Bab 18

8.6K 446 18
                                    

"Nadhirah nak makan apa? Order saja nanti saya bayar" Kata Harraz kepada Nadhirah. Nadhirah mengangguk. Dia berfikir seketika, hendak makan apa.

Tiba tiba Harraz rasa perut nya sedikit memulas. Harraz memegang perut nya seketika. "Ermm Nadhirah. Saya pergi tandas kejap. Perut ni tiba-tiba memulas. Nah jaga kejap"

Telefon nya di hulurkan kepada Nadhirah menyuruh gadis itu memegang sementara dia pergi tandas. Nadhirah angguk sebelum mengambil huluran Harraz.

Segera Harraz meninggalkan Nadhirah. Dah tak tahan sangat. Nadhirah hanya memandang sepi pemergian Harraz ke tandas untuk melepaskan hajat. Ceh.

Tiba-tiba telefon milik Harraz berdering menandakan ada panggilan masuk. Nadhirah kalut seketika melihat nama yang tertera di kaca telefon itu.

ADAM TAUFEEQ

Okey. Apa kena mengena Adam dan emoji katak itu? Nadhirah menggeleng. Sempat fikir benda macam tu. Dengan tangan yang agak terketar Nadhirah menjawab panggilan dari suami nya.

"Hello? " Dengan suara yang sedikit perlahan dia memulakan bicara. Adam di talian senyap, tidak menjawab.

Dalam beberapa minit Adam mendiam suara. "Kau di mana? " Soal Adam. Nadhirah mengetap mulut lembut. Suara Adam di talian seakan menahan suara.

"S-saya d-di c-cafe b-bawah P-pejabat a-awak" Tergagap-gagap Nadhirah menutur kata nya. Nadhirah hairan seketika, kenapa Adam diam? Langsung tiada suara mahupun nafas lelaki itu.

Nadhirah melihat skrin telefon itu lalu menepuk dahi nya. Adam sudah menamatkan panggilan beberapa minit tadi. Laki siapa tu?

Harraz muncul dengan muka hairan. "Kenapa awak pegang telefon Saya? " Soal Harraz sedikit Hairan. Nadhirah baru tersedar lalu menyerahkan telefon kepada pemiliknya.

"Tadi Adam call. Saya jawab saja" Jelas Nadhirah. Harraz angguk lalu tersengih sinis. Dia yakin, sekejap lagi mesti Adam akan sampai di cafe ini.

"Ohhh. Okey. Nadhirah dah order? " Harraz menarik kerusi lalu dia duduk di kerusi itu. Nadhirah menggeleng.

"Kenapa bel-

" Jom balik" Entah dari mana Adam muncul tiba-tiba saja dia menarik tangan Nadhirah. Muka nya bukan main ketat lagi.

"Kau kenapa Bro? Kalau jeles sekali pun bagi lah kita orang makan dulu" Harraz menjeling rakan nya itu. Adam meraup muka nya kasar. Mata nya tajam memandang ke satu arah.

Lelaki berpakaian serba hitam memandang Adam dengan senyuman sinis sebelum beredar. Kalau di ikutkan hati Adam, mahu saja dia mengejar dan menembak lelaki itu, tapi niat nya di batalkan kerana Ada Nadhirah dan pelanggan yang ramai. Sudah lah dia tidak membawa apa apa senjata.

"Jumpa aku di markas" Terus dia beredar bersama Nadhirah meninggalkan Harraz yang masih blur. Harraz menggeleng kepala. Haih lah

* * * * *

"Sorry. Nanti Aku bawa kau keluar makan. Duduk rumah elok elok. Jangan keluar! Aku ada kerja kejap. Nanti Aku balik" Nadhirah angguk mendengar Arahan suami. Wajah Adam di pandang.

"Hati hati" Pesan Nadhirah. Adam tersenyum nipis. Pipi Nadhirah di usap lembut. Dahi Nadhirah di cium sebelum dia meninggalkan Nadhirah di hadapan pintu.

Nadhirah melambai tangan kecil nya. Muka nya kelihatan agak sedih sedikit. Belum sempat Adam hendak membuka pintu kereta, ada sebuah kereta lain memasuki kawasan Vila nya.

Cinta Mr MAFIA | SLOW UPDATEWhere stories live. Discover now