"Makan lah."
Nadhirah pandang pinggan yang di tolak kearahnya dengan pandangan kosong. Dia tak mahu makan. Dia mahukan adam.
Dari semalam lagi kepala sakit. Semakin mencucuk pula sakitnya. Dia menjilat bibirnya yang pucat seakan tak berdarah.
"Lantak kau lah!"
Lelaki itu menendang pinggan yang dia hulur tadi. Nadhirah memejam matanya. Sakit kepalanya makin menjadi-jadi.
Lelaki itu mahu keluar. Tapi langkahnya terhenti kerana terdengar bunyi benda jatuh. Dia toleh kebelakang.
• • • • •
Nadhirah buka matanya dengan pelahan. Matanya terasa sedikit lega. Seakan seperti seminggu tidak tidur. Padahal baru beberapa hari.
Suasana bilik yang menempatkan dirinya di pandang. Rasanya ini bukan tempat yang sama dengan tempat dia di kurung. Tangan naik memicit kepala. Tekaknya terasa agak mual.
Pintu di kuak dari luar. Nadhirah pandang takut takut. Muncul lah tubuh manusia yang paling tak mahu dia jumpa. Aziz (main letak je), atuk adam.
"Hello sweet girl. Dah bangun?" Aziz senyum pada Nadhirah. Senyuman yang penuh misteri di mata Nadhirah.
"Kau nampak lebih bertenaga." Nadhirah menunduk apabila Aziz makin menghampirinya.
"Kau nak dengar berita gembira tak?"
Nadhirah pandang Aziz. Berita gembira? Adam datangkah?
"Semestinya bukan mengenai Adam." Aziz menggaru keningnya sambil ketawa. Tawa yang penuh sinis.
"H-habis tu?" Pelahan saja suara Nadhirah menyoal. Aziz duduk di ruang bersebelahan Nadhirah. Wanita itu mengesot ketepi sedikit. Tak selesa.
"Kau...mengandung. Two weeks."
Nadhirah tergamam. Dia terkejut. Muncul perasaan gembira di benak hatinya. Tapi apabila memikirkan dirinya terperangkap di sini, perasaan gembira di ganti dengan perasaan risau. Risau dengan kandungannya.
"Kau mengandungkan anak Adam. Pewaris Adam"
Aziz ketawa dengan kuat. Bergema bilik itu. Nadhirah menjauhi Aziz. Dia ketakutan.
"Aku tak akan biarkan pewaris Adam hidup. Tak akan!" Aziz berkata dengan kuat. Dia bangun dari duduk. Matanya mencerlung kearah Nadhirah.
"Tapi aku akan bunuh kau dan anak kau depan Adam."
Air mata Nadhirah mengalir. Dia mengusap perutnya yang kempis. Ya Allah, selamatkan aku.
"Aku akan gunakan kau untuk ugut Adam. Bila aku dah dapat semua yang aku nak, aku akan bunuh kau dan anak kau."
Sambung Aziz lagi. Tangan digenggam kuat. Tangis Nadhirah kedengaran dengan jelas di gegendang telinga Aziz.
"Makan nasi tu. Kau kena hidup sampai Adam datang." Selesai mengucapkan ayatnya, Aziz keluar dari bilik. Bilik itu di kunci rapat.
Nadhirah duduk memeluk lutut. Muka di sembam ke lutut. Dia menangis. Dia sangat berharap yang Adam akan datang. Ya. Dia hanya perlu menunggu.
• • • • •
"Bila nak masuk ni?" Harraz menyoal Adam yang sibuk memandang gudang yang di kelilingi pengawal itu.
"Sekarang."
Harraz mengangguk. Dia pandang Taufik di belakang. Lelaki itu juga mengangguk. Walkie-talkie Taufik ambil dari poket.
"Gerak sekarang. Jangan sampai dorang perasan." Taufik memberi arahan melalui walkie talkie.
"Kita masuk bila line clear."
Harraz dan Taufik mengangguk saja. Adam memejam matanya. Tangan di letak atas dahi. Dia mahu semua ini cepat berakhir.
—————
Harap harap menjadi lah plan Adam ye?
Setelah sekian lama saya tak update akhirnya hari ini saya menyentuh CMM lagi. Berhabuk kat draf tau?
Skill menulis dah takde. Harap bersabar dengan saya.
Sekarang saya akan cuba habiskan CMM. Tapi tak boleh update selalu. Phone guna phone ayah je. Saya dah takde phone (isk isk) . Enjoy lah walaupun pendek.
YOU ARE READING
Cinta Mr MAFIA | SLOW UPDATE
AcciónSudah takdir mereka berkahwin dalam keadaan tidak bersedia. Jodoh mereka sampai dalam keadaan tergesa gesa. Mengenal seorang NADHIRAH NUR ZAHRA bukan satu rancangan nya. Bagi ADAM TAUFEEQ, Seorang NADHIRAH adalah gadis yang ayu dan baik. Bagi NADHIR...