Nadhirah hanya mampu tunduk. kejadian yang memalukan tadi masih terngiang di kepala.
walaupun dia tak buat apa apa tapi orang kampung tetap berkeras nak mereka berdua berkahwin.
Dalam otak Adam mula berfikir. ermm kahwin free?
"harap muka je baik! tapi perangai
macam bohsia!"kata makcik yang juga penduduk kampung. ada setengah penduduk kampung yang suka pada Nadhirah. ada setengah yang benci pada Nadhirah. itu semua buah mulut Si Pn Imah. dia nak dia baik tapi dengan memburukkan Nadhirah.
"pakai tudung! baju tutup aurat! perangai macam pelacur!"
kata suara itu lagi. Nadhirah makin tunduk, sedih nya hati. Satu tubuh wanita muda berlari kecil ke arah Nadhirah.
tubuh Nadhirah dipeluk. Eyheyn atau
Eycha eyheyn, kawan baik Nadhira.Nadhirah pandang kawan nya. dia juga
turut memeluk kawan nya. air mata yang
ditahan dari tadi mengalir."aku tak buat cha, a-aku t-tak buat"
tersendu Nadhirah menahan tangis daripada kedengaran. Eyheyn menggosok belakang sahabatnya. Dia rasa kesal, jika dia tidak menjawab panggilan tadi semuanya tidak akan jadi begini.
"aku tahu kau tak buat, shhh"
Makin galak air mata Nadhirah menangis. Adam masuk bersama Ustaz dan Tok Wan. Mereka sudah habis berbincang.
Naik pusing Tok Wan dibuatnya. Tok Wan juga sudah menjelaskan bahawa dia yang suruh Nadhirah membawa Adam pusing kampung. Tapi dia pula yang kena marah
" Macam mana ni Adam? Apa kamu nak buat? Tok dah tak boleh berfikir ". Ujar Tok Wan. Kopiah di buka, rambut putihnya di garu.
Adam beefikir. Dia kerling Nadhirah yang sedang menangis dalam pelukan sahabatnya.
" Entahlah Tok. Saya tak kenal dia langsung, macam mana mahu kahwin dengan dia ". Keluhan di lepaskan oleh Adam. Bahunya di tepuk.
" Tok Wan tahu, tapi kalau kamu biarkan nama Nadhirah akan bertambah buruk. Kesian dia, dia sudah hidup susah selama ini takkan nak tambah lagi? Tok kesian pada dia " ujar Tok Wan. Semua keputusan berada di tangan anak muda ini, dia berharap Adam membuat keputusan yang betul.
Adam menarik nafas.
" Saya akan kahwin dengan dia "
* * * * *
Nadhirah dan Adam keluar dari Masjid. Tidak ramai sangat orang. Cukup lah ada yang menjadi saksi.mereka baru di nikah kan. Nadhirah hanya pakai baju kurung putih kosong kepunyaan Arwah mak nya.
Adam pula memakai baju melayu kosong tanpa samping. Nasib baik ada baju Anak lelaki Tok Wan.
"Tok Wan minta maaf ye? sebab tok wan korang dua terpaksa kahwin"
Tok wan menunduk kesal. Nadhirah tidak bersuara.
"tak apa lah Tok,benda dah nak
jadi"Kata Adam lembut. dia tidak mahu di cop kurang ajar. tetamu yang lain sudah berunsur pulang. kini tinggal
mereka bertiga."Nadhirah kamu ok?"
soal Tok Wan prihatin. Adam berpeluk tubuh memerhati Nadhirah. Gadis itu hanya memberi senyuman sebagai balasa. Tok Wan faham.
"kalau macam tu tok b—
"Nadhirah!! "
Adam ,tok wan dan Nadhirah terus pandang manusia yang menjerit itu. Mahu terjatuh mata Nadhirah apabila manusia itu ialah ibu tiri nya, Puam Imah!
"apa kau buat hah?!"
tangan Nadhirah dicapai terus di cengkam. Tok Wan yang turut terkejut cuba menghalang Pn Imah daripada menyakiti gadis itu.
Adam yang tak kenal siapa pontianak itu hanya mengangkat kening. Baju serabai, dengan rambut mengalahkan pontianak. gincu entah kemana saja.
"Imah! sudah lah tu!"
Tok wan dari tadi cuba menarik Imah.
Pn Imah buat tak tahu."kau ni! kau menyusahkan aku!
memalukan!"pipi Nadhirah ditampar kuat, terteleng kepala gadis itu. Adam terkejut.
" Kau ikut aku balik! " tangan Nadhirah di tarik supaya mengikutinya. Perasaan marah menyelubungi diri.
" Kau nak bawa dia kemana? ". Adam menyoal setelah berdiam diri. Tangan Nadhirah yang sebelah lagi dia tarik pelahan.
" Kau siapa hah?! " Puan Imah menjerit kuat. Cengkaman di tangan Nadhirah makin kuat. Gadis itu mengaduh sakit.
" aku.suami. dia ". Adam menjawab tenang. Setenang yang boleh. Puan Imah tersenyum sinis.
" Jadi kau lah lelaki yang kena tangkap dengan betina ni? Not bad jugak kau. Patutlah betina ni menyundal! " kepala Nadhirah di tolak. Adam ketap gigi.
" Lepaskan dia " arah Adam.
Tangan Nadhirah masih tidak di lepaskan oleh Puan Imah.
" Imah lepaskan tangan Dhirah. Biar dia ikut suami dia. Malu orang tengok ni " Tok Wan bersuara. Ramai orang yang melihat drama free ini.
Puan Imah mendengus. Tangan Nadhirah di lepaskan kasar.
"aku tunggu kau kat rumah!"
Pn Imah berkata sebelum meninggalkan
masjid. Tok Wan mengeluh."haih. Tok Wan balik dulu lah. Adam jaga Nadhirah elok elok. Jumpa lagi ".
Pamit Tok wan. kalau dia lambat mesti bini nya menyoal siasat, lebih baik dia cepat.
Adam dan Nadhirah hanya memandang.
Kini hanya tinggal mereka berdua." Kita nak pergi mana? " Nadhirah menyoal pelahan. Malu.
" Balik Homestay aku " jawab Adam. Mereka berjalan pergi dari kawasan Masjid.
Bermula lah kehidupan Nadhirah sebagai seorang Isteri kepada lelaki yang bernama Adam Taufiq.
-To be continue-
YOU ARE READING
Cinta Mr MAFIA | SLOW UPDATE
ActionSudah takdir mereka berkahwin dalam keadaan tidak bersedia. Jodoh mereka sampai dalam keadaan tergesa gesa. Mengenal seorang NADHIRAH NUR ZAHRA bukan satu rancangan nya. Bagi ADAM TAUFEEQ, Seorang NADHIRAH adalah gadis yang ayu dan baik. Bagi NADHIR...