Oktober 2008Dia duduk di satu sudut biliknya dengan tangan memeluk lutut. Wajah disembamkan ke lutut. Perbalahan kedua orang tuanya menjadikan dia sangat takut. Takut untuk kehilangan salah seorang di antara mereka.
Tanpa sedar, airmatanya laju sahaja mengalir di pipi. Dia sedih. Sudah berbulan lamanya hubungan di antara ibu dan ayah retak.
Retak yang tinggal menanti belah. Kehidupan di rumah itu sangat menyeksakan baginya. Dia mahu pergi. Jika boleh, jauh daripada segalanya.
"Kalau kau dah tak nak dengan aku, kau ceraikan aku!" Suara ibunya bak petir yang menyambar ke dalam jiwanya. Menyakitkan.
"Aku memang dah tak nak dengan kaulah betina! Kau ni memang perempuan murahan!" Suara ayahnya pula kedengaran.
Tangisan kecilnya mulai kedengaran. Namun ditahan agar tidak kedengaran sampai ke luar.
Bunyi hempasan pintu kedengaran. Mungkin ibu, mungkin juga ayah.Seawal pukul 5 pagi, dia sudah lengkap dengan seragam sekolahnya. Hari itu, peperiksaan yang besar baginya akan bermula. SPM.
Untuk mengelakkan dia terluka di awal pagi itu, dia perlu mengelak daripada ibu dan ayahnya. Dia sendiri tidak ingat bila kali terakhir dia bersemuka dengan mereka.
Kedua-duanya insan berkerjaya, sibuk dengan kerja siang dan malam. Salah satu punca perbalahan yang semakin teruk sejak kebelakangan itu.
Perlahan saja dia membuka pintu rumah. Sempat dia memandang ke arah ruang tamu yang bersepah.
'Mesti ibu mengamuk lagi.' Desis hatinya. Basikal dituntun menuju ke jalan besar sebelum dia mengayuhnya di laluan basikal.
Sedaya upaya dia cuba untuk menenangkan jiwanya. Jika dia ingin pergi jauh, dia perlu mendapatkan keputusan yang cemerlang. Dengan itu, dia boleh ke luar negara. Itu tekadnya.
Peperiksaan pada hari itu berakhir dengan tenang. Syukur, dia boleh menjawab dengan mudah.
Lama dia kaku di hadapan pagar utama rumah apabila melihatkan kereta ibu dan ayahnya di halaman. Jarang sekali dia melihat mereka berdua di rumah pada waktu sebegitu.
"Cuma untuk sebulan ini saja. Tolonglah berlakon yang kita dah berbaik." Qaseh tidak jadi hendak membuka pintu apabila terdengar suara ibunya.
"Tak ada gunanya Intan. Aku dah tak boleh nak berbaik dengan kau. Walaupun hanya berpura-pura!" Ayahnya pula yang bersuara.
Qaseh menahan tangisannya. Jujur, hatinya sangat terluka.
"Tolonglah Razak, aku merayu pada kau. Biarlah Qaseh habis peperiksaan dia dulu. Lepas tu baru kita bagitahu dia hal sebenar." Ibunya memujuk lagi.
Qaseh mengetap bibir menahan tangisan.
"Kalau dah kenyataannya kita dah bercerai, apa yang nak disorokkan lagi!" Qaseh terus terduduk mendengarkan kenyataan itu. Mulut ditekup kuat. Cuba untuk mengelakkan sebarang bunyi.
"Razak!" Bunyi hempasan kaca kedengaran.
Qaseh yang sudah tidak sanggup mendengar segalanya terus pergi. Dia berlari menuju ke taman dan menangis sepuas hati di dalam gelongsor.
Dia terluka. Sungguh sakit rasa itu. Jikalau sudah begitu pengakhirannya, mengapa lahirkan dia ke dunia?!
Akal warasnya sudah dipengaruhi oleh emosi yang tak terkawal. Dia menangis semahu-mahunya. Sampailah dia rasakan kepedihan di perutnya, dia terus keluar dari gelongsor dan mencangkung di atas tanah.
YOU ARE READING
My Stories [ Himpunan Cerpen ]
RandomHimpunan cerita pendek dan mungkin juga panjang. Cerita yang tidak diketahui bila akan berakhir. It comes from the soul.