Harraz mengetuk ngetuk meja kaca di hadapan nya. Mata mata yang memandang di hiraukan. Mana tak nya, dia sungguh segak pada hari itu. Harraz memakai kemeja Hitam,di lipat kemeja tersebut ke paras siku. Kaca mata hitam elok tergantung (?) di hidung mancung nya.
Seorang gadis yang ayu bertudung datang menghampiri nya. Gadis itu tersenyum manis. Harraz segera menunduk kan wajah nya.
"Encik? Encik nak order apa?"
Harraz tersenyum sinis. Dia mengangkat kepala nya. Senyuman sinis masih terukir di bibir seksi nya. Gadis itu terpaku, dia mengeluh. gadis itu terpaksa memanis kan wajah nya.
"Bagi Aku Jus Apple. Aku nak kau yang Hantar"
Harraz memesan, atau lebih tepat mengarahkan . Gadis itu ternganga. What? dia buat restoran ni macam dia punya?! seriously?!
"Tapi mana boleh macam tu. restoran ni dah di sediakan pelayan untuk menghantar pesanan yang di pesan oleh pelanggan. Saya ada kerja lagi ni Encik, saya suruh Pekerja saya hantar"
Terang wanita itu penang lebar. Harraz membuat muka biasa, muka dingin.
"Dah habis? Aku tak nak tahu langsung kerja kau, yang aku nak tahu adalah kau yang hantar pesanan aku nanti"
Dengan tenang dan selamba nya dia berkata. Gadis itu menahan geram. Dengan perasaan sebal gadis itu pergi meninggalkan Harraz.
Harraz hanya memandang pemergian Wanita itu dengan ekor mata nya. Dia tersenyum nipis.
* * * * *
Gadis itu sudah selesai membuat jus Apple yang di pesan oleh Harraz. Jus Apple di serah kan kepada Harraz, tapi Harraz mengabaikan kehadiran gadis itu.
Dia membuat seperti gadis itu tiada di situ. Harraz sibuk melihat Telefon pintar nya.
"Nah Encik"
Wanita itu mencuba lagi sekali. Tapi tetap sama, Harraz mengabaikan kehadiran nya. Harraz memang sengaja. Dia suka melihat gadis itu geram dan marah.
Dengan tiba tiba Harraz berdiri. Telefon di simpan kedalam poket seluar. Dompet di keluarkan lalu dia mengambil dua keping duit kertas berwarna hijau.
Tanpa berkata apa apa Harraz terus pergi meninggalkan Gadis itu. Gadis tersebut hanya memandang. Memandang dengan pandangan Tajam.
Kereta Harraz terus di pandang sehingga kereta tersebut hilang dari pandangan. Gelas berisi air itu dia hentak ke atas meja. Dengan kasar dia duduk di kerusi Tempat Harraz tadi.
"Eerrgggggg! Haish!"
Geram? Gila kau tak geram. Dah lah paksa orang hantar pastu dia palau and then kena tinggal macam itu je.
* * * * *
Adam leka menyiap kan kerja nya sehingga tidak ingat bahawa Nadhirah ada di situ. Nadhirah pandang Adam dengan wajah bosan. Dia duduk di sofa yang memang di sediakan dalam bilik pejabat Adam.
Adam membawa Nadhirah ke Syarikat milik nya. Nadhirah agal terkejut juga pada Awal nya, tapi Adam memberitahu bahawa dia sibuk hari ini. Dia tak mahu meninggalkan Nadhirah sendiri di Vila itu kerana Nadhirah akan keseorangan. Lagipun selepas kerja Adam selesai dia terus membawa Nadhirah pindah ke banglo milik nya.
YOU ARE READING
Cinta Mr MAFIA | SLOW UPDATE
AcciónSudah takdir mereka berkahwin dalam keadaan tidak bersedia. Jodoh mereka sampai dalam keadaan tergesa gesa. Mengenal seorang NADHIRAH NUR ZAHRA bukan satu rancangan nya. Bagi ADAM TAUFEEQ, Seorang NADHIRAH adalah gadis yang ayu dan baik. Bagi NADHIR...