Perkhemahan

250 18 2
                                    

sy pun mo buat la cerita seram

tajuk : random

   Unggas malam bernyanyi riang mengisi kesunyian malam yang dingin. Sesekali suara sang burung berkaki pendek dengan mata bulat menyelit.

   Di satu sudut hutan, tiga buah khemah berdiri teguh mengelilingi unggun api yang tinggal bara. Namun kepulan-kepulan asap masih lagi terlihat.

   Di dalam sebuah khemah, satu tangan menggagau di dalam kegelapan. Setelah objek yang dicari ditemui, butang kecil di hujung objek tersebut ditekan.

   "Nazri." Lelaki bertubuh gempal yang sudah terlena di sisinya digoncang bahunya. Terkelip-kelip matanya cuba menyesuaikan retina mata dengan cahaya yang datang setelah kelam itu.

   "Nazri, temankan aku ke tandas. " Nazri menggeliat malas. Dia masih lagi belum sedar sepenuhnya. Sekali lagi dia menggoncang tubuh gempal itu.

   "Nazri... " Kali ini lebih kuat goncangannya. Masih tiada gerak balas positif. Akhirnya Faizuddin mengalah. Diberanikan diri untuk ke tandas sendirian.

   Langkah diatur laju menghampiri tandas yang terletak 100 meter dari tapak perkhemahan mereka. Tidak difikirkan lagi hal yang lain.

   Selesai dengan urusan di tandas, dia melangkah keluar dengan nafas lega.

   "Faiz, tunggu aku. " Belum sempat dia hendak melangkah, suara Nazri kedengaran dari belakang. Dia terus menoleh. 

   "Laa kau. Tadi aku kejutkan tak nak bang... "

   Faizuddin terkaku. Bicaranya mati serta-merta. Tiada sesiapa di situ. Bulu tengkuknya terasa menaik. Pintu tandas pula tertutup rapat. Dia meneguk liur.

   "Nazri..." Dia menyeru nama itu perlahan. Tiada sahutan. Deruan angin yang kedengaran jelas membawa kedinginan kepada tubuh yang berbalut sehelai hoodie berwarna ungu itu. Jantung berdegup lebih kencang.

   Dipandang sekeliling, namun kelibat Nazri tidak kelihatan di mana-mana. Kakinya bagaikan terpaku pada tanah.

    Setelah mengumpulkan kekuatan, dia memecut sekuat hati kembali ke khemah. Kelajuannya bagaikan dapat memecahkan rekod Usain Bolt.

   Masuk sahaja ke dalam khemah, tubuh gempal Nazri terlihat di situ. Berbaring dalam kedudukan mengiring membelakanginya.

   Faizuddin terus masuk ke dalam sleeping begnya dan cuba untuk bertenang. Dia dengar dengan jelas sekali suara itu suara Nazri.

   Malam itu, antara tidur dan tidak saja Faizuddin dibuatnya. Entah siapa yang menegur, dia juga tidak ada jawapan untuk itu. Apa yang penting, itu bukan Nazri.

   Keesokkan paginya, ketika mereka semua mulai berkemas untuk pulang, fikiran Faizuddin menerawang kepada peristiwa semalam. Dia cuba untuk melupakan peristiwa itu, namun tetap saja melekat di kepala.

   "Faiz, kau kenapa?" Teguran Nazran mematikan lamunannya. Dengan mata yang tidak bermaya, jelas kelihatan yang dia tidak cukup tidur.

   "Tak ada apa. " Dia menyambung kerjanya mengemas khemah. Nazran hanya mampu memandangnya pelik.

    "Oh ya. Malam tadi kan..." Nazran tiba-tiba teringat sesuatu.

   Faizuddin memandang wajah Nazran. Adakah dia juga mengalami hal yang pelik malam tadi? Wajah Nazran tiba-tiba berubah menyeramkan.

   "Malam tadi...? " Faizuddin bertanya penuh minat. Dia juga ingin berkongsi kisah jika Nazran mengalami hal yang serupa.

   Nazran mengecilkan matanya. Direnung dalam ke anak mata Faizuddin yang terlihat curious itu.

   "Malam tadi kenapa kau tak tunggu aku depan tandas? " Faizuddin terkelip-kelip.

   "Jadi semalam tu kau?" Mata Faiz membulat. Suara yang dia dengar semalam jelas memang suara Nazri.

   "Akulah! Kau ingat siapa? Nasib baik malam tadi aku berani sikit. Kalau tak aku masuk balik dalam tandas tu. " Nazran mengomel membiarkan Faizuddin bermuhasabah sendiri.

   "Habis tu kenapa kau tak menyahut bila aku panggil? "

   "Tak baik menyahut masa dalam tandas. " Entah di mana si Nazran dengar dia sendiri tidak tahu.

   "Lagipun..."

    "... kau sebut nama Nazri, bukan aku. " Mendengarkan nama itu, baru Faizuddin teringat. Dia memandang sekeliling, namun hanya terlihat Hafiz, Sharil dan Ilham yang sedang sibuk berkemas.

   "Mana Nazri? " Pertanyaan Faizuddin membuatkan Nazran terdiam. Sepi menyelubungi mereka.

   Wajah kepenatan Faizuddin direnung lama. Tangan diangkat melekap ke dahi Faizuddin. Panas. Demam mungkin.

   "Nazri mana? " Sekali lagi Faizuddin bertanya.

   Nazran telan liur. Pahit. Lupa dia belum berus gigi.

   "Kau demam ni. Mungkin sebab tu kau lupa. Nazri tak ikut kita kali ni. " Jawapan Nazran memberi tamparan yang hebat kepada Faizuddin. Beg khemah di tangan terjatuh ke atas tanah.

   Baru dia teringat. Nazri tidak ikut bersama mereka di perkhemahan kali itu. Jadi siapa yang tidur di sebelahnya malam tadi?

   Kedinginan menampar tubuhnya.

   Pandangannya berbalam-balam sebelum dia akhirnya rebah tidak sedarkan diri.

"Faiz! "



Tamat







Ini barulah cerpen 😂

Genre kali ni lain sikit sebab sebenarnya ini copy paste dari status whatsapp yang saya baru buat tadi.😂

Cubaan menulis cerita seram tidak kesampaian. Genre apa la ni?






My Stories [ Himpunan Cerpen ]Where stories live. Discover now