Bab 7

10.2K 508 23
                                    

Kawasan Vila itu diperhatikan dengan mata Sepet, baru bangun tidur. Dia masih separuh sedar.

Apa yang dia lihat ketika itu ialah,
pagar, kawasan yang luas, ada empat
orang lelaki berjaga depan pagar, cermin
kereta yang berbuka dan sebuah rumah besar.

kejap! Rumah? besar? terus mata nya terbuka dengan luar. Badan nya juga turut bertindak dengan menegak.

Pintu kereta dibuka kasar. di tepi kereta Mewah itu dia berpusing, memerhati seluruh kawasan depan Vila tersebut.

Dia berada di depan Vila? seorang diri? tanpa suami? dengan lelaki penjaga ni? what! seram weyh! terus Nadhirah lari masuk kedalam Vila. Pintu Vila itu yang
sememangnya terbuka menyenangkan dia yang ingin masuk.

Nadhirah bongkok, dia mencari nafas. apa kau ingat Vila ni dengan tempat Adam pasrking kereta dekat ke? jauh weyh! macam marathon!

ada sepasang kaki yang dia nampak
waktu bongkok. Dia boleh agak kaki
siapa.

Pelahan lahan dia angkat muka. perghh!
angkat je muka, muka Handsome Adam
jadi tatapan.

"best marathon?"

tangan di silang ke dada. badan
di sandar pada dinding. wajah bermegah-megaha Nadhirah di pandang.

"tak tak tak tak!"

kepala di geleng berkali kali. naik
lenguh kepala nya. Nadhirah kembali
berdiri tegak apabila nafas nya kembali
ok.

"kita buat apa kat sini? kenapa awak
tinggal saya dalam kereta? ni rumah siapa?
awak nak jual saya ke?"

Soalan Nadhirah hanya di pandang
sepi oleh Adam. Terkebil-kebil mata
nya memandang Adam.

"masuk! pergi masuk bilik!"

Nadhirah lihat Adam yang sudah
duduk di sofa. Sofa itu nampak mewah
tapi tidak terlalu mewah. semua nya nampak
mewah, kecuali luar. luar kosong!

Melihat pandangan mata tajam
Adam terus Nadhirah lari pergi
tangga.

belum kaki nya pijak anak tangga
dia berpaling kebelakang semula.
baru dia teringat. dia mana tahu bilik
Adam kat mana

"awak"

"hmm"

"awak"

"apa?"

"Aw-

"apa kau ni?!"

Nadhirah sengih. entah darimana
keberanian mengusik Adam begitu.
selama seminggu dia kenal Adam, dia
mesti akur dan tak banyak cakap ketika
dengan lelaki itu.

"bilik awak kat mana?"

Adam memicit pelepis.

"Tingkat tiga, tingkat paling atas
sekali. ada satu bilik je kat situ"

Dengan riak yang tenang Adam memberitahu.
Mulut Nadhirah ternganga. apa?! tiga tingkat?
naik tangga?

"ap-apa? tiga tingkat?"

Soal Nadhirah ingin kepastian.

"iya!"

Nadhirah pandang tangga itu.
p

erghh! panjang siot! tiga tingkat!
berapa anak tangga dah tu?

Nadhirah mengeluh, namun dia tetap
bergerak menaiki tangga yang menyeksa
lutut cantik nya.

* * * * *

Adam menggeleng kecil. penat layan
karenah isteri nya yang entah apa apa
tu.

Siaran yang langsung tidak menarik
minat Adam untuk menonton hanya
dipandang dengan pandangan kosong.

"hahahah!"

Dahi nya berkerut. suara gelak siapa
pulak? kalih belakang wajah wajah
Sahabat nya menjadi tatapan, Harraz.

"kau kenapa doe?"

Harraz mengambil tempat di sebelah
Adam. Tawa nya belum reda.

"gila!"

Geram betul! orang tanya doa gelak!
kan dah kena cat gila!

"bini kau! haha"

Adam menggepal penumbuk!
sekali lagi kalau Harraz tak jawab
memang kena!

"kenapa!"

"bini kau! lawak lah!"

Ok! penumbuk sedia di layang kan
tapi Harraz menahan. hilang terus gelak
nya.

"wo wo! rilek lah wei!"

Nasib baik tangan Harraz cepat menahan
tangan Adam. kalau tak pecah lah
muka nya.

"kau jawab betul betul!"

tekan Adam. Harraz menolak tangan
Adam yang tadi nya menggepal penumbuk.

"Tadi aku terjumpa isteri kau kat
depan bilik aku, dia macam penat.
aku tegur lah 'Hai' terus dia lari! haha
muka dia lawak lah!"

Harraz kembali Ketawa. entah apa lah
yang kawan sangat. Adam mengeluh.
itu je pun? gelak macam nak mati!

Adam terus bangun, kalau duduk
sekali dengan Harraz boleh gila dia.

"kau nak pergi mana weyh?"

Harraz mencapai Remote Tv. Siaran
di tukar, cari siaran yang best bila
tengok.

"naik atas, layan kau gila aku nanti"

Butang lif ditekan. Lif? memang lah
guna lif. gila ke apa Tiga tingkat naik
tangga? patah kaki lah woi!

* * * * *

satu anak tangga yang terakhir di
pandang . nafas nya usah cakap, tercungap
cungap!

"sikit lagi!"

selepas dia berjaya melepasi anak
tangga yang terakhir, dia jatuh terduduk.

fuh! penat nya bukan kepalang!
naik jejantas pun belum tentu penat
macam ni!

"baru sampai? lama dah aku tunggu"

Nadhirah pandang suara itu. Mata nya
membulat, mulut ternganga. macam
mana?

"awak?!"

-To be continue-

Cinta Mr MAFIA | SLOW UPDATEWhere stories live. Discover now