Sejak perbincangan aku dan Tuan Razin pada malam itu, aku sukar untuk melihat Puan Lana dengan cara yang sama lagi. Sebagai majikan pun, sangat sukar untuk aku memandangnya lagi. Kalau ada arahan yang diberikan sekalipun, aku hanya akan mengangguk dan membalas 'ya' sahaja.
Puan Lana dan Tuan Razin pula semakin kerap bertengkar. Tak kisahlah tentang apa-apapun. Ada saja perkara kecil mahupun besar yang mampu membuatkan pasangan itu bergaduh. Biasanya yang memulakan pastilah Tuan Razin.
Macam pagi Jumaat itu, bagai nak runtuh tingkat tiga villa itu bila Puan Lana tiba-tiba menjerit.
"I told you don't contact him again like hey, what's your problem, Razin?!"
"You told to not contact, but it's my rights to do that, Veronica."
"So far, I tried my best to take care of you eh and you never seem to give much care about yourself pun. I suruh tu maksudnya I care, Razin."
Tuan Razin membuat bunyi tikus sebelum memberi serangan balas. "Did I ask for it, Veronica? I don't remember if I ever asked for it. Mind to remind me?"
"Because if I don't, then the world will see me as a bitch, Razin. I hope you can understand all this and yes, I stuck with you here. So, I demand a respect and appreciation."
"Veronica, your ego is so big but too bad your boobs cannot seem to be like that. Sedih."
"Fuck you, Razin! Seriously, fuck you!"
Memikirkan hal itu, aku malas hendak naik ke bilik Tuan Razin. Lagipun dulu Puan Lana pernah kata yang tak perlu untuk menjaga Tuan Razin sekiranya dia ada di rumah. Jadi aku rasa, betullah kan kalau aku duduk diam saja.
Tapi suami isteri ni kalau bergaduh, macam nak bagitahu satu rumah masalah mereka. Suara sama-sama naik. Memang bingit nak mampus!
Aris menghantar mesej kepadaku mengajakku untuk turun bersarapan dengannya di bangsal pemandu. Aku pun, memikirkan malas hendak mendengar hiruk-pikuk perbalahan suami isteri itu pun, terus bersetuju.
Di bangsal pemandu belakang rumah, Aris sudah bersedia dengan dua bungkus nasi lemak dan dua cawan kopi O. Melihatku dari jauh lagi dia sudah melambai.
"Bising kan?"
"Gila kau tak bising?! Sampai terbangun aku tengah tidur tadi."
"Habis kau mandi ke tak ni?! Muka sememeh je aku tengok."
"Sial, mandilah bodoh!"
Aku membuka bungkusan tersebut yang di dalamnya terdapat nasi lemak sambal kerang. Aku syak dia beli saja di kedai memandangkan cantik saja bungkusan itu. Rasanya juga sedap. Aku patut bertanya kepada dia mana dia beli.
"Sebelum kau kerja sini, kau kerja mana?" Aku bertanya. Rasanya belum pernah lagi aku bertanya kepadanya soalan itu.
"Oh, dengan family ni jugak. Tapi bukan directly dengan Tuanlah."
"Oh, so? Dengan siapa?"
"Masa aku still sekolah dulu, aku kerja dengan abang Tuan Razin. Tengku Zarin Zafuan. Dia ada buka bengkel kereta dulu so aku kerja situlah."
"Wait, Tuan Razin ada abang?"
"Ada. Abang kembar. Tapi dah meninggal rasanya. Drug overdose. Quite mysterious jugaklah. Sebab polis pun tak pasti itu kes bunuh diri atau kemalangan."
"Kenapa pulak? Maksud aku, apa yang jadi?"
"Benda ni tak silap beberapa bulan jugaklah lepas Tuan Razin kahwin dengan Puan Lana. Kembar ni memang rapat pun tapi sebelum Tuan Razin kahwin, dorang macam ada tension with one another jugaklah. Sedar-sedar je, Tuan Zarin jumpa meninggal dalam bilik dia kat rumah Tan Sri dengan Puan Sri. Umur dia baru 23 kut masa tu."
YOU ARE READING
Lavender
Mystery / ThrillerTuan Razin, Puan Lana, Fikri. Seorang suami. Seorang isteri. Seorang lelaki lain. Kesetiaan. Cinta. Kecurangan. Sebuah LGBT thriller Daniel Darwisy...