta
Romance(SLOW UPDATE) 'Aku hanya mahu kau saja ajarkan aku tentang cinta dengan cara kau mencintai aku.' ... LUNA THASYEANNA. Si gadis yang berpewatakan dingin. Baginya cinta tidak wujud. Cinta sejati? Cinta pun dia tak percaya apatah lagi cinta sejati. Lam...