Bab 8

883 46 1
                                    

Hey guys!!! I'm back!!! Sorry for a very late update. I've done few plots improvisations so enjoy okay!!! And mat yi ye!!!

_____________

Aku hairan dengan Nana isteriku. Dia sangat jarang berada di rumah. Menurut mak, dia akan keluar pada jam sembilan pagi dan akan pulang ketika hampir tengah malam. Sampai terbiar anakku itu kadang-kadang.

Aku ada menyuarakan hal itu kepadanya tapi dia asyik mengatakan bahawa dia sibuk berkerja. Hairan jugalah kerana setahu aku, kerja di kilang itu bukanlah banyak sangat pun sebenarnya. Aku pernah berkerja di kilang tersebut sebelum ini dan penyelia di sana juga merupakan rakanku sendiri.

"Tengokkan sikit Nana tu, Fikri. Sekarang ni bukan boleh diagak apa-apa nak jadi. Kang kamu jugak yang menyesal."

Aku faham apa yang dikatakan mak tu. Sebenarnya bukan aku tak risau, tetapi aku tak tahu apa yang wajar dilakukan. Aku kahwin dengan dia dulu pun muda nak mampus. Baru 18 masing-masing pada masa itu. Jadi apabila keadaan seperti ini berlaku, aku rasa aku terlalu muda mungkin.

I'm just 20, this not easy bak kata Haqiem Rusli.

"Awak keluar malam tu, cubalah balik awal sikit."

"Eleh, dulu masa kita baru kahwin, awak tak kisah pun."

"Dulu tu kita takde anak lagi. Sekarang ni awak tahu jelah keadaan kita macam mana. Lagipun awak tahulah orang kerja kilang tu macam mana."

"Tahu tapi agaklah jugak. Kita dah ada anak kut."

"Payahlah kalau orang tak faham ni. Ingat awak je ke yang cari duit tu. Saya pun cari jugaklah. Nanti mulalah kata tak hargailah apalah."

Kalau aku tahu jadi begini, aku fikir 10 kali nak kahwin dengan dia ni dulu. Tapi tulah, benda dah jadi. Masa bukan boleh diulang balik.

Sekarang ni aku hanya menunggu sahaja masa yang sesuai untuk berbincang kembali dengan dia. Masalah kalau tak dibendung nanti, macam-macam benda yang tak diingini boleh terjadi. Dan aku seboleh-bolehnya tak mahu ianya terjadi.

Petang itu, semasa aku sedang mencuci motorsikalku di bawah rumah, telefonku berdering. Ianya merupakan panggilan daripada Abang Iwan, kawan aku yang aku kata penyelia di kilang tempat Nana berkerja.

"Bos balik tak roger eh bos."

"Wuih, mana ada. Balik kejap je ni. Kenapa ni, bang?"

"Takde apa. Saja je telefon. Ingat nak ajak lepak ke malam nanti. On tak on?"

"Onlah, bosku. Roger je nanti."

Sehinggalah pada malam itu, lebih tepat pada lepas maghrib, bayang Nana masih tak kelihatan di rumah itu. Aku pesan kepada mak agar bila Nana pulang nanti, telefon aku kerana ada beberapa perkara yang hendak dibincangkan kepadanya.

Malam itu, aku pergi melepak di sebuah pondok bawah jambatan pinggir kampung aku. Di situlah biasanya port aku melepak melahar dengan member-member kampung pun. Lepas tu, kadang-kadang, kalau ada pakcik-pakcik nak mintak tolong buat kerja kampung sikit-sikit ke, dia akan panggil kitorang kat situlah. Kalau ada game motor pun kat pekan, kitorang akan kumpul situ dulu baru gerak ke pekan.

"Kau kerja dengan siapa sekarang, mat?" tanya Abang Iwan kepada aku.

"Puan Lanalicious tu."

"Kau kerja dengan dia!? Jadi apa?"

"Assistant suami dia. Aku tak bagitau eh sebelum ni?"

"Razin Fedzuan, racer tu?!"

"YA, Bang Iwan! Aku kerja dengan bini dia untuk jaga dia."

LavenderWhere stories live. Discover now