Bab 4

948 67 12
                                    

"Macam mana anak mak kat situ? Okey tak?" Lembut saja suara mak bertanyakan keadaanku ketika aku menelefonnya pada suatu pagi.

"Okey je, mak. Tuan Razin dengan Puan Lana tu baik je dengan Fikri. Mak sihat tak?"

"Sihat je, nak. Anak tu kat rumah orang kaya tu okey tak?"

"Okey je, mak. Senang je kerja orang kat sini. Cuma kena jaga Tuan Razin tu je."

"Takpelah tu. Lega hati mak dengar macam tu."

"Mak, Nana ada kat situ tak? Fikri nak cakap dengan dia kejap. Fikri call dia jarang sangat angkat."

"Oh, dia keluarlah. Mak tak tahu dia pergi mana. Kerja kut."

Aku sedikit hampa. Sejak hari pertama aku di sini hari tu, aku tidak dapat berbual dengan isteriku itu. Kalau WhatsApp sekalipun, lambat sangat reply yang diberi. Jadi aku memberi telahan hati bahawa dia pun turut sibuk sepertiku juga.

"Takpelah. Kirim salam dia je untuk Aril. Ikhwan sihat?" Aku bertanyakan tentang anak kami pula.

"Sihat alhamdulillah. Rindu bapak dia gamaknya."

Aku berbual lagi dengan mak sebelum aku mendengar bunyi wanita yang agak tua membebel di luar bilik. Aku meminta diri daripada mak sebelum menukar seluar panjang dan menjengah kepala ke luar pintu. Kelihatan seorang perempuan separuh abad agaknya sedang memarahi Puan Lana.

"Okay, you told me that Razin ada assistant baru?! Mana dia, Lana?!"

"Ada, mommy. Tapi Razin kan tidur lagi so he just be in his room, perhaps?"

"So?! Where is he?! Introduce me, Lana!"

Aku nampak wajah Puan Lana sangat berasa jengkel dengan wanita itu. Dia kemudian terpandang aku dan terus senyuman meniti di wajahnya. Dipanggilnya aku untuk pergi ke arah dia dan wanita itu tadi.

Jujurnya, wanita itu mempunyai citarasa fesyen yang sangat aneh. Dengan skaf bulu-bulu di leher, skirt belah tengah sampaikan nak tertayang vagina dan rantai sebesar-besar alam, aku syak yang dia ni ada kena-mengena dengan Dato' Vida. Teruk nak mampus fesyen dia.

"So, you are the one who become my son's assistant? Lana, are you for real?!"

"Okay what? Dia fast learnerlah, mommy."

"Lana, muka macam budak takde SPM je." Okey, perempuan ni sangat kurang ajar. Mujur depan Puan Lana je ni. "Habislah Razin..."

"Mommy, Lana tahu apa yang Lana buat, mommy."

"Sure?! See, he doesn't even have the courtesy to greet me, Lana."

Puan Lana masih dengan wajah jengkelnya. "Okay, fine! Fikri, this is my mother-in-law which is Tuan Razin punya mak. Puan Sri Anna Nicole." Pergh! Muka Melayu Jawa habis tapi nama macam tu!

"Selamat pagi, Puan Sri."

"Pagi. And you are?"

"Fikri."

"Kampungnya nama. Whatever! Haa, tak reti nak tengok anak I kat atas tu ke? Kata assistant dia?"

Aku sesungguhnya mati kata dan mengharapkan Puan Lana akan membantu aku untuk menjawab semula tapi nampaknya dia pun keliru dengan apa yang sedang berlaku. Siallah mak mertua seorang ni.

"Tadi lepas saya beri breakfast dia, dia kata dia nak sambung tidur jadi sebab saya tak nak kacau dia, saya duduklah dalam bilik saya. Maafkan saya, Puan Sri."

Puan Lana hanya tersenyum memandang aku. Puan Sri Anna Nicole itu pula hanya memandang jelik kepadaku.

"Mommy, please. Give him time."

LavenderWhere stories live. Discover now