Bab 16

820 50 0
                                    

Lima tahun lebih dahulu...

Lana sudah bersedia menunggu Razin di sebuah kafe dalam sebuah mall di Kuala Lumpur. Menurut PA Razin itu, pelumba kereta itu kini sedang dalam perjalanan ke sana. Masalahnya itu setengah jam yang lepas, bukan lima minit. Dia patutnya sudah tiba.

Inilah masalahnya selebriti yang baru nak naik nama ni. Baru ada nama sikit, punctuality dah berterabur. Alahai, Lana kau bebel je lebih. Kau pun sama je baru nak naik.

Lana check semula cermin tangannya memastikan makeupnya tidak terlalu berlebihan. Lipstik ditambah lagi untuk memastikan kecantikan semulajadinya terserlah. Walaupun ianya lipstik Sephora, tetapi apabila post gambar di Instagram, haruslah ditag produk sendiri supaya gadis bodoh di luar sana percaya bahawa itu adalah lipstik Lanalicious.

Seorang pemuda kacak dengan Rayban datang berjalan ke arah Lana yang sedang menambah lipstik di wajah. Dari jauh dia sudah tersenyum kepada wanita itu.

"Sorry, I'm late."

"Bawak kereta boleh laju, tapi timing tak boleh laju?"

"Hey, jangan biadap dengan bakal suami eh?!"

"Oh, come on! The plan wasn't completely drafted yet."

Razin hanya ketawa. Seronok mengenakan usahawan kosmetik krim serum kilo itu. Bebalnya sama sahaja dengan perempuan lain.

"So, what's the deal now, Miss Veronica?"

"Don't call me that!"

"Then what? Lana? Eww..."

"God, belum kahwin dah buat perangai kau ni kan?!"

"That's our deal."

Lana menghembus nafas berat. Sungguh menguji kesabaran lelaki yang dipaksanya untuk menjadi suami ini. Kalau tahu begini demandnya, akan disuruh PR dia itu cari orang lain saja. Model Ridzuan Kamaruzzaman tu ke, pelakon Akmal Amran tu ke. Ini racer berlagak Tengku Razin Fedzuan ini juga yang dicari.

"So, apa ceritanya hari ni, Miss LANA?"

"Okey, kita akan kahwin lagi tiga bulan, as you know. So, I would like you to sign a contract. An agreement to be exact."

Kening Razin berkerut. Ini malas berurusan dengan orang bisnes ni. Sampaikan hal nak kahwin pun ada kontrak bagai. Gila punya gila!

"Ada mati setem ke agreement ni?"

"Bitch, of course ada. So yeah..." Lana mengeluarkan sehelai dokumen dari dalam fail yang dibawanya lalu dihulurkan kepada Razin. "... the main point of it is to ensure that none of us will expose each other in future."

Razin menelaah khusyuk-khusyuk kontrak tersebut. Tersalah faham nanti boleh mengakibatkan malapetaka di dalam hidupnya. Lagipun, mana mungkin dia mempercayai Lana semudah itu. She's a woman with plans inside her head.

"Aku tak agree dengan agreement ni. One-sided as fuck."

"Which part?" Bersilang tangan di dada, Lana bertanya semula.

"Almost everything. Especially on the part which I can't inherit any of your wealth after you died."

"Why you want that?"

"It's not the matter that I want it tapi sounds so injustice. I mean, it's like no guarantee in this marriage. People will question if you die first..."

LavenderWhere stories live. Discover now