Yang Terbaik [ I ]

190 19 2
                                    

      Tangan menggenggam kuat hujung lengan kot hitam yang sedikit panjang. Bibir diketap dengan mata bulatnya yang merenung kaki. Para penemu duga di hadapannya tenang menanti jawapan.

      "It's all for my mom." Jawapan diberi setelah dia mengangkat wajah. Menatap pandangan para penemu duga di hadapannya. Dua orang di antara penemuduga merupakan lelaki mungkin lingkungan 30-an.

      Manakala seorang lagi merupakan lelaki dalam lingkungan separuh abad. Lelaki berambut putih itu tersenyum.

      Dua orang penemu duga yang lain pula sudah menggelengkan kepala. Tangan sudah mengangkat pen dan menanda sesuatu di atas kertas.

      "So, the reason you get this far is only for your mom?" Pertanyaan yang berbunyi memastikan itu membuatkan gadis bertudung biru itu ketap bibir sekali lagi.

      "My mom wanted this." Mendengarkan jawapan si gadis, lelaki berambut putih itu hanya mampu mengangguk faham.

      "So, does this mean you never have the intention to be a doctor, Miss Araya?"

      Buat seketika, Araya terdiam. Pernahkah? Sekuat mana pun dia cuba mengingati, tidak pernah terlintas di hatinya untuk menjadi seorang doktor. Hanya tersemat di minda, dia perlu menjadi doktor.

      "Never."

      "But still, you got this far. Do you really want to stop here?"

      Araya genggam kuat tangannya. Dia tahu bukan mudah untuk dia mencapai tahap itu, menjadi salah seorang calon pelajar di salah sebuah universiti terkemuka di United Kingdom.

      Namun semua itu di atas kemahuan ibunya. Ketika ditanya mengapa dia ingin menjadi seorang doktor, dia sudah mengambil keputusan untuk menggagalkan dirinya di dalam temuduga itu.

      "Do what you love, love what you do. Have you ever heard of this phrase before?" Lelaki itu menyambung bicara. Wajahnya terlihat tenang dengan senyuman yang sukar ditafsirkan maksudnya.

      Araya memakukan pandangan ke wajah lelaki itu. Menumpukan perhatian layaknya seorang pelajar terhadap gurunya. Dua orang penemu duga yang lain turut sama menumpukan perhatian kepada lelaki paling tua di ruangan itu.

      "Either you do what you love, or you love what you do. If you can't do what you love, try to love what you're doing right now. Have you ever try loving what you do?"

      Araya terpaku. Pandangan tepat ke wajah lelaki bermata biru itu, dengan fikiran yang melayang jauh. Bagaikan mendapat satu kesedaran yang baru dalam hidupnya.

      "You see, we can't let go of a student like you. You have the potential and requirements we needed as a future doctor in the fields. I hope to see you again next time, as one of my student."

      Kata-kata lelaki mengakhiri temuduga. Sepanjang perjalanan pulang, Araya bermuhasabah sendiri.

      'Do what you love, love what you do'

      Kata-kata penemu duga itu terngiang-ngiang di ingatan. Apa yang akan terjadi jika dia cuba mencintai apa yang sedang dilakukan kini? Perlukah dia mencuba?

      Rumah berdinding putih dua tingkat itu ditatap lama dari luar pagar. Rumah yang besar, namun selalu saja sunyi. Manakan tidak, penghuninya hanyalah mama dan dia.

      "Ara, macamana temuduga?" Mama terus saja bertanya setelah dia masuk ke dalam rumah. Di atas meja kopi di ruang tamu, tersusun fail-fail yang dibawa dari pejabat.

My Stories [ Himpunan Cerpen ]Where stories live. Discover now