Luna melihat ciptaan Tuhan didepannya itu. Lelaki itu makan dengan penuh selera. Dari mereka sampai ke restoran itu lagi lelaki itu tidak memandang dirinya. Dah la dia paksa aku ikut dia tapi dia buat macam aku tak wujud pula, kata Luna dengan perasaan geram dalam hati.
"Aku nak pergi toilet jap." Luna terus pergi dari situ selepas meminta izin dari Damien.
Luna mencuci mukanya dengan air. Kemudian dia merenung ke arah pantulan dirinya di cermin. Lama. Dia sudah mula terbayang kejadian yang membuatkan dia terjebak dengan lelaki itu sehingga larut malam.
"Teman saya hari ni. Jangan nak membantah ke apa. Kalau tak nasib malang menimpa awak hari ni."
Haa tu dia arahan dah keluar. Dia ingat dia siapa sampai nak paksa aku ikut dia. Dia bukan suami aku pun.
"Kau bukan Tuhan pun nak kata macam tu dekat aku," bidas Luna.
Damien terdiam. Dia menekan pedal minyak. Memandu dengan laju. Luna ketakutan.
"Fine. Sorry. Boleh tak kau bawa perlahan. Bahaya la,"kata Luna dalam ketakutan.
Damien tidak mempedulikan kata-kata Luna. Kereta itu masih dipandu dengan laju olehnya. Peduli apa dia dengan Luna.
"Please, aku takut la. Damien!!!" Serentak dengan jeritan Luna, Damien terus memberhentikan keretanya. Ke depan sedikit badan mereka berdua. Mujur tiada kereta dibelakang kereta mereka.
Nafas Luna tercungap-cungap. "Kau gila ke?! Kalau ada kereta dekat belakang macam mana? Tak ke kita arwah dah. Kalau kau nak mati jangan la nak bawa aku sekali. Seorang kau dah la!"
Luna terus melepaskan tali pinggang keledar lalu keluar dari kereta itu. Pintu kereta Damien dihempas dengan kuat sekali. Dia berjalan ke arah laluan pejalan kaki dengan perasaan marah.
Damien meraup mukanya. Dia terlalu mengikut amarahnya tadi. Dia memandu mengikuti Luna di sebelah.
"Masuk la balik dalam kereta. Saya janji tak bawa laju dah,"pujuk Damien.Luna tidak mengendahkan Damien. Dia terus berjalan. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Damien.
Damien geram melihat tindakan Luna itu lalu dia memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hon kereta ditekan lama oleh Damien. Bunyi hon kereta Damien bergema di kawasan itu memandangkan kawasan itu sunyi saat ini.
Luna yang geram dengan tindakan Damien itu terus memberhentikan langkahnya. Kakinya dihentak sedikit tanda protes. "Dasar lelaki gila!"jerkah Luna lalu dia berlari anak masuk ke dalam kereta lelaki itu.
"Good girl." Damien terus memandu keretanya membelah jalan raya yang sunyi itu.
••••••
"Saya nak bawa awak pergi satu tempat yang istimewa," kata Damien yang memecahkan kesunyiaan dalam kereta itu. Sejak dari mereka keluar dari restoran itu lagi Luna tidak bercakap dengannya.
Luna memandang Damien dengan muka hairan. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba saja lelaki itu mahu membawa dia pergi ke tempat istimewa. Takkan tempat dia berjumpa dengan kekasih dia kot?
"Jangan la buat muka buruk awak tu. Dah macam tapai basi aje saya tengok. Actually tempat tu tak ada la istimewa sangat. Biasa-biasa aje."
Luna menjongket sebelah keningnya. Damien menarik tudung Luna. Puas hatinya melihat muka cemberut Luna akibat tudungnya yang sudah tidak terletak elok seperti tadi.
"Kau tunggu balasan atas apa yang kau buat ni." Luna menunding jari telunjuknya pada Damien. Salah jenaka la kau buat Damien. Kerana tudung mood perempuan boleh hancur seharian.
Damien meneguk air liurnya. Terasa kesat saja air liurnya saat ini. Muka Luna benar-benar serius semasa beri amaran kepadanya. Seperti singa yang tunggu masa untuk membaham mangsanya.
Sampai saja di tempat itu, mereka keluar dari perut kereta. Luna terpegun. Benar kata Damien. Tempat ini istimewa. Terlalu istimewa baginya. Kawasan yang luas dan disajikan dengan taburan bintang di dada langit.
"Subhanallah." Perlahan saja Luna berkata. Sungguh dia terpesona melihat keindahan itu.
"Saya dah agak. Awak mesti suka punya tempat ni,"kata Damien.
Damien gembira melihat Luna yang masih terpesona itu. Gadis itu kelihatan cantik sangat saat ini. Ditambahkan dengan cahaya rembulan yang terkena pada wajah gadis itu membuatkan Luna lagi menawan.
"Actually tak ada siapa pun tahu tempat ni. Saya yang jumpa tempat ni dan sebenarnya tempat ni saya akan bawa orang yang istimewa saja."
Luna terus berpaling ke arah Damien. Otaknya sudah ligat berfikir bermacam perkara. Adakah dia orang yang istimewa untuk Damien?
"Janganlah tengok saya macam tu. Of course la awak istimewa. Awak kawan saya,"kata Damien dengan senyuman yang manis.
Zapp!
Entah mengapa, hatinya bagai ditusuk sembilu apabila mendengar perkataan kawan yang keluar dari mulut Damien.
Luna hanya senyum saja. Dia bersandar pada badan kereta lalu dia mendongak semula ke atas. Melihat taburan bintang di dada langit.
Damien melihat jam yang terlilit di pergelangan tangannya. Tersembul biji matanya yang melihat jarum yang beberapa minit lagi akan bergerak ke angka dua pagi.
"Jomlah balik. Maaflah saya bawa awak keluar sampai ke pagi. Sumpah saya tak sedar." Damien terus bergegas masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin.
Luna juga segera masuk ke dalam perut kereta. Pandangannya dibuang ke luar tingkap. Sedih saja saat ini mukanya kerana mungkin dia tidak dapat jejak kakinya ke sini lagi. Selamat tinggal tempat yang indah.
••••••
YOU ARE READING
Ajarkan Aku Tentang Cinta
Romance(SLOW UPDATE) 'Aku hanya mahu kau saja ajarkan aku tentang cinta dengan cara kau mencintai aku.' ... LUNA THASYEANNA. Si gadis yang berpewatakan dingin. Baginya cinta tidak wujud. Cinta sejati? Cinta pun dia tak percaya apatah lagi cinta sejati. Lam...