Bab 1

20.8K 593 22
                                    

Tok! Tok! Tok!

" Nadhirah!! "Puan imah menjerit Sambil mengetuk pintu dengan kuat. Nadhirah bangun terpisat pisat. Dia melihat jam dinding

2:36 a.m

Nadhirah bangun. Dia membuka pintu bilik nya dan membolos keluar. Dia meniti tangga dengan laju.

Tok! Tok

Nadhirah hampir terjatuh tapi cepat cepat dia memaut pada pemegang tangga. Akhirnya sampai juga di depan pintu, lantas dia membuka. Apabila Nadhirah membuka pintu dia disajikan oleh bau yg tidak enak, Arak!

" Ibu minum arak lagi? "

Nadhirah menyoal pelahan. Puan Imah senyum sinis.

" suka hati aku lah! Nak minum apa! Kau jangan sibuk! Dah lah buka pintu pun lambat! Lembab! Bodoh! "

pekik Puan Imah. Nadhirah diam menikus mendengar setiap herdikan Puan Imah.

Selepas Ayah nya Hamid meninggal dunia dua tahun lalu dia dijaga oleh Ibu nya Imah. Dia sudah lali mendengar kutukan herdikan dari Wanita yg bergelar ibu.

Nadhirah sekarang berumur 19 thn. Tidak sambung belajar kerana faktor kewangan. Dia bekerja di kedai kecil untuk menampung perbelanjaan serta barang keperluan Puan Imah.

Puan Imah tidak bekerja. Kerja nya cuma menghabiskan duit Yang Nadhirah dapat untuk pergi Club dan minum Arak.

Puan Imah menaiki tangga dengan langkah yg terhuyung hayang. Setelah pasti kelibat Puan Imah sudah hilang Nadhirah melepaskan keluhan yang berat.

Dia menutup pintu semula. Dia juga masuk ke bilik nya untuk tidur besok dia mahu kerja jadi harus bangun awal.


" Nadhirah kamu sudah check  bilangan botol tin? "

tanya Pak Ali pemilik kedai tersebut. Nadhirah angguk.

" sudah Pak Ali, Dhira dah check bilangan tin minuman, botol minuman pun Dhira dah buat " Jawab Nadhira jujur. Dia tak mahu makan gaji yg haram.

Lagipun kedai pak Ali hanya kedai kecil gaji nya cuma berapa, pak ali pula sudah tua.

" oh bagus lah, nanti lepas habis kerja jumpa Pak Ali Ambil Duit gaji ya? "

Kata Pak Ali. Nadhirah mengangguk kemuadian menyambung kerja nya semula.

Selepas bekerja Di kedai pak ali Nadhirah juga bekerja di rumah Mak Senah, hanya tolong membuat kuih saja.

* * * * *

BUK!

BUK!

" arhggg!! " Lelaki yang ditumbuk itu meraung kesakitan.

" siapa hantar kau!! " soal lelaki yang menumbuk itu dengan riak tenang tetapi keras.

" A... Aku.... T... Tak.... A... Kan ba.. Gi.... Tahu " Ujar lelaki yang ditumbuk itu tersekat sekat kerana tumbukan yg hinggap di pipi dan perut nya menyukarkan dia bercakap.

Harraz yg duduk di kerusi hanya jadi pemerhati, kalau ketua mengamuk tiada siapa boleh tolong.

" baik kau bagi tahu kalau tak--

" kalau tak apa? Kau nak bunuh aku? Bunuh lah aku lebih rela mati daripada bagi tahu kau! " Lelaki yang ditumbuk itu bersuara lantang.

Lelaki yang menumbuk itu senyum sinis.

" tchh kau silap, aku tak akan bunuh kau tapi....... " Lelaki itu sengaja memberhentikan ayat nya malah dia membuat Arahan mata kepada anak buah nya. Anak nya buah nya mengangguk.

" argg! Lepas lah! Adam! Mark tak akan berdiam diri! Kau tunggu je lah! " Jerit lelaki yang diheret itu.

" yoo! " Harraz menepuk bahu sahabat nya itu, Adam. Adam memandang Ray dengan wajah tanpa Riak.

" Rileks ah bro " Harraz menggosok bahu rakan nya bagi menenangkan fikiran Adam, kalau baran adam dah datang semua kena termasuk dia sekali.

" aku ok. Jom gerak " Adam Mengambil kunci kereta lamborghini nya kemudian keluar dari 'markas' rahsia itu. Harraz juga mengikuti Adam. Nasib baik 'Adam ' yang sebenar tak keluar.

*********

" nah Dhirah upah untuk hari ni " Mak Senah menghulurkan duit berjumlah 27 Ringgit. Nadhirah mengambil duit tersebut.

" esok kamu tak payah datang sebab mak senah pergi Kl rumah anak mak senah " jelas mak senah tanpa di pinta. Nadhirah mengangguk.

" baik lah mak senah, terima kasih saya balik dulu "

pamit Nadhirah. Mak senah menghantar pemergian Nadhirah hingga depan pintu rumah nya.

kasihan juga dia dengan Budak Nadhirah tu. bukan dia tak tahu yang Puan Imah ibu tiri Nadhirah selalu mendera nya.

memang Nadhirah tak pernah cerita malah tak pernah langsung buka cerita yang memburuk kan ibu tiri nya. tapi mak senah tahu.

Nadhirah selalu datang rumah nya dengan bekas pukulan ataupun muka sembab. kalau ditanya mesti dia jawab kurang tidur.

mak senah geleng sendiri. pintu di tutup, dah nak maghrib.

* * * * *

Sebelum balik rumah, Nadhirah singgah
kedai runcit beli maggi segera untuk ibu
nya.

walaupun Pn. Imah selalu memukuln yatapi dia tak pernah langsung benci pada ibunya , walaupun Pn Imah itu ibu tiri saja.

"Terima kasih"

Ucap Nadhirah lembut. plastik berisi maggi di ambil. Nadhirah jalan ingin meninggalkan kawasan kedai itu.

di depan kedai itu, Nadhirah tak sengaja terlanggar seorang lelaki tampan, kemas. Daripada segi pakaian macam kaya.

"Eh sorry-sorry "

Dia memohon maaf, langsung tak dipandang
lelaki tersebut. Dia sudah nampak wajah tegang lelaki tersebut. takut pulak nak tengok.

Terus Nadhirah pecut lari. Lelaki itu mengeluh, baru nak marah. Dah lah penat baru habis buat kerja.

Baru ingin melangkah masuk kedalam kedai lelaki tersebut ternampak dompet kecil.

kaca mata hitam dibuka. Dompet itu diambil. mungkin budak tadi punya?

di buka, mana tahu ada ic atau alamat rumah kan? di belek dompet kecil itu. Tak ada apa pun, cuma ada duit dalam beberapa ringgit.

Bahu diangkat, dia kisah apa. Dompet kecil itu dimasukkan kedalam poket seluar jeans nya. ada barang perlu di beli.

* * * * *

Selipar di letak tepi. pintu rumah di kuak. Mata nya melilau mencari kelibat ibu nya.

tak kelihatan langsung. pergi mana? jam di dinding dilihat. Nadhirah mengeluh. patut lah tak ada, pasti pergi main judi.

Haih!

Nadhirah masuk, pintu di tutup dan dikunci. bahaya dia seorang je dalam rumah.

baik dia pergi masak dulu, nanti kalau Pn. Imah balik tak ada makanan Nadhirah yang kena.


-To be continue-


Cinta Mr MAFIA | SLOW UPDATEWhere stories live. Discover now