💗| Bab 2

155 16 0
                                    

Luna memandang pintu pagar rumahnya lama. Dia menepuk pipinya berkali-kali agar mukanya yang sembap itu tidak ketara sangat dihadapan ibunya nanti. Dia tidak mahu ibunya tanya apa-apa kepadanya kerana dia tak kuat saat ini.

"Eh, cik muda. Kenapa tak masuk?" tanya Pak Mail selaku pengawal keselamatan rumah itu.

Luna tersenyum hambar ke arah Pak Mail. "Luna tunggu Pak Mail bukakan pintu pagar ni untuk Luna. Maklumlah Luna tuan puteri," gurau Luna.

Pak Mail tergelak kecil mendengar gurauan anak majikannya itu. Dia membuka pintu pagar untuk gadis itu.

Luna melangkah perlahan masuk ke dalam rumah. Ucapan terima kasih tidak lupa juga diucapkan kepada Pak Mail bersama senyuman ikhlas.

Dia berhenti sebentar di hadapan pintu utama. Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan. Apabila dia sudah bersedia baru dia membuka pintu utama lalu masuk ke dalam rumah. Salam diberi.

"Mama! Mama ada mana?" Luna melaung sedikit apabila dia mendengar sayup-sayup suara ibunya menjawab salamnya tadi.

"Mama ada dekat dapur," laung ibunya.

Luna menapak ke dapur. Kelihatan ibunya sedang membuat kek cawan. Kecur air liurnya melihat kek cawan yang dibuat oleh ibunya. Cupcake mama is the best!

"Kenapa mama buat banyak-banyak ni?"tanya Luna yang sudah melabuhkan punggung di sebelah mamanya.

"Hari ni hari istimewa, sayang." Puan Adline mencuit hidung anaknya.

"Hari istimewa?" Luna mengerutkan dahinya.

Puan Adline tersenyum melihat anaknya itu. Pasti gadis itu lupa tentang hari ini. Ibu jari Puan Adline dibawa ke kening anaknya lalu dia menolak lembut kening anaknya agar kerutan itu hilang.

Luna tersengih dengan perbuatan ibunya. Ah! Terasa bahagia sekali saat ini. Ya Allah, kau biarkanlah mama aku merasa keindahan kehidupan ini. Jangan engkau membuat dia sedih. Aku tak sanggup, Ya Allah, doa Luna di dalam hati.

"Hari ni ulang tahun perkahwinan mama dengan papa yang ke-20,"kata Puan Adline dalam nada teruja.

Luna melihat ibunya dengan pandangan simpati. Hatinya meronta-ronta untuk katakan pada ibunya bahwa suaminya itu berlaku curang dibelakangnya. Namun dia tak sanggup. Air matanya jatuh melihat keterujaan ibunya.

"Luna, kenapa menangis ni sayang?" Puan Adline menghapuskan air mata yang mengalir di pipi anaknya itu.

Lagi lebat air mata Luna jatuh. Mama...

"Luna cuma terharu aje dengan kesungguhan mama. Luna takut Luna tak mampu aje," kata Luna.

Puan Adline tersenyum. "Mama ingat apa tadi. Tak mampu? Tak mampu apa sayang?"

Luna menggelengkan kepalanya lalu dia menghapuskan sisa air matanya. "Mari sini Luna tolong mama buat kek. Nanti papa balik dah tak jadi kejutan dah."

Riak keterujaan mula memancar di muka mama kembali. Walau apa pun yang terjadi selepas ini, tolong tabah mama. Luna tahu mampu, kata Luna dalam hati.

••••••

Kedengaran Encik Aryan memberi salam. Puan Adline pantas ke pintu utama untuk menyambut kepulangan suaminya. Tangan Encik Aryan disalam oleh Puan Adline sebaik saja wanita itu mendekati suaminya lalu Encik Aryan mencium dahi Puan Adline.

"Luna naik dulu, mama." Luna terus mendaki anak tangga untuk naik ke atas. Sempat dia melihat ibunya mengenyit mata padanya. Dia faham maksud kenyitan ibunya itu.

Encik Aryan melihat ke arah anaknya itu. Sedikit pun anaknya itu tidak memandang ke arahnya. Marah betul Luna pada aku, kata Encik Aryan dalam hati.

"Abang, hari ni hari apa?" tanya Puan Adline.

Pertanyaan dari isterinya itu menyentakkan lamunannya. Dia memandang ke arah isterinya itu.

"Sayang cakap apa tadi?" Encik Aryan mengerutkan dahinya.

Seperti tadi, Puan Adline membawa ibu jarinya ke kening suaminya lalu dia menolak lembut kening suaminya agar kerutan itu hilang.

"Sayang tanya hari ni hari apa?" Puan Adline sudah memuncungkan mulutnya.

Encik Aryan tergelak melihat telatah isterinya itu lalu dia mencuit hidung isterinya. "Hari ni hari ulang tahun perkahwinan kita," kata Encik Aryan dalam nada teruja.

Mata Puan Adline sudah bersinar. "Jadi kita perlu meraikannya. Jom ke dapur, sayang dah sediakan sesuatu yang istimewa hari ni."

Puan Adline menarik tangan suaminya agar mengikutnya ke dapur. Sebaik saja sampai di dapur, Encik Aryan terpaku. Juadah yang disediakan sangat banyak. Tidak lupa juga pencuci mulut kegemarannya pun ada. Kek cawan!

"Sayang ke yang buat semua ni?"tanya Encik Aryan teruja.

Melihat anggukan dari isterinya terus dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Dia menggamit isterinya agar duduk di meja makan bersamanya.

Kedua-dua belah tangannya digosok. Kecur air liurnya melihat juadah yang tersedia di atas meja. Walaupun usia hampir separuh abad namun isterinya masih membuat seperti mereka berada di awal perkahwinan.

Tangan ditadah lalu mereka membaca doa makan. Kemudian kedua-dua mereka menjamu selera. Kelihatan bahagia sekali saat itu. Encik Aryan melihat isterinya yang sedang makan itu.

Maafkan abang, sayang.

••••••

Ajarkan Aku Tentang CintaWhere stories live. Discover now