💗 | Bab 9

107 9 2
                                    

Luna ke hulu dan ke hilir di dalam biliknya. Mukanya juga serius saat ini. Sekejap dia duduk di atas katilnya, sekejap di berjalan ke hulu dan kehilir. Hatinya tidak tenteram saat ini. Kepalanya juga sudah berserabut dengan macam-macam hal.

"Argh!!" Jerit Luna. Kuat.

Pintu biliknya diketuk. "Luna, kenapa tu? Luna?"kata Puan Adeline dari luar bilik Luna.

"Tak ada apa la ma. Luna okay je. Mama turun la bawah layan tetamu kesayangan mama tu,"kata Luna. Ada sesikit nada perli di situ.

Puan Adline mengalah dengan anak daranya itu. Puan Adline turun ke bawah semula.

Luna menghempas badannya di atas katil. Tudungnya dicampak entah ke mana. Dia mengusutkan rambutnya. Kemudian dia memandang siling biliknya. Lama.

"Ish! Malas aku fikir pasal cina tu. Baik aku pergi mandi dekat kolam bawah tu."

Luna terus mencapai tuala di ampaian. Kakinya melangkah ke pintu bilik untuk turun ke bawah. Terkejut dirinya apabila dia melihat Damien berada di hadapan biliknya sambil berpeluk tubuh.

"Ish! Berapa lama kau tercegat depan bilik aku ni? Macam mana kau tahu ni bilik aku?"

Damien mengangkat sebelah keningnya lalu tersenyum. "Awak ni mulut macam machine gun betul. Saya tercegat dekat sini lebih kurang dalam 30 minit. Of course la saya tahu ni bilik awak sebab tadi saya ikut mama naik atas sekali,"jawab Damien tenang.

"Hei! Sejak bila kau jadi abang aku ni? Aku tak ada abang la. Pandai-pandai je panggil mama aku tu mama. Kau kena panggil mama aku tu aunty la!"marah Luna.

Damien mendekati Luna. Luna mengundur ke belakang sehingga belakang badannya bersentuhan dengan pintu. Damien memerangkap Luna dengan kedua belah tangannya. Kemudian, Damien mendekatkan mukanya ke telinga Luna.

"Memang la awak tak ada abang tapi awak ada bakal suami. Muah!" Damien menjarakkan dirinya dengan Luna.

Luna terus menolak badan Damien jauh dari dirinya. "Muah kepala hotak kau!" Luna terus berlari turun ke bawah meninggalkan Damien di atas yang sedang mentertawakan dirinya.

"Dasar lelaki gila!"

••••••

Damien berjalan di sekitar kawasan rumah Luna. Sengaja dia berjalan-jalan untuk melihat kawasan rumah gadis itu. Kemudian dia berhenti di taman mini rumah Luna. Terpegun dia seketika dengan dekorasi taman mini itu.

Dia melabuhkan punggung di atas buaian. Dia memejamkan matanya seketika sambil menghirup udara di situ. Terasa segar kerana dipenuhi dengan pokok-pokok bunga di situ.

Tenang fikirannya saat ini. Tiba-tiba perasaan rindu pada ibunya bertandang di hatinya itu. Damien mula teringat kejadian dua tahun lepas yang menjadikan dia dan keluarganya berpisah.

••••••

Pada petang itu, ketika Damien baru pulang dari bertemu dengan rakannya, dia terus masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu lalu bergegas masuk ke dalam biliknya untuk solat Asar.

Seusai solat dia melipat sejadah. Belum sempat dia menyembunyikan sejadah di dalam almari, puan Mei Ling masuk ke dalam biliknya. Terjojol biji mata ibunya saat itu.

"What is that?"tanya puan Mei Ling.

"Benda tak penting pun. Kawan bagi hadiah tadi," jawab Damien.

"Damien, mummy tak salah nampak tahu! That is sejadah!"

"Mummy, sejadah je. Tak ada apa pun. Kawan bagi tadi sebab Damien cakap sejadah ni cantik."

"Are you convert to Islam?"puan Mei Ling cuba serkap jarang.

"No. I'm not. Relax mummy,"kata Damien cuba menenangkan puan Mei Ling.

Damien bergerak ke arah almari untuk menyimpan sejadah itu tapi puan Mei Ling menahan. Damien memandang ke arah ibunya.

"Throw that sejadah if it's not important!"arah puan Mei Ling.

Damien terkejut dengan pernyataan ibunya itu."No! I won't."

Puan Mei Ling bergerak ke arah almari anaknya. Habis di selongkar almari itu. Puan Mei Ling ternampak sesuatu berbentuk segi empat tepat lalu dia mengambilnya. Al-Quran.

"What is this?!"tanya puan Mei Ling dalam keadaan geram.

"It's just..."

"You are already convert to Islam?!" Puan Mei Ling memotong percakapan anaknya.

"I'm sorry but yes I already convert to Islam," balas Damien.

Gugur air mata puan Mei Ling saat itu. Dia juga jatuh terduduk di atas lantai. Dia menangis semahunya.

"How dare you! From now on you are not my son. You are not from this family anymore! Now pack your stuff and get out from my house!"

"Mummy..."

Damien cuba mendapatkan tangan ibunya namun ditepis kuat oleh puan Mei Ling.

"Kau jangan panggil aku mummy dah. Aku bukan ibu kau lagi. Aku tak ada anak yang teruk macam kau. Kau bukan anak Dato Xiang Wei Lee lagi. Pergi!"

Damien mengemas barangnya lalu dia keluar dari bilik itu. Tidak lupa juga Al-Quran yang terletak di sebelah ibunya diambil. Sebelum dia keluar dari rumah itu, dia sempat meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya.

Saat itulah dia hanya sebatang kara tanpa harta kerana ibunya telah mengambil semuanya dari dia. Untuk kali terakhir dia melihat ke arah pintu rumahnya. Kelihatan ibunya ada di situ tapi ibunya sedikit pun tidak hiraukannya. Dia terus melangkah pergi dari situ.

••••••

Ajarkan Aku Tentang CintaWhere stories live. Discover now