Bab 23

6.7K 343 43
                                    

" Adam tolong saya "

" Adam kenapa saya? "

Dada Adam berdegup kencang. Wajah pucat Nadhirah di pegang. Dia tak berdaya.

" Kenapa semua terkena pada saya? "

Adam diam.

" Saya kecewa dengan awak "

Perlahan lahan bayangan Nadhirah hilang dari pandangan matanya.

" Nadhirah! " Adam pusing sekeliling. Tak ada!

" Nadhirah! " tak. Kau tak boleh tinggalkan aku. Tak! Nafas Adam kian tersekat sekat. Tubir matanya bergenang. Tak. Tak boleh

" Nadhirah! " Adam bangkit. Nafasnya laju. Peluh di dahi di seka. Dadanya di pegang. Laju. Pipinya yang basah di sapu. Adam memeluk lututnya. Muka di sembam ke lutut. Sekali lagi selepas beberapa tahun. Adam di hurung perasaan takut. Perasaan takut yang sama macam waktu dia melihat Ibu bapanya di bunuh. Adam kembali lemah.

" Nadhirah " mulutnya memanggil nama itu.

* * * * *

" Nadhirah "

Nadhirah tersentak. Dia terus bangun dari tidur. Suara itu baru saja memanggilnya. Air matanya mengalir. Adam datang cepat. Esakan di tahan. Dia berdoa semoga semua ini berakhir dengan cepat.

Perutnya berbunyi di abaikan. Dia memang lapar. Dari semalam dia tidak makan. Tangan dan badannya terasa sakit akibat di ikat terlalu lama. Nadhirah memejam matanya. Dia mahu tidur supaya kesakitan ini hilang.

* * * * *

" Dah jumpa kedudukan Nadhirah? " Adam menyoal serius. Sakit kepala yang melandanya tidak di hiraukan. Fakrul mengangguk. Laptop di tunjukkan kepada Adam.

" Berterima kasih pada cincin Nadhirah yang kau letak alat pengesan tu " Ujar Fakrul memandang Adam. Cincin yang Adam pernah bagi pada Nadhirah bukan cincin biasa. Mungkin kelihatan biasa tetapi cincin tersebut mempunyai alat pengesan di dalamnya. Cincin tersebut sudah di tempah khas oleh Adam.

" Gudang lama? " Adam hairan. Gudang lama, gudang yang mereka gunakan pada waktu dahulu. Gudang lama tempat yang Adam gunakan untuk melatih anak buahnya yang sekarang. Gudang itu di berikan oleh pakciknya, tapi gudang itu sudah tidak iman jadi Adam pindah dari situ.

" Macam mana penculik tu tau tempat ni? " Adam menyoal dingin. Harraz dan Fakrul menggeleng tanda tidak tahu.

" Aku rasa kan. Penculik Nadhirah tu dah lama perhatikan kau. Aku rasa dia berdendam dengan kau " Ujar Harraz tiba tiba. Adam diam. Dia bersandar pada sofa. Tangan di letak atas dahi. Dia mengeluh.

" Apa kau nak buat? " Harraz menyoal Adam. Dia memandang Adam. Muka lelaki itu jelas terpampang muka tak cukup tidur.

" Kita pergi ke lokasi Nadhirah " keputusan Adam membuatkan Harraz merenungnya tajam.

" Kau gila?! Kita tak tahu musuh kali ni kuat dia takat mana! Siapa pun kita tak tahu! Kalau kita terus serang kita boleh mati! " ujar Harraz kasar. Adam mengetap gigi menagan geram. Fakrul memicit dahi. Sekali lagi!

" Kisah apa aku?! Sebab kita tak tahu betapa kuatnya musuh kali nilah aku risau dekat Nadhirah! Kalau aku lambat sampai dan jadi apa apa kat dia! Sumpah! Aku tak akan boleh maafkan diri aku! " Adam menengking kuat. Harraz mengeluh kuat. Gelojoh!

" dia tak akan apa apa kan Nadhirah! Aku yakin! Apa yang dia nak adalah kau! Bukan Nadhirah! " Harraz membalas. Belum sempat Adam mahu membalas semula Fakrul terlebih dahulu memotong.

" Stop! Jangan bergaduh! Kalau korang begaduh masalah tak kan selesai! Adam kita kena fikir rancangan sebelum pergi serang. Fikir keselamatan diri kau dan Nadhirah. Har, kau boleh tak jangan menengking? Dari semalam kau nak menengking je! " Fakrul berkata lantang. Terdiam mereka berdua.

" Haih. Okey apa plan? " Adam mengalah. Mereka kembali serius. Otaknya tak henti henti memikir pasal Nadhirah.

Nadhirah tunggu aku

* * * * *


Seorang lelaki tua menapak masuk kedalam bilik yang menempat Nadhirah. Di kiri dan kanannya terdapat dua lagi lelaki tegap. Nadhirah memandang lelaki tua itu. Dahinya berkerut. Kenapa?

" Hello sweet girl " lelaki tua itu menegur Nadhirah. Nadhirah rasa tekaknya geli. Geli mendengar gelaran 'sweet girl' yang keluar dari tekak lelaki tua itu.

" kau okey? " lelaki tua itu menyoal. Bibir membentuk senyuman sinis. Nadhirah menunduk.

" Mesti lah tak okey. Hahahaha! Suami tercinta kau tak datang lagi? " muka di dekatkan pada Nadhirah.

" Mesti kau tertanya tanyakan. Kenapa muka aku nak sama dengan Adam? " Soalan lelaki itu berjaya membuatkan Nadhirah memandangnya.

" Well. Aku atuk dia "

Lelaki tua itu tersenyum sinis. Nadhirah terkesima.

* * * * *

Adam duduk di luar balkoni . Dia tidak boleh tidur. Dia takut kalau tidur dia akan berjumpa Nadhirah di dalam mimpi dan Nadhirah kata dia kecewa padanya.

Adam menunduk. Otaknya bercelaru. Adam pandang belakang apabila terdengar silding door (?) terbuka. Harraz menjadi pandangan.

" Kau okey "

Adam senyum nipis. Okey? Bohong sangat kalau dia kata dia okey. Harraz mengerti. Dia menepuk bahu Adam. 

" jangan risau. Aku yakin Nadhirah okey. Kau kena tidur. Esok nak gerak awal " ujar Harraz. Adam mengangguk. Semua anak buah serta senjata sudah bersedia.

" Aku keluar dulu. Kau tidur " Adam tidak membalas. Dia memandang Harraz sehingga lelaki itu hilang dari pandangannya. Dia mengeluh. Mata di pejam. Semoga semua ini cepat berakhir.

* * * * *

CMM dah nak habis yeay! Nak dekat akhir akhir ni bab pendek pendek je ek? Ini idea sepintas lalu je

Cinta Mr MAFIA | SLOW UPDATEWhere stories live. Discover now