💗| Bab 8

88 10 1
                                    

Damien melihat ke arah langit. Kelihatan kepulan awan hitam semakin banyak. Ah! Pasti gerimis ingin datang mengundang. Dia berbaring di atas kain yang dihamparnya tadi. Walaupun butir-butir mutiara sudah mahu menunjukkan dirinya di atas permukaan bumi, itu tidak menghalang Damien dari bersantai melihat ke dada langit.

Tiba-tiba otaknya ligat apa yang berlaku sebentar tadi. Dia teringat wajah seorang gadis, Luna. Ya, Luna. Entah sejak bila hatinya terpaut pada gadis itu. Walaupun dilayan dengan begitu kasar. Namun dia masih juga terpaut pada gadis itu. Entah apa yang istimewa pada gadis itu sampai hatinya berdebar-debar saat mereka betemu.

Dia tidak mampu untuk luahkan isi hatinya itu. Setiap kali dia ingin meluahkan apa yang tersirat dihatinya itu, pasti mulutnya akan terkunci. Seolah-olah mulutnya tidak membenarkan dia untuk meluahkan isi hatinya itu. Dia sudah mencubanya berkali-kali tapi tidak berhasil juga. Mungkin mulutnya menghalangnya kerana masih terlalu awal untuk mereka berdua.

Damien menganggukkan kepalanya berkali-kali. "Aku yakin masih terlalu awal untuk kami,"jeritnya sambil dia menggengam penumbuk lalu diangkat tinggi ke udara. Kucing yang lalu di halaman rumahnya itu berhenti lalu memandang ke arahnya. Damien yang perasan akan hal itu tergelak sendiri.

••••••••

Luna memandang lama ke arah laman rumahnya dari balkoni biliknya itu. Dia menggosok matanya berkali-kali. Kemudian dia menjegilkan matanya ke arah laman rumah. Apa dia tidak salah lihat apa yang berlaku di hadapan matanya sekarang?

"Abang! Jangan la." Wanita itu terus berlari untuk menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa lelaki itu.

"Tak mungkin," katanya perlahan.

Luna masih lagi menyaksikan adegan romantis di laman rumahnya itu. Dia melihat ibu bapanya sekarang ini sungguh bahagia. Mereka berkejaran. Bapanya mengejar sambil memegang paip air manakala ibunya berlari untuk menyelamatkan diri dari disimbah air oleh bapanya.

Luna tersenyum sendiri. Belum pernah dia melihat ibunya itu tersenyum bahagia seperti itu sejak akhir-akhir ini. Dia berasa sangat gembira melihat ibunya itu. Kemudian Luna memandang bapanya. Kelihatan bapanya sedang merenung ke arahnya. Dia terus matikan senyumannya itu. Ibunya pula memandang ke arah dia. Kemudian ibunya melambai ke arahnya sambil tersenyum bahagia.

"Mari turun bawah, sayang,"panggil ibunya.

Luna terus menapak menurun ke bawah. Dia duduk di kerusi yang tersedia di laman itu. "Sambung la berasmaradana. Luna takkan ganggu." Luna mrmandang ke arah ibunya sambil tersenyum sedikit pun dia tidak memandang ke arah bapanya.

Ibu bapanya terus menyambung semula aktiviti mereka. Mereka mencuci kereta bersama-sama. Luna hanya memandang sahaja. Baginya kebahagiaan ibunya itu adalah keutamaannya.

"Last mama dengan papa macam ni waktu aku umur 10 tahun."

Dia terasa dirinya dicurahkan air saat dia sedang termenung tadi. Dia memandang ke arah gerangan yang mencurahkan air kepadanya. Kelihatan bapanya yang sedang memegang paip dengan tangan kanannya sambil mengangkat tanda peace dan tersengih ke arahnya. Ibunya pula sudah melopong melihat keadaan Luna yang basah kuyup.

"Papa!!!!!!"jerit Luna lalu mengejar bapanya.

Saat dia sudah hampir dengan bapanya, dia terus merampas paip itu. Giliran ibu dan bapanya pula menjadi mangsa curahan air itu. Mereka sekeluarga tersenyum bahagia pada pagi itu.

Ah! Sungguh bahagia mereka sekelurga pada pagi hujung minggu itu. Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan ini, doa Luna didalam hati. Hal dia dan bapanya ditolak ketepi dahulu. Dia sudah gembira melihat ibu bapanya itu bahagia.

••••••••

Luna menuruni tangga dengan laju. Perutnya sudah berkeroncong. Maklumlah mereka bertiga bermain air sehingga hampir tengahari jadi dia sangat lapar saat ini. Sabun yang di dalam bilik air itu tadi pun sudah kelihatan seperti makanan.

"Mama!" Luna berlari ke arah dapur. Kemudian dia melihat jejaka yang sedang elok duduk di meja makan sambil mencicip air teh. Jejaka itu terpegun melihat Luna. Luna juga terpegun melihat jejaka itu.

"Argh!!!" Luna kembali berlari naik ke tingkat atas.

Kedengaran bunyi pintu biliknya dihempas dengan kuat sekali. Ibunya dan jejaka itu terangkat bahu kerana terkejut dengan bunyi itu. Kemudian Luna keluar dari biliknya semula dan turun untuk menuju ke arah dapur.

Laju dia masuk ke dalam dapur menolong apa yang patut. Dia membancuh air memandangkan dia tidak berapa mahir dalam masakan. Tak berapa mahir bukan tak pandai langsung ok!

"Kenapa mama tak cakap yang kita ada tetamu. Tetamu yang tak diundang pula tu,"kata Luna dalam nada geram.

Ibunya tergelak kecil. "Bukannya mama tak nak bagitahu tapi Luna yang laju sangat turun tak sempat mama nak bagitahu Luna dah jerit kemudian lari naik atas,"kata ibunya.

"Lagipun dia jiran kita. Dia baru aje pindah 2 hari lepas. Mama nampak dia tadi sebab tu mama panggil dia makan tengahari sekali dengan kita," sambung ibunya.

Sudu yang dipegang oleh Luna itu terjatuh. "What?!"

"Terkejut mama. Kenapa kamu ni Luna? Sudah pergi tolong hidang dekat meja makan kemudian panggil papa. Kita makan sama-sama," arah ibu Luna.

Luna terus membawa dulang berisi jug dan cawan ke meja makan kemudian dia berlari panggil bapanya turun makan.

Sewaktu mereka menjamu selera, hanya dia saja yang berdiam diri. Ibu bapanya pula rancak berbual dengan tetamu mereka itu.

"Luna tolong hulurkan jug tu dekat Affan," arah ibunya lembut.

Luna menggapai jug itu lalu diberikan kepada jejaka itu. Jelingan juga sempat dihadiahkan oleh Luna kepada jejaka itu.

"Mama, Luna naik dulu. Luna dah kenyang." Luna terus mengangkat pinggan dan cawannya ke dapur untuk di basuh lalu dia terus mendaki tangga naik ke biliknya.

Jejaka itu hanya memandang setiap langkah Luna.

"Maafkan Luna ya Affan,"kata Puan Adline.

"Eh takpa la." Damien hanya tersenyum saja.

••••••••

Ajarkan Aku Tentang CintaWhere stories live. Discover now