Aku meletakkan motorsikalku di perkarangan villa besar tersebut. Aku turun dan berdiri tegak sebentar di hadapan villa itu. Kagum seketika aku melihat betapa besar dan gahnya villa tersebut berdiri. Akalku sudah mula berangan untuk menghadiahkan mahligai sebesar itu juga kepada isteri dan anak-anakku nanti.
Lama jugalah aku berdiri di hadapan villa tersebut sebelum seorang wanita keluar dan memanggilku untuk masuk ke dalam.
"Kenapa berdiri je kat luar tak panggil saya tadi?"
"Oh, saya tak buat apa-apa pun kat luar tadi, puan. Saja tengok villa puan ni."
"Oh ya ke? So how was it? Is this villa looked nice to your eyes?"
"Sangat cantik, puan!"
Wanita tersebut tersenyum seraya meletakkan tangannya ke dada tanda berbangga. Aku hanya membalas reaksi itu dengan senyuman. Bakal majikan, kenalah bodek lebih sikit ya dak.
"So, I was confirmed that you are married, is it?"
"Ya, betul."
"Isteri awak tinggal sini jugak ke? I mean, dalam daerah ni jugak ke?"
"Tak. Isteri saya tinggal kat kampung saya."
"Bagus. Muda lagi dah kahwin."
"Terima kasih, puan."
Kami berdua kemudian menaiki tangga ke tingkat atas villa tersebut. Villa ini semuanya ada tiga tingkat dan tingkat tiga hanya menempatkan bilik Tuan Razin dan Puan Lana. Puan Lana itu adalah wanita yang aku sedang bercakap sekarang.
"Ini bilik awak. Bolehlah letak barang tu semua dulu. Saya datang balik lagi lima minit macam tu."
"Baik, puan."
Aku meletakkan barang dan terus berbaring di atas katil yang ada di dalam katil tersebut. Bilik itu kalau nak diikutkan besar jugalah untuk seorang pembantu seperti aku. Lengkap dengan almari, meja tulis dan juga bilik air persendirian. Memang sangat lengkap dan sempurna.
Puan Lana datang semula ke bilik tersebut dan memanggilku keluar.
"Macam mana dengan bilik tu? Okey?"
"Okey saja, puan. Lebih daripada yang saya jangkakan."
"Baguslah. Oh ya, jom saya tunjukkan bilik saya."
Aku mengikut langkah Puan Lana ke tingkat atas iaitu bilik tidurnya dan suaminya, Tuan Razin. Sejujurnya aku agak berdebar untuk berjumpa dengan Tuan Razin ini. Ada satu perasaan yang semacam untuk berjumpa dengan bakal majikan yang aku bakal berkhidmat sebagai pembantunya ini.
Semasa Pakcik Seman, jiran mak aku di kampung yang juga tukang kebun di villa ini memberitahu aku tentang pekerjaan di villa ini, aku membayangkan yang aku hanya akan menjadi PA dia sahaja. Tapi rupanya, ia lebih daripada itu.
Pintu bilik dibuka oleh Puan Lana. Di atas katil, terdapat seorang lelaki yang bersandar di kepala katil, berwajah masam mencuka dan sedang memandang tepat ke arah aku dan Puan Lana. Puan Lana tersenyum sebelum berjalan ke arah lelaki itu.
"Sayang, that's your new assistant, Fikri."
"Hai, apa khabar Tuan?" Aku menghulurkan tangan untuk bersalam.
Dengan wajah yang masih masam mencuka, dia menyambut salamku itu. Kemudian matanya difokuskan kembali ke televisyen. Sedikitpun tidak memandang ke arah aku.
Okey, aku baru perasan akan sesuatu! Aku rasa seperti sangat kenal akan wajah ini! Ya, dia seorang yang sangat terkenal!
"Tuan ni Tengku Razin Fedzuan kan? Pelumba kereta terkenal tu?!"
Pantas dia berpaling memandang aku. Puan Lana nampaknya sudah pucat di sebelah aku. Aku dapat lihat tangan Tuan Razin itu sudah dikepalkan dan bibirnya diketap keras.
"Okey, err Fikri, kita keluar dulu." Puan Lana menarik aku keluar dari bilik tersebut. Wajah Tuan Razin masih masam mencuka semasa aku dibawa keluar dari bilik tersebut.
"Maafkan saya, puan. Saya ada tersalah cakap ke?"
