Kelihatan dua orang manusia sedang bertepuk-tampar di hujung restoran. Si perempuan tertawa malu apabila si lelaki mengusiknya. Kelihatan seperti pasangan paling bahagia dan tidak pernah menpunyai masalah di dalam hubungan mereka.
"You, I rindu you sangat. Kenapa baru hari ni kita dapat jumpa?" Si perempuan memasang wajah cemberut.
"Alah, si cantik I ni, Maaf ya, I just tak nak kantoi dengan anak I, si Luna tu. Dia tu kalau dah syak something, dia cari bukti sampai dapat. Tengok la macam kita kantoi hari tu."
Tangan si lelaki membelai wajah mulus si perempuan itu dengan penuh kasih. Ahh, indahnya jika dia menjadi isteri aku. Perkara itu tiba-tiba saja terlintas di dalam otak si Lelaki.
"Aryan, you tak nak I jadi isteri you ke? I rindu belaian you. Kalau kita kahwin, i tak perlu la duduk jauh dengan you dah. "
Bersinar mata Encik Aryan setelah mendengar ayat dari perempuan dambaannya itu. Seperti perempuan itu tahu saja apa yang terlintas di fikirannya sebentar tadi.
"You betul ke nak jadi isteri I, Tasha?" suara Encik Aryan sangat teruja.
"Tapi I still ada isteri I. Isteri pasti tak nak tinggalkan I sebab Luna. Jadi..." suara Encik Aryan kendur apabila teringat akan isterinya di rumah. Hilang segala perasaan teruja itu.
"You jangan risau, kalau si Adline tak nak tinggalkan you, I sanggup bermadu. Kalau you takut nak bagitahu Adline, kita boleh nikah di Siam, " pintas Tasha apabila melihat Encik Aryan seakan serabut dengan perkara itu.
Mendengar jawapan Tasha, muka encik Aryan teruja kembali. Hilang segala serabut yang bermain di otaknya tadi. Siapa yang mahu lepaskan perempuan secantik Tasha. Ramai lelaki yang berebut Tasha kerana figuranya yang seksi tapi Tasha lebih memilih dirinya yang sudah berusia dah sudah berumah tangga.
Encik Aryan tenung ke arah muka Tasha yang sedang memberi semangat untuknya. Kalau terlepas ni, memang tak dapat dah. Peluang tak datang dua kali, kata Encik Aryan di dalam hati.
Sedang Encik Aryan, berfikir-fikir dengan tawaran si Tasha itu, makanan dan minuman yang dipesan pun sampai. Encik Aryan mempelawa Tasha untuk mengisi perut terlebih dahulu sebelum mereka menyambung berbincang soal perkahwinan.
Di sudut lain ada sepasang telinga mendengar perbincangan mereka. Air matanya di tahan agar dia dapat mengawal suaranya dari keluar.
••••••••
Luna memesan makanan dan minuman dalam kuantiti yang banyak memandangkan dia akan 'melepak' di restoran itu agak lama. Dia mendengar perbualan pasangan yang tidak jauh dari tempat duduknya.
Mahu saja dia tumbuk muka mereka berdua. Namun, dia masih sabarkan dirinya dengan mendengar perbualan pasangan itu. Tidak lupa juga dia merakam perbualan pasangan itu.
Dia juga rasa geram kerana mendengar suara ayahnya begitu teruja untuk berkahwin lagi. Lebih menyakitkan hatinya, ayah dia sanggup kahwin lari di Siam, jika Puan Adline tak nak tinggalkan ayahnya.
Luna hanya mendengar dengan teliti apa plan pasangan itu. Dia tidak mahu tertinggal satu pun info penting. Jika ayahnya betul-betul akan kahwin di Siam, dia sanggup bawa mamanya pergi jauh dari ayahnya. Dia tidak sanggup melihat perempuan yang mengandungkan dia selama 9 bulan itu terluka.
"Sayang, apa kata I cuba slow talk dengan Adline dulu. Maybe, I just berkias dengan dia. Kalau dia okay kita kahwin je la. Tapi kalau dia berkeras, kita kahwin Siam je la."
Tersembul mata Luna mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ayahnya. Tangan yang menyuap makanan ke mulutnya tadi terhenti. Seperti mahu pitam saja mendengar kata-kata ayahnya itu.
"Baby, kenapa perlu berkias. Suruh la Adline tinggalkan you. Actually, I tak nak pun bermadu tapi kalau bini you berkeras tak nak pisah baru kita kahwin dekat Siam," balas si Tasha.
Mulutnya dimuncungkan tanda dia sedang merajuk.
Luna yang mendengar jawapan Tasha, lagi membuatkan dia mahu pengsan. Perempuan tu bodoh ke? Ada rupa tapi lelaki kerepot juga kau cari.
"Iya boleh sayang. Dah jangan buat mulut macam tu. Nanti tak cantik dah sayang I sorang ni. Makan la lepas tu kita pergi shopping. Hari ni, I ingat Inak ambik EL la sebab I malas nak masuk office," pujuk Encik Aryan.
Luna yang mendengar kata-kata ayahnya itu, menggulingkan matanya. Menyampah!
Tasha pulak sudah bersinar matanya apabila kekasih hatinya itu mahu meluangkan masa bersamanya hari ni.
Luna memanggil pelayan untuk membayar bil dan dia juga meminta pelayan itu membungkus makanan yang tidak habis.
Luna bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan ke arah sinki. Dia perlu melalui meja ayahnya itu jika dia hendak ke sinki. Setelah dia membasuh tangan dia melalui lagi meja ayahnya.
Ayahnya seolah terkejut melihat anaknya di situ. Tasha juga terkejut melihat senyuman sinis Luna ke arah mereka.
"Eh tak sangka pulak papa ada dekat sini. Ingatkan papa ada meeting pagi ni sebab papa kalut sangat keluar awal hari ni,"sinis saja suara Luna berkata-kata.
"Luna, papa..."
Luna terus memintas kata-kata ayahnya. "No need to explain, pa. Enjoy guys. Gerak dulu. Bye!"
Luna terus mengambil makanan yang dibungkusnya tadi lalu keluar dari restoran itu. Makin sakit hati, kalau dia masih di situ.
••••••
YOU ARE READING
Ajarkan Aku Tentang Cinta
Romansa(SLOW UPDATE) 'Aku hanya mahu kau saja ajarkan aku tentang cinta dengan cara kau mencintai aku.' ... LUNA THASYEANNA. Si gadis yang berpewatakan dingin. Baginya cinta tidak wujud. Cinta sejati? Cinta pun dia tak percaya apatah lagi cinta sejati. Lam...