Nadhirah menyalam tangan si suami yang baru pulang ke rumah. Dia mengukir senyuman yang cukup manis buat Adam.
"lapar? Kalau lapar jom kita keluar makan" Kepala Si isteri yang berlapik tudung bawal di usap lembut. Harraz dan Fakrul awal awal sudah masuk ke dalam rumah. tinggal mereka berdua saja di pintu rmah.
"saya dah makan tadi. tapi lapar lagi" Nadhirah tersengih manja. Adam tergelak kecil. Lahai bini.
Memang Nadhirah sudah makan tapi hanya memakan mee segera. sebab itu lah lapar lagi."Jom kita pergi makan. pergi panggil dorang" Ujar Adam. Nadhirah senyum lebar sambil angguk. Adam memandang Nadhirah sehingga bayangan isteri nya menghilang. Dia mengeluh untuk sekian kali nya.
* * * * *
Adam mengusap rambut Nadhirah penuh kasih. Nadhirah hanya diam bila di perlaku kan begitu. Mata nya ralit memandang kaca tv.
Dalam Adam ralit mengusap rambut Nadhirah dia termengelamun. Memikirkan nasib si isteri. Dulu, jika dia mahu mengambil sebarang tindakan dia terus saja lalukan tanpa berfikir. Tapi sekarang dia tidak boleh membuat Kepurusan terburu buru. Dia perlu memikirkan isteri nya. Apa yang dia akan dia lakukan pada satu saat nanti tempias nya akan terkena pada Nadhirah. Sama ada buruk atau baik.
Tanpa dia sedar keluhan kecil keluar dari mulut nya. Nadhirah yang tadi nya fokus pada tv terus teralih kepada Adam.
"Awak. Awak ada masalah ke? Nak cerita? " ujar Nadhirah lembut. Adam tersedar. Dia tersenyum nipis. Kepala di geleng prlahan.
"nothing"
"betul? Kalau ada apa apa nak luah saya boleh dengar" ujar Nadhirah lagi. Tapi kali ini ada nada bersungguh sedikit.
"Nadhirah" Adam menyeru nama Nadhirah pelahan.
"ye?"
"if one day jadi apa apa. Kau masih percaya pada aku tak? Kau masih setia di sisi aku tak?" soal Adam pelahan. Nadhirah tercengang. Soalan apa ni?
"Ap-apa awak cakap ni? " Adam menghela nafas.
"jawab lah" tangan nya yang tadi mengusap rambut Nadhirah sudah berhenti. Dia menatap wajah Nadhirah.
"Mesti lah saya percaya kan awak. Mesti lah saya setia dengan awak. Awak suami saya. Hanya awak yang saya ada. Saya nak pergi mana kalau bukan bukan dengan awak" jawab Nadhirah senafas. Adam senyum nipis lagi.
"macam mana kau boleh seyakin ini? " soal Adam lagi. Dahi Nadhirah berkerut kecil. Kenapa Adam agak pelik malam ini?
"mesti lah saya yakin. Awak kahwin dengan saya walaupun itu bukan salah kita. Awak jaga saya. Awak lindungi saya dari mak saya. Awak suami saya Adam. Tempat saya bergantung. Saya cintakan awak. Kenapa awak soal macam ni? Awak nak tinggalkan saya ke? Awak nak kemana Adam? " Adam senyum lagi. Hati nya sedikit terusik mendengar butir bicara Nadhirah. Bahagia.
"Thanks" soalan Nadhirah di biarkan. Pinggang Nadhirah di peluk. Sekarang dia berbaring di peha Nadhirah dan kepala nya disembam ke perut kempis Nadhirah. Sedar tak sedar sudah 6 bulan mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
"Kau nak tengok lagi tengok lah. Aku nak tidur" ujar Adam pelahan. Mata nya mulai kuyu. Nadhirah mengeluh. Tv di pandang kosong. Tak ada mood nak tengok!!
Wajah Adam di intai sedikit. Tangan nya naik mengusap rambut Adam yang sedikit perang. Apa yang jadi Adam?
* * * * *
Nadhirah memandang Adam yang sedang menolak troli dengan pandangan bosan. Sudah hampir satu jam mereka berada di Mall ini tapi mereka baru membeli 3 barang saja. Syampu, sabun, pencuci muka Adam dan Nadhirah. Itu pun kena bertekak dulu.
"Awak. Kaki saya lenguh. Jom lah duduk dulu" Nadhirah mengaduh untuk sekian kali nya. Adam berhenti. Haihlah kesian pulak.
"yelah jom. Kita pergi makan lepastu sambung beli lagi" tangan Nadhirah di genggam
mengguna tangan kiri kerana tangan kanan nya menolak troli. Nadhirah senyum sedikit. Yeyyy!...
Yeah. Mereka berdua masih lagi di Mall. Tapi kali ini mereka mencari bahan basahan. Sekarang giliran Nadhirah pula yang menolak troli. Adam di sebelah hanya memandang dan sesekali turut sama memilih sayur dan barang basahan yang lain.
"awak nak makan apa? Ayam? Ikan? " Adam melihat haiwan laut yang telah mati di hadapan nya (ayat tak leh blah)
"Ketam. Ketam masak cili api" putus Adam. Nadhirah angguk. Ya. Nadhirah sedikit senang dengan selera Adam yang tidak terlalu western. Lagi lagi Adam memang makan pedas.
"okey jom. Kita cari bahan dia pulak lepastu kita balik" plastik yang berisi ketam yang sudah di timbang di masukkan kedalam troli. Adam angguk. Mereka masuk ke bahagian sayuran.
Di bahagian sudut yang lain ada seorang lelaki berpakaian hitam putih bak tahi cicak memerhati mereka.
"Boss. Mereka mencari sayur, dan agak nya mereka akan pulang kerumah selepas membeli sayur"
" perhatikan mereka"
-To be continue-
YOU ARE READING
Cinta Mr MAFIA | SLOW UPDATE
ActionSudah takdir mereka berkahwin dalam keadaan tidak bersedia. Jodoh mereka sampai dalam keadaan tergesa gesa. Mengenal seorang NADHIRAH NUR ZAHRA bukan satu rancangan nya. Bagi ADAM TAUFEEQ, Seorang NADHIRAH adalah gadis yang ayu dan baik. Bagi NADHIR...