"Quite much. Well, you see. Tuan Razin tak suka kalau perkataan 'pelumba kereta' tu disebut. Not even from me."
"Oh, saya faham. Tapi kenapa?"
"Don't you read the news few months ago?"
Aku menggeleng kemudian mengangguk. Baru aku ingat yang Tuan Razin atau Tengku Razin Fedzuan itu pernah mengalami kemalangan ketika berlumba sehingga membuatkan dia lumpuh dari pinggang ke bawah.
"Sebab accident tu je ke?"
"It's not about that je. The team he was racing for apparently terminated all his contract and take back all privileges yang ada. Those cars and sponsors. Thank God dia memang pandai berjimat. Sempat dibelinya rumah ni and dua kereta kat garaj tu. Kalau tak, saya pun tak tahu kat mana nak kami duduk sekarang ni."
Aku mengangguk-angguk mendengar penjelasan yang diberikan oleh Puan Lana mengenai suaminya itu. Rasa simpati turut bertandang di dalam hati. Yalah, siapa saja yang tak sedih sekiranya ditimpa nasib sebegitu teruk.
"Racing is his life. Now, everything was taken. Dia bukan macam tu sebelum ni. Dia sangat peramah and ceria. Tapi tulah, dugaan Allah bagi."
Suasana senyap seketika.
"By the way, worry not. I will talk a thing or two to him. Sekarang, as you now, my cosmetic line, Lanalicious dah mula networking worldwide so I probably have no time or maybe little to no time with him so saya nak awak jaga dia. Jaga as in angkat dia on wheelchair, mandikan dia but tu occasionallylah, take him to stroll at the park. More or less, you do the things that I would do dengan dia."
Aku sedikit keliru. Maknanya...
"So, you are his assistant. Senang je."
Senang memanglah bunyinya senang. Tapi untuk melakukannya itu, macam pelik sahaja bunyi pekerjaannya itu. Aku lelaki dan dia pun lelaki jadi...
"I know you must be asking kenapa ambil lelaki kan? Because I know Tuan Razin tu handsome so ramai perempuan yang akan volunteer and I hated it. So, I think hiring a guy would be okay, kan?"
Aku hanya mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh Puan Lana itu. Tapi melihatkan pada rupa Tuan Razin, aku yakin mana-mana isteri di dalam dunia ini akan berasa risau. Kacaknya Tuan Razin itu, aku yang lelaki ini pun bernafsu tengoknya. Tapi tak, aku masih setia pada isteri aku di kampung sana.
"So, boleh kan, Fikri?"
"Boleh, puan."
"Oh ya, lupa saya nak cerita. Sejak accident tu, Tuan Razin memang tak sama macam dulu. He developed PTSD and it quite severe sebenarnya. Sounds selfish if I cerita kat orang I need to keep an eye on my business but after the accident, my business is our only hope. Jadi, I harap sangat yang kalau awak boleh pulihkan semula semangat Tuan Razin, it would be thousands times better."
"Saya cuba sebaik saya, puan."
"Good to know. Baiklah, saya tinggalkan awak di sini dulu. Saya nak check Tuan Razin kejap. See you at dinner."
Aku masuk kembali ke bilik aku. Aku punggahkan semua barangan aku dan disusun rapi di dalam almari. Selepas selesai menyusun semua itu, aku berbaring di atas katil sambil bermain handphone.
Jemu menghadap handphone, aku baring sambil menghadap siling. Fikiranku menerawang memikirkan apa yang akan berlaku kepada aku di sini nanti. Satu demi satu imej hadir ke benak fikiran.
Melihatkan wajah kacak Tuan Razin itu tadi, jujur aku katakan aku takut. Belum mula berkerja lagi tapi aku sudah mula takut kepadanya. Tapi logiklah juga untuk kukatakan sebab memang wajahnya sangat menyeramkan.
Apapun, kini dia majikanku dan aku dipertanggungjawabkan menjaganya semasa ketiadaan Puan Lana nanti. Apa nak jadi, jadilah. Aku akan cuba hadapinya juga...
_________________
10 votes for next chapter!!!
YOU ARE READING
Lavender
Mystery / ThrillerTuan Razin, Puan Lana, Fikri. Seorang suami. Seorang isteri. Seorang lelaki lain. Kesetiaan. Cinta. Kecurangan. Sebuah LGBT thriller Daniel Darwisy